CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

7 Langkah perkenalkan robotik di sekolah

8/6/2019

0 Comments

 
Bagaimana mulakan Robotik Di sekolah?

Semalam saya berkesempatan berjumpa dengan Encik Harry kenalan saya yang banyak menghasilkan video-video, beliau tanya bagaimana bermulanya sekolah kami join robotik? Kemudian hari ini saya mendapat mesej dari Cikgu Mason, juga berkenaan robotik, bagaimana SK Long Sepiling bermula?

Saya kongsikan 7 langkah mudah untuk perkenalkan Robotik di Sekolah berdasarkan pengalaman saya di SK Long Sepiling.

Picture
Picture
1. Minat Menceburi Bidang Baru
Pertama sekali kena ada minat, lebih mudah jika anda jenis yang suka mencuba dan belajar sesuatu yang baru. Saya ada kenalan yang latar belakangnya bukan dari Pendidikan Sains, beliau seorang ustaz dan minat belajar robotik!
2. Miliki Kit Microcontroller atau Set Robotik
Anda perlukan kit Microcontroller ataupun satu Set Robotik, tak perlu beli yang mahal-mahal cukup sekadar untuk anda cuba belajar dan "explore" sendiri.

Picture
3. Kelab
Boleh jadikan Kelab/Persatuan sebagai medium untuk perkenalkan Robotik kepada murid. Anda juga boleh muat turun cadangan penubuhan Kelab Robotik di sini

4. Target
Melalui kelab/persatuan, boleh sasarkan "target" iaitu menyertai pertandingan inovasi yang menggunakan "Embedded System" atau pertandingan Robotik seperti Petrosains RBTX, NRC dan sebagainya. Sebab sekolah kami kecil, kami fokus kepada 1 pertandingan untuk berikan pengalaman kepada murid.
Picture
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga membawa anak-anak murid SK Long Sepiling ke Shah Alam untuk Grand Finale RBTX Challenge 2018.
5. Dana
Anda juga perlukan dana untuk membeli peralatan elektronik, alat ganti ataupun membeli set robotik. Terdapat pelbagai cara untuk anda dapatkan dana, contohnya melalui 100% Project.

6. Minat Untuk Belajar
Anda perlu minat untuk belajar. Terdapat banyak sumber mengenai robotik/microcontroller di Youtube, Instructable.com atau anda juga boleh menghadiri kursus semasa cuti mahupun belajar dengan pensyarah di IPT.

Jika anda pernah menyertai pertandingan Robotik insya-Allah anda akan tahu di mana anda boleh belajar?

Anda juga perlu belajar untuk menambah ilmu serta ilmu bagaimana untuk perkenalkan robotik kepada murid, terutamanya murid yang tiada pengetahuan sedia ada mengenai robotik.

Anda boleh cuba untuk Belajar Arduino 100% Free di sini
Picture
Picture
7. Langkah Pertama
Langkah ini paling penting, iaitu langkah pertama, anda perlu MULA. jika anda sudah mempunyai cita-cita untuk perkenalkan robotik di sekolah, mulalah dari sekarang.

Saya doakan anda berjaya!
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart