Baru-baru ini saya menjalankan aktiviti Pecahan Setara. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran matematik secara inkuiri. Pecahan setara mula diperkenalkan kepada murid tahun 3. INKUIRI DALAM MATEMATIK Inkuiri bukanlah sesuatu yang baru, boleh rujuk dalam DSKP sebelum dan selepas semakan. Ada dinyatakan keperluan melaksanakan PdPc Inkuiri Matematik. Rujuk pada DSKP ada menjelaskan mengenai keperluan inkuiri dalam PdPc Matematik. Antaranya 1. Murid dapat menguasai kemahiran abad ke-21 2. Melahirkan murid-murid yang mempunyai profil "Bersifat ingin tahu" 3. KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti pembelajaran secara inkuiri 4. Inkuiri sebagai salah satu pendekatan PdPc 5. Pendekatan STEM melalui PdPc yang mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dan salah satunya melalui inkuiri Dalam Pembelajaran Inkuiri Matematik, ia akan dimulakan dengan sesuatu persoalan (pernyataan masalah), pengenalan atau eksperimen. Untuk PdPc Pecahan Setara, saya menggunakan pernyataan masalah sebagai permulaan. "Adam, Darryel dan Ryan menerima coklat bar yang sama. Adam makan separuh bahagian coklat, Darryel makan 2/4 bahagian coklat dan Ryan makan 4/8 bahagian coklat. Ryan makan bahagian coklat paling banyak diantara mereka." Berdasarkan situasi diatas mereka akan menjalankan beberapa tugasan untuk membuktikan pernyataan bahawa Ryan makan bahagian coklat paling banyak diantara mereka sama ada benar atau salah. Cooperative investigation merupakan elemen penting, di mana murid-murid cuba membuktikan pernyataan tersebut benar atau salah berdasarkan maklumat. Bagaimana mereka lakukannya? Murid menggunakan bahan, membuat perwakilan gambar rajah untuk menggambarkan penyataan masalah. Kemudian murid-murid juga melaksanakan tugasan yang diberikan, tugasan ini membimbing murid untuk membuktikan pernyataan benar atau salah. Pada akhir PdPc murid membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. Gambar-gambar dibawah menunjukkan bagaimana murid menggunakan lakaran gambar rajah yang bermakna untuk membuktikan pernyataan pada awal sesi PdPc inkuiri matematik benar atau salah. Ini merupakan kesimpulan yang ditulis oleh murid tahun 3. Dapatkah anda memahaminya terutamanya pada ayat ini " tiba-tiba sama bahagian iaitu tengah-tengah..." Mungkin mereka dapat menerangkannya secara lisan, tetapi disebabkan kekurangan perbendaharaan kata. Saya minta murid terangkan. Gambar di atas menunjukkan cara murid menerangkan, dia menyusun gambar ketiga-tiga pecahan untuk menerangkan " tiba-tiba sama bahagian iaitu tengah-tengah..." Saya kongsikan video dan juga lembaran inkuiri untuk pembaca semua gunakan dalam kelas. ![]()
Berikut merupakan aktiviti Inkuiri Pecahan Setara yang dilaksanakan oleh rakan saya Cikgu Balan di SK Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, saya dapat maklumbalas positif dari Cikgu Balan.
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |