CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

AKTIVITI MATEMATIK PAK21 - Menciri dan Mengelaskan Nombor Genap dan Nombor Ganjil

26/1/2020

0 Comments

 
Picture
Pada minggu lepas saya telah melaksanakan Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri Mengenai Nombor Genap dan Nombor Ganjil . Ia merupakan aktiviti secara berkumpulan yang pertama saya laksanakan setelah berpindah di sekolah baru. Bila murid dah ramai macam-macam kerenah dan paling best macam-macam idea yang mereka ada. 

PdPc yang lepas murid melaksanakan aktiviti untuk mengenal pasti nombor genap dan nombor ganjil dan ia dilaksanakan berdasarkan DSKP Matematik Semakan Tahun 4.

1.2.1  Mencirikan nombor genap dan nombor ganjil
1.2.2  Mengelaskan nombor genap dan nombor ganjil
Ini merupakan kemahiran yang paling penting untuk guru bimbing melalui aktiviti PdPc yang bermakna. Alhamdulillah aktiviti yang dijalankan membantu dan ada beberapa perkara yang perlu saya baiki pada masa yang akan datang. Sebelum melaksakanan aktiviti ini, perkara yang paling penting ialah pengetahuan sedia ada murid, iaitu mengenai operasi bahagi secara pengukuran ataupun "measurement division".

Berdasarkan aktiviti ini;

(a) murid membuat kesimpulan bahawa sebarang nombor yang berakhir dengan 0,2,4,6,8 ialah nombor genap manakala sebarang nombor ganjil yang berakhir dengan 1,3,5,7,9 adalah nombor ganjil.
(b) ada sebilangan murid yang mendefinisikan nombor genap sebagai nombor-nombor yang ada di dalam sifir 2
(c) malah ada sebahagian kecil yang mendefinisikan nombor ganjil sebagai nombor-nombor yang ada di dalam sifir 3. Apa pendapat anda? Boleh diterima atau tidak?


Bolehkah murid mengubah sesuatu nombor menjadi nombor genap atau nombor ganjil?
Picture
Sebelum menjalankan aktiviti berikut, saya menggunakan gambar rajah blok dienes sebagai bahan untuk murid mengkaji sama ada nombor tersebut genap atau ganjil. Pengetahuan sedia ada mereka semasa mereka menjalankan aktiviti (a) membentuk kumpulan yang terdiri daripada 2 ahli dan (b) mengkaji nombor genap atau ganjil dengan menggunakan perwakilan gambar rajah. 
Picture
Ini merupakan kumpulan pertama yang membulatkan secara dua-dua bagi kesemua petak untuk mengkaji nombor 3 digit sama ada ia genap atau nombor ganjil.
Gambar rajah yang saya gunakan merupakan gambar rajah bagi mewakili nombor yang mempunyai 3 digit. Ada gambar rajah mewakili nombor genap dan ada yang mewakili nombor ganjil.
Picture
Picture
Picture
Picture
.Berikut merupakan nombor yang saya gunakan 
(1) 246
(2) 236
(3) 333
(4) 300 

Tujuan nombor berikut digunakan adalah untuk melihat bagaimana murid berfikir dan bagaimanakah mereka menggunakan gambar rajah dienes untuk membuktikan sama ada ia nombor genap atau nombor ganjil. Jangkaan saya, ada murid yang akan berfikir seperti berikut.

1. Jika ada digit, 1,3,5,7, atau 9 pada mana-mana nilai tempat nombor itu nombor ganjil, contohnya 236 ialah nombor ganjil, kerana ada digit 3.
2. Nombor genap atau ganjil boleh ditentukan dengan hanya merujuk pada nilai tempat sa sahaja. 

Jangkaan saya mengena, ada murid yang berfikir seperti yang saya senaraikan di atas. Jadi murid yang berfikir seperti nombor 1, dia kena buktikan sama ada ia benar atau salah!
Picture
Aktiviti Mencipta nombor genap atau nombor ganjil

Saya edarkan beberapa keping kad yang bernombor antara 0 hingga 9 kepada setiap kumpulan, kemudian murid - murid mencabut sekeping kad dan menyatakan sama ada ia nombor genap atau nombor ganjil. Bagaimana jika murid mencabut nombor 0, adakah sifar ini nombor genap atau nombor ganjil?

Kemudian murid mencabut lagi sekeping kad, dan jadikan nombor 2 digit, gabungan 2 kad yang mewakili 2 digit akan membentuk sama ada ia nombor genap atau nombor ganjil. Kemudian murid bina nombor dengan menggunakan kad-kad tersebut sehingga menjadi nombor 5 digit.
Picture
Picture
​"Bolehkah kamu mengubah sesuatu nombor menjadi nombor genap atau nombor ganjil?"

Soalan ini saya tanya kepada murid, bolehkah kamu mengubah sesuatu nombor menjadi nombor genap atau nombor ganjil. Saya perhatikan ada antara murid-murid yang

1. Mengubah semua nombor contohnya (tukar genap menjadi ganjil)
17 562 diubah menjadi 16 725

2. Mengubah pada nilai tempat sa sahaja
17 562 diubah menjadi  17 625

Pada akhir aktiviti murid dapat mencirikan nombor genap dan nombor ganjil 
dan mengelaskan nombor genap dan nombor ganjil. Nombor genap boleh dikenal pasti dengan hanya melihat digit apakah yang berada pada nilai tempat sa. Jika ia berakhir atau digit-digit ini iaitu 0,2,4,6 dan 8 salah satunya berada pada nilai tempat sa, maka ia nombor genap.

Muat Turun Lembaran Aktiviti 

tahun_4_-_matematik__nombor_genap_atau_ganjil__.pdf
File Size: 1481 kb
File Type: pdf
Download File

tahun_4_-_matematik_genap_atau_ganjil.pdf
File Size: 26 kb
File Type: pdf
Download File

0 Comments



Leave a Reply.

    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart