Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah hari ini saya telah melaksanakan aktiviti anggaran untuk murid tahun 4 dan murid tahun 2. Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, kebanyakkan murid (a) susah untuk membuat anggaran dan (b) tidak tahu untuk menggunakan set rujukan untuk membuat anggaran. Selain daripada itu, aktiviti yang saya jalankan dahulu tidak membantu murid untuk memberi anggaran yang munasabah, kebanyakkanya hentam. Saya pernah menulis mengenai pengalaman saya mengajar murid menganggar di dalam buku terbitan saya. Menganggar mempunyai hubungkait dengan kemahiran murid boleh membilang secara berkumpulan, jadi PdPc kali ini saya menggunakan gambar rajah bagi membantu murid membuat hubungkait kemahiran membilang secara berkumpulan iaitu 2-2, 5-5, 4-4, 9-9 dan juga 3-3 dengan kemahiran menggunakan set rujukan untuk membuat anggaran. Pengetahuan sedia ada murid yang dapat membantu murid membuat aktiviti anggaran adalah kemahiran membilang seperti yang saya nyatakan serta kemahiran mengukur. Berikut merupakan lembaran aktiviti yang saya gunakan untuk membimbing murid membuat anggaran dengan menggunakan set rujukan. Berdasarkan pemerhatian saya semasa PdPc sedang berlansung saya perhatikan terdapat beberapa cara murid membuat anggaran. (1) membuat anggaran dengan cara membilang terlebih dahulu petak set rujukan, menggunakan jari atau pensel bagi memindahkan "ukuran" pada petak set rujukan ke petak kosong. (2) membuat lakaran garisan pada petak kosong (3) Hentam - bagi yang hentam, ni biar dia hentam. Contohnya, rujuk gambar slide 9, ada murid anggar 1 kad berwarna sudah mencukupi untuk menutup seluruh bahagian petak kosong. Layankan sahaja, tetapi buktikan apa yang mereka anggar "tidak munasabah" Untuk murid tahun 2, bimbing mereka membuat anggaran dengan menyatakan secara kualitatif iaitu "lebih", "lebih kurang" sebagaimana yang dinyatakan dalam DSKP, kemudian barulah membuat anggaran secara kuantitatif. Ini juga membantu murid untuk membuat anggaran yang munasabah. Alhamdulillah, murid-murid tahun 2 juga kebanyakkanya berjaya membuat anggaran dengan anggaran yang munasabah. Aktiviti di Dalam Kelas (1) Langkah pertama saya tayangkan slide (sama seperti gambar di atas, lembaran kerja aktiviti menganggar), murid cuba meneka -> menganggar. (2) Saya hanya paparkan petak kosong tanpa ada set rujukan (petak yang diisi dengan kotak berwarna). Dapatkah kamu anggarkan berapa kotak berwarna yang diperlukan untuk memenuhi petak kosong? Murid jawab susah. (3) Saya edarkan lembaran aktiviti, tapi saya tak edarkan petak berwarna, takut nanti murid tak gunakan kemahiran yang saya nyatakan untuk menganggar. (4) Selepas aktiviti menganggar, saya edarkan kotak berwarna, dan barulah murid potong dan tampal pada lembaran aktiviti, kemudian kira kuantiti sebenar serta bandingkan dengan kuantiti anggaran. (5) Murid berkongsi bagaimana mereka membuat anggaran. Ini penting supaya aktiviti yang dijalankan murid - murid menggunakan kemahiran yang seperti yang diharapkan. Di bawah ini gambar semasa aktiviti bersama-sama murid tahun 2, saya tak sempat nak ambil gambar sangat sebab nak kawal murid tahun 2 bukan senang ye. Alhamdulillah mereka dapat ikut PdPc dengan baik. Malah ada antara murid yang saya memang tak sangka, rupanya ada kemahiran menganggar dengan baik. Siap melompat bila dah kira kuantiti sebenar sama dengan kuantiti anggaran. Muat Turun Lembaran Kerja Aktiviti Menganggar Tahun 2 dan Tahun 4![]()
0 Comments
Ada rakan di FB minta share cara untuk buat laporan Kokurikulum daripada Google Form terus ke PDF. Alhamdulillah dikesempatan masa yang saya ada, saya cuba tunaikan permintaan rakan saya. Sebenarnya saya pun terlihat dari posting FB rakan, dan saya cuba buat kemudian ada tambah formula pada Google Sheet. Video yang saya hasilkan tiada suara, sebab tak sempat nak edit dan saya pun tak ada peralatan untuk merakam, semuanya saya tinggalkan di Pulau Pinang. Hehehe. Tahu tak yang anda boleh generate laporan dalam format PDF dari Google Form dengan mudah! InsyaAllah saya akan kongsikan caranya dengan cikgu atau sesiapa sahaja yang memerlukannya. Jom tonton dan ikut kita ikut cara penyediaannya ye. Ada 3 bahagian penyediaan Google Form Terus Siap Laporan Kokurikulum 1. Sediakan Google Form 2. Sediakan Template Laporan menggunakan Google Doc 3. Gunakan dan Setting Add On AutoCrat Di bawah ini merupakan contoh Laporan Kelab Catur yang digunakan di sekolah saya. Bahagian kehadiran saya biarkan kosong sebab nanti saya akan masukkan formula supaya daripada Google Form bahagian kehadiran, ia akan terus update bilangan murid hadir dan tak hadir. Kalau untuk masukkan formula supaya daripada Google Form bahagian kehadiran, ia akan terus update bilangan murid hadir dan tak hadir mungkin di post yang akan datang. Doakan saya sihat dan banyak masa untuk berkongsi ilmu bermanfaat agar dapat membantu pembaca semua! Jangan lupa share ye hasil laporan kelab masing-masing exited nak tengok kalau ada cikgu yang dah cuba! Tak tahu pun ada cara mudah! Dari Google Form Terus Siap Laporan KokurikulumPART 1 PART 2 PART 3 Cikgu mesti nak macam yang ini kan? - Sistem Kehadiran Kokurikulum Guna QR-CODE Siap Analisis Graf27/1/2020 Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Baru-baru ini ada rakan yang berkongsi mengenai Sistem Kehadiran dengan menggunakan QR CODE. Setiap murid diberikan Kad yang mempunyai QR-CODE dan hanya scan di telefon sahaja. Tetapi saya terfikir beberapa perkara berikut, apa yang jadi jika 1. Murid scan sediri di rumah? 2. Murid terlebih scan, sampai 2 atau 3 kali? 3. Ada masalah dan murid tak boleh scan disebabkan masalah internet. 4. Data yang disimpan di dalam Google Sheet, kena buat sendiri bagaimana memudahkan data kehadiran dibaca dan disemak. Sistem Kehadiran yang saya nak buat mempunyai ciri-ciri berikut 1. Murid tak boleh scan sendiri di rumah 2. Google Sheet akan eliminate nama yang scan lebih dari sekali 3. Data kehadiran yang disimpan mudah dibaca, disemak dan siap boleh represent dalam bentuk graf lagi. Baru - baru ini saya terjumpa satu Add-On iaitu Attendance Sorter. Anda boleh cuba! Alhamdulillah setakat ini saya cuba dan ia sangat memudahkan. Saya hanya perlu tambah sheet untuk generate QR Code sahaja. Sistem Kehadiran yang saya gunakan Attendance Sorter + Formula Sendiri Data yang disimpan di atas belum dianalisis sepenuhnya, jadi saya add satu lagi sheet dan saya namakan sebagai "Analisis Kehadiran" pada sheet ini, saya menggunakan Formula untuk mengira "Hadir" dan "Tidak Hadir", kedua-dua ini bukan data numeric jadi kena gunakan formula supaya ia boleh dikira seperti gambar rajah di bawah. Saya memerlukan jadual dalam sheet Analisis Kehadiran yang boleh mengira jumlah kehadiran, bilangan perjumpaan dan peratus bagi individu dan juga peratusan kehadiran keseluruhan kelab. Kemudian data-data ini dipersembahkan dalam bentuk carta palang yang mudah difahami. Untuk pengetahuan semua carta palang ini boleh kita ambil embedded code dan masukkan dalam laman web. Carta tersebut dipaparkan secara live dan boleh di"update" atau dikemas kini. Untuk menghasilkan sistem Laporan Kehadiram Kokurikulum yang seperti ini, cikgu atau sesiapa sahaja kena cuba terlebih dahulu. Setakat ini saya gunakan tiada masalah, melainkan masalah internet. Jangan lupa rujuk post yang terdahulu ye untuk memudahkan cikgu buat Google Form dengan lebih mudah
1. Google Form - Tanpa perlu menaik satu persatu nama murid/soalan 2. Dari Google Form Terus Siap Laporan Kokurikulum Penat menaip satu persatu soalan atau name list pada Google Form? Add On ini membantu anda. Anda boleh cuba gunakan Add On ini, jika anda sudah pun ada name list atau soalan dalam bentuk softcopy. Kali ini saya gunakan Google Form bagi tujuan kedatangan ke perjumpaan kokurikulum dan juga untuk semakan penghantaran kerja rumah murid. Bagi memudahkan anda mengikuti tutorial, saya dah buat panduan dalam bentuk PDF, anda boleh muat turun dan jadikan rujukan. Semoga ia dapat membantu anda! Muat Turun Panduan Form Ranger![]()
|
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |