UJIAN BAHASA KOREA - TOPIKAlhamdulillah saya lulus, semuanya berkat usaha dan pastinya dengan izin Allah s.w.t Tarikh keluar keputusan pada 30 Mei 2019, tapi problem saya tak boleh download result. Ujian ini ada 3 level. Topik 1 - Beginner Listening and Reading Topik 2 - Intermediate Writing (not sure) Topik 3 - Advance Ujian ini dijalankan di seluruh dunia ye dan sijilnya diperakui oleh Kerajaan Korea. Macam korang amik MUET atau IELTS. Bagaimana saya belajar? Saya bukannya cemerlang pun dalam TOPIK. Dulu ada kawan-kawan tanya, tapi segan nak kongsikan, sebab rasa macam tak boleh lulus ja. Sebenarnya saya belajar sendiri, sejak 2013. Saya bermula dengan belajar Hangul sebelum ke Busan. Tapi masa itu, hanya tahu basic saja. Alhamdulillah, lepas saya berkenalan dengan Risharry Mohd Ramli, beliau kongsikan nota, soalan TOPIK yang lepas. Ni mesti kaki KPOP atau K-Drama? Saya tak follow sangat, tapi movie channel 435 dan 391 selalu tengok sampai kawan cop kaki KPOP😂. Saya tak kisah apa orang kata, sebab saya tak ada kawan nak berbual, saya kena tengok TV dan hafal beberapa perkataan baru setiap hari. Saya suka tengok Mother's Touch rancangan memasak. Tapi kalau nak belajar boleh tengok dokumentari, sebab suara latar cakap sebutir-sebutir. Kalau lagu, saya tak pasti cara terbaik untuk belajar ke tak. Dulu saya layan BigBang, la ni BTS, B.A.P, Ikon Hahaha. 😂 Nak belajar sendiri memang susah kalau tak ada disiplin, setiap hari sejam saya belajar. Masa menunggu di airport, saya akan ke Uncle Lim, duduk satu tempat dan buat latihan. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan, saya daftar untuk TOPIK yang ke 63 dan saya menduduki peperiksaan pada 21 April 2019. Format Ujian Ada 2 bahagian (1) Listening 듣기 mengandungi 30 soalan Ujian ini diorang pasang audio,kita dengar dialog dan tandakan jawapan yang betul pada OMR. Kalau nak lulus, kena dengar betul-betul sebab audio diulang 2 kali sahaja, lepas tu dah kena tandakan jawapan. (2) Reading 읽기 mengandungi 40 soalan Ada 40 soalan. Bahagian ini paling susah, sebab menguji kefahaman petikan contohnya cari jawapan petikan sama maksud, jawapan salah ada tatabahasa. Pertama sekali, belajar dahulu Hangul, kalau tak belajar memang mustahil untuk menduduki TOPIK. Di Youtube ada banyak video yang kawan-kawan boleh belajar. Bahasa Korea ni senang untuk Hangul tetapi dari segi tatabahasa sangat rumit. Itu belum lagi mai level bahasa untuk cakap formal atau dengan orang berbeza umur. Bagi yang minat, boleh belajar dan ambil exam Saya belum puas hati lagi dengan result yang diperolehi walaupun lulus. CARA MENDAFTAR TOPIK (TEST OF PROFICIENCY IN KOREAN) (1) Anda perlu muat turun borang berikut. (a) Isi borang, (b) buat pembayaran Yuran dan (b) email kepada Prof Ryu Seung Wan, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia bersama-sama bukti pembayaran. Untuk menduduki peperiksaan Yuran dikenakan sebanyak RM90. Selepas isi borang dan dah hantar semua dokumen yang diperlukan. Prof Ryu akan reply email anda bersama-sama slip peperiksaan yang beliau telah tanda tangan. Slip peperiksaan tersebut ada angka giliran dan WAJIB dibawa semasa peperiksaan. Selepas mendaftar, pastikan tarikh peperiksaan calon dapat hadir. Calon tak dapat tukar ke tarikh peperiksaan baru, tetapi kena mendaftar semula untuk peperiksaan yang berikutnya. 40% daripada yuran akan dipulangkan jika anda menarik diri daripada TOPIK. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
Tidak ada banyak tips. Saya belajar sendiri dan caranya kena banyak membaca teks dalam Hangul serta dengar audio berkaitan TOPIK di Youtube, supaya tidak panik semasa peperiksaan. Kalau lambat membaca takut ketinggalan terutamanya bahagian 1 untuk ujian 듣기 Listening bahagian Listening tidak susah seperti reading, dan di sini anda boleh mengumpul markah banyak untuk Lulus. SELAMAT MENCUBA ye
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
JOM BERI SUMBANGAN KEPADA PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER
![]() Arkib
October 2019
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |