Tahun pertama saya mengajar terutamanya bila nak mengajar anu je saya akan jadi risau, sebabnya saya tak tahu nak menerangkan bagaimana untuk murid menyelesaikan soalan anu. Dulu kalau mengajar saya akan ajar macam ni, "kalau ayat matematik tu tambah, terbalikkan la jadi tolak" Lepas tu ada lagi "kalau ayat matematik tu tolak, kita terbalikkan la operasi jadi tambah" 4 - C = 2 (tolak untuk mencari C) D - 1 = 3 (tambah untuk mencari B) Tapi tak semua ayat matematik tolak melibatkan anu menggunakan operasi yang sama untuk mencari nilai anu. Kenapa dan bagaimana nak kita terangkan kepada murid? Adakah seperti ini? "Kalau anu kat tengah, tolak, ingat dalam kepala.... kalau aku kat depan, tambah..." Sejauh mana murid dapat ingat? Saya cuba reflek, nampaknya cara di atas gagal. Langkah yang saya ambil ialah cuba memahami anu dengan menggunakan nombor nilai yang kecil dan melakukan simulasi untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya. Saya mendapati bahawa ada beberapa jenis ayat matematik anu dan setiap jenis ayat matematik membawa situasi yang berbeza. Tambah 1 + A = 2 (tolak untuk mencari A) B + 3 = 5 (tolak untuk mencari B) Tolak 4 - C = 2 (tolak untuk mencari C) D - 1 = 3 (tambah untuk mencari B) Darab 2 x E = 4 (bahagi untuk mencari E) F x 2 = 8 (bahagi untuk mencari F) Bahagi 10 ÷ G = 2 (bahagi untuk mencari G) H ÷ 2 = 6 (darab untuk mencari H) Kenapa operasi tolak dan bahagi menggunakan operasi yang berbeza untuk mencari nilai anu? Apakah situasi harian yang berkait rapat dengan tolak melibatkan anu dan bahagi melibatkan anu? Kenapa kita menolak? Soalan ini selalu saya tanyakan kepada murid, kenapa kita menggunakan tolak dan bila kita menggunakan operasi tolak? Berikut merupakan situasi harian yang melibatkan operasi tolak Kuantiti barang berkurangan disebabkan (i) kita beri pada orang, (ii) gunakan barang tersebut seperti wang, (iii) mengasingkan sesuatu yang bercampur - barang rosak dan elok, jantina lelaki atau perempuan dan lain-lain Berikut merupakan situasi harian yang melibatkan operasi bahagi (i) mengagihkan secara sama banyak - dari suatu kuantiti yang banyak dipecahkan kepada kuantiti yang lebih kecil (ii) menyimpan ke dalam bekas yang sama banyak (iii) berapa unit kecil bagi suatu kuantiti besar, contohnya (ada berapa 250 gram dalam 1 kilogram? Penggunaan Anu dalam Pembahagian Cuba fahamkan dua situasi di bawah Situasi Pertama Remy mempunyai 10 biji gula-gula. Di memberikan gula-gula secara sama banyak kepada beberapa orang rakannya. Di dapati setiap rakannya mempunyai 2 biji gula-gula. 10 ÷ A = 2 Bagaimana proses supaya Remy dapat mengetahui berapa orang rakan? Situasi Kedua Remy mempunyai beberapa biji gula-gula. Di memberikan gula-gula secara sama banyak kepada 5 orang rakannya. Di dapati setiap rakannya mempunyai 2 biji gula-gula. B ÷ 5 = 2 Bagaimana proses supaya Remy dapat mengetahui berapa biji gula-gula yang dia ada? Kedua-dua situasi melibatkan anu operasi bahagi, tetapi pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah. Situasi pertama menggunakan operasi bahagi untuk mendapatkan nilai anu A manakalah situasi kedua menggunakan operasi darab untuk mendapatkan nilai anu B. Saya cuba menggunakan simulasi untuk menerangkan kenapa cara penyelesaian situasi pertama tidak sama dengan situasi kedua. Jika kita melakukan simulasi murid akan lebih faham kenapa bahagi dan kenapa darab kerana mereka mengalami sendiri pengalaman atau proses yang sedang berlaku. Video di bawah saya rakam semasa mengajar anu melibatkan operasi bahagi. Situasinya Michael ada 40 biji guli. Dia memasukkan ke dalam beberapa buah bekas secara sama banyak. Di dapati setiap bekas ada 5 biji guli. Berapa bekas yang ada? Ayat matematik 40 ÷ C = 5 Video seterusnya, murid saya membuat cerita sendiri berdasarkan ayat matematik berikut, Ayat matematik B ÷ 7 = 7 Jangan kawan-kawan hairan ye, mana pergi anak murid saya yang lain? Sorang ni je anak murid saya Tahun 5. Tak dinafikan kalau tak ada aktiviti memang mengantuk budak ni. Haha. OK, seterusnya saya ada buat satu video simulasi pembahagian melibatkan anu. Dalam video tersebut saya ada kongsikan kenapa nak cari nilai anu bahagi ada yang kena buat operasi bahagi dan ada yang kena buat operasi darab. Saya harap video ni dapat memperjelaskan lagi apa yang saya tulis di dalam blog. Saya amat mengalu-alukan pandangan dari rakan guru atau dari sesiapa sahaja, mudah-mudahan saya dapat belajar dan memperbaiki apa yang saya kongsikan. Tata.
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |