CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Aktiviti Mengenal pasti dan mencipta Pola

23/6/2017

1 Comment

 
!Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai aktiviti mengenal pasti pola. Pada peringkat ini, murid saya sudah boleh mengenal pasti pola berdasarkan bentuk. Saya lanjutkan aktiviti seterusnya dengan menyediakan suasana pembelajaran dari perspektif budaya tempatan. 

Saya cuba bawa masuk budaya tempatan dalam kelas matematik. Rantai manik atau orang tempatan (Orang Ulu -Kayan) menyebutnya sebagai teba'eng inu'. Lelaki atau perempuan akan memakai rantai manik. Orang Kayan ni cukup mahir dalam menghasilkan kraftangan dari manik.

Namun, aktiviti  yang saya jalankan ialah murid menghasilkan rantai manik, mereka mencipta pola "menyusun biji manik dengan corak tersendiri, kemudian menerangkan corak atau pola yang mereka gunakan untuk menghasilkan corak pada rantai" Jom kita tengok
Picture
Bahan yang digunakan untuk aktiviti mengenal pasti dan mencipta pola
Picture
Aktiviti masa lapang Orang Ulu (Kayan) yang sangat mahir bab kraftangan manik, tengok la hasil diorang macam mana, wow!
Picture
Saya bukan expert nak ajar murid buat sampai tahap tu, hehe. Tetapi nak menimbulkan "Minat" kerana hiasan manik ni sangat dekat dengan mereka. Timbul minat kemudian dengan harapan anak-anak kecil ni akan menyambung warisan nenek moyang mereka. 
Picture
Picture
Picture
Hasil kerja murid, boleh tak kawan-kawan "cam" pola yang dihasilkan?

Setiap aktiviti perlu ada kaitannya dengan pembelajaran matematik. Apa kaitan Pola dengan matematik? Apa yang boleh murid pelajari?

Pola bukan sahaja melibatkan aktiviti seperti yang saya lakukan, malah ia lebih daripada itu. Selain daripada corak rantai atau corak kain batik, tarian, pergerakan, bunyi muzik dan sifir juga berkait rapat dengan pola. Setuju tak dengan pandangan saya?
​
Pembelajaran murid tentang pola juga boleh dikaitkan dengan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini iaitu membilang 2-2, 5-5,10-10 dan 4-4. Aktiviti selanjutnya boleh diteruskan dengan murid mengenal pasti pola yang terhasil daripada membilang 2-2, 5-5,10-10 dan 4-4 yang disenaraikan pada garis nombor seperti rantai!

Cuba teliti sifir di bawah. Semasa tahun 1 murid belajar diorang belum kenal sifir tetapi secara tidak lansung mereka belajar secara membilang dan penambahan berulang kaji. Boleh rujuk DSKP, dan semua pekara yang terkandung di dalam DSKP ada kaitannya di antara satu sama lain dan saling memerlukan, cewah.

5, 10, 15, 20, 25, 30, 35, 40, 45, 50, 55, 60, 65, 70, 75, 80, 85, 90, 95, 100

0, 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20, 22, 24, 26, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 56, 58, 60, 62
Picture
Picture
Ingat petua untuk hafal sifir? Ada banyak kan petua, dan ia juga berkaitan dengan pola. 
Sumber :mariafirdz
Matematik itu seni. Nampak tak apa yang rakan-rakan kita kongsikan teknik menghafal sifir, contoh seperti di atas semuanya berkaitan dengan pola. Alangkah seronoknya anak murid kita yang meneroka sendiri pola yang terdapat pada sifir.
Lepas ni, harapan saya tak ada lagi murid yang melihat nombor semata-mata nombor.  Teringat kata-kata Pensyarah saya Puan Suriah (kini beliau Timbalan Pengarah di IPGKPP) di IPG dulu "Ajar murid untuk melihat nombor bukan simbol tetapi nombor sebagai sesuatu yang konkrit, kalau 1 mereka dapat gambarkan 1 itu sebagai objek yang konkrit). ​
Teringat masa zaman saya sekolah rendah dulu, bukan main teruk nak hafal sifir. Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat memberikan sedikit idea untuk guru berkongsi idea tentang pola kepada murid yang baru nak kenal matematik. Hehe, selamat beramal.
1 Comment
lysa
23/6/2017 02:34:34 pm

Perkongsian yang sangat baik kepada murid-murid dan ibubapa.Terima Kasih.

Reply



Leave a Reply.

    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart