Situasi Murid diberikan tugasan untuk menghasilkan bentuk 3D yang mempunyai isi padu 48cm3. Aktiviti: Penyelesaian Masalah Isi padu Tugasan 1 Selepas membaca situasi tugasan murid menyenaraikan persoalan berkaitan tugasan. Ini merupakan ciri-ciri PMSI Berstruktur. √ Macam mana nak buat? √ Bentuk 3D? Bentuk apa yang kena buat? √ Apa ukurannya? Tugasan 2 Murid menjawab sendiri persoalan yang dilontarkan. Berdasakan pemerhatian, (1) Macam mana nak buat? Lukislah pada kertas (2) Bentuk 3D? Bentuk apa yang kena buat? Silinder? Piramid? Macam mana nak kira ukuran isi padu silinder piramid? Ok, Kubus dan kuboid. Mungkin boleh! (3) Apa ukurannya? Kubus cuba buat 2x2x2 Mana boleh kubus, kubus semua sisi sama panjang! Berikan justifikasi berdasarkan persoalan ke (3) Kubus tak sesuai, mustahil nak dapat 48cm3 2x2x2 = 8cm3 3x3x3 = 27cm3 4x4x4 = 64 cm3 ini dah lebih 48cm3 Bentuk yang boleh buat KUBOID TAPI, berapa ukurannya? (mula menulis panjang, lebar dan tinggi secara kaedah cuba jaya) Tugasan 3 Murid lukis bentangan 3D dengan ukuran yang mereka tetapkan. Pada bentangan mereka kena tahu garisan mana yang akan menjadi lebar, panjang dan tinggi serta berapa permukaan yang perlu dilukis. Tugasan 4 Setelah siap bentangan, cantum dan hasilkan bentuk 3D. 😊 Tugasan 5 Kesimpulannya, mustahil untuk hasilkan kubus yang mempunyai isi padu 48cm3. Kuboid isi padu sama iaitu 48cm3 tetapi ketiga-tiga kuboid yang kami hasilkan berbeza panjang, lebar dan tinggi. Kemudian tulis dalam Jurnal apa yang telah mereka belajar hari ini.
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |