CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

AKTIVITI PdPc PAK-21 - Menyebut Nombor

6/2/2019

1 Comment

 
Hari ini saya kongsikan dengan pembaca sekalian mengenai cara dan peringkat-peringkat untuk menyebut nombor mengikut tahap kesukaran.​

Pengetahuan sedia ada murid

 
(a) Nilai nombor
(b) Tahu kedudukan sesuatu nombor pada garis nombor dengan urutan yang betul.
 
Peringkat-peringkat Menyebut Nombor
 
Untuk menyebut angka, murid saya kata senang je cikgu. Tapi saya dah prepare dengan "level" atau tahap kesukaran ala macam main game la. Level 1 senang, level berikutnya makin susah. Sebelum itu, saya perkenalkan murid dengan carta nilai tempat. Berikut Merupakan Carta nilai tempat yang saya gunakan untuk membantu murid menyebut nombor dengan betul.

Picture
Peringkat menyebut angka ini saya kenal pasti dari kesilapan yang selalu murid lakukan. Saya terangkan kepada mereka bagaimana nilai tempat boleh wujud salah satunya "Understanding Place Value" bab dalam Buku Understanding Mathematics for Young Children karya Derek Haylock dan Anne D. Cockburn. Kalau di pelajar IPG, saya belajar semasa tahun pertama ijazah.
 
Saya kongsikan tips untuk ajar murid sebut angka boleh guna mula dari tahun 3.
 
Peringkat 1
Saya mulakan dengan semua nilai tempat tiada angka "0" dan "1" ini kita akan gunakan untuk level seterusnya
 
Contoh:
(a) 234 765
(b) 987 345
 
Biasanya murid tak ada masalah untuk sebut melainkan mereka tak tahu nilai tempat
 
Peringkat 2
Saya mula guna angka "1" tapi saya hanya letak pada nilai tempat ratus ribu dan ratus sahaja. Ada sebabnya.
 
Contoh:
(a) 156 378
(b) 124 167
Biasa murid akan sebut
(a) satu ratus lima puluh enam ribu tiga ratus tujuh puluh lapan
(b) satu ratus dua puluh empat ribu satu ratus enam puluh tujuh.
 
Betulkan sebutan murid jika ada yang sebut seperti (a) dan (b)
 
Peringkat 3
 
Saya akan gunakan digit 0 lebih dari 1 pada mana mana nilai tempat
 
Contoh:
(a) 103 453
(b) 200 205
 
Level ni ada juga murid yang terbabas ada yang akan sebut seperti ini
 
(a) sepuluh tiga ribu empat ratus lima puluh tiga
(b) dua ratus dua puluh lima
 
Jika ada yang masih sebut seperti ini, gunakan carta nilai tempat, boleh rujuk buku teks matematik tahun 5. Ia sangat membantu kalau ada jelaskan angka ikut kumpulan.
 
Peringkat 4
 
Ini paling best, saya gunakan digit 1 pada nilai tempat puluh ribu dan puluh
 
Contoh:
(a) 112 234
(b) 114 218
 
Ini ramai murid terbabas minggu lepas ada yang terkena, ramai yang tewas di level 4. Mereka sebut seperti ini
 
(a) seratus satu puluh dua ribu dua ratus tiga puluh empat
(b) seratus satu puluh empat ribu dua ratus satu puluh lapan.
 
Jika ada kes seperti ini bimbing dengan ingatkan mereka cara menyebut nombor melibatkan "belas" tak kiralah jika digit 1 berada di nilai tempat puluh ribu atau puluh diikuti digit lain pada nilai tempat sa sama ada ribu atau sa, kita sebut "belas"
Mengenal angka
 
NOTA 

Mengenal angka kiranya boleh sebut dan menulis angka dengan betul.
 
Berikut merupakan jenis-jenis kesilapan yang murid sering lakukan
 
(a) ada sifar pada nilai tempat tertentu
 50 122 Murid sebut sebagai
x "lima puluh seratus dua puluh dua"
✔"lima puluh ribu seratus dua puluh dua"
 
(b) melibatkan 1 pada nilai tempat puluh pada sebarang kumpulan, 32 211
x "tiga puluh dua ribu dua ratus satu puluh satu"
✔"tiga puluh dua ribu dua ratus sebelas"
 
(c) salah eja😂
 
Nilai tempat "ribu" diperkenalkan bermula murid dari tahun 3. Saya pernah terbaca satu artikel mengenai nilai tempat, guru matematiknya tidak memperkenalkan terus kepada nilai tempat "ribu"
 
Bagaimanakah caranya?
 
Carta nilai tempat, berdasarkan buku Mathematics Scott Foresman.Addison Wesley
Angka ini kelaskan mengikut "period" bermula dari
(a) Ones Period
(b) Thousands Period
(c) Millions Period
(d) Billion Period dan seterusnya...
 
Setiap period ada nilai tempat yang sama dan berulang-ulang iaitu ones "sa", tens "puluh" dan hundreds "ratus"
 
Jika anda rujuk buku teks Matematik bermula dari darjah mungkin anda perasan digit pada nilai tempat ribu dijarakkan sedikit. Contohnya
 
1 234 atau ada negara yang menggunakan tanda "," 1,234
 
Kemudian cuba tengok buku teks tahun 5 murid belajar hingga angka 1 000 000, angkanya ditulis seperti ini.
 
124 345,
 
124 berada pada "Thousands Period"
345 berada pada "Ones Period"
 
Sebab itu 124 345 disebut sebagai
Seratus dua puluh empat RIBU tiga ratus empat puluh lima.
 
Untuk murid tahun 3 saya kenalkan carta nilai tempat dan ajar mereka sebut sampai Juta.
 
Mula-mula mereka tak tahu nak sebut. Tapi bila diterangkan mengikut period atau saya sebut sebagai kumpulan, mereka boleh sebut dengan betul. Murid tahun 6 saya ajar sebut sehingga billion.

​Muat turun carta nilai tempat
carta_nilai_tempat.docx
File Size: 71 kb
File Type: docx
Download File

1 Comment

AKTIVITI PdPc PAK-21 - Penulisan Jurnal Pembelajaran Murid

4/2/2019

0 Comments

 
Saya pernah melaksanakan penulisan jurnal pembelajaran matematik pada tahun 2017 lagi walaubagaimanapun ia tidak diteruskan. Pada tahun 2019 saya memulakan kembali penulisan jurnal pembelajaran matematik. Kini penulisan jurnal pembelajaran dikenali sebagai “Apa yang saya belajar hari ini?”
 
Idea untuk menulis jurnal pembelajaran tercetus selepas saya menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Dr. Yeap Ban Har di RESCAM, Pulau Pinang. Selain daripada itu, penulisan jurnal juga tercetus apabila saya selalu menyoal murid tentang apa yang mereka belajar hari ini? Malangnya murid memberikan respon yang terlalu umum iaitu “kami belajar matematik” walaupun pada hari itu mereka belajar tentang kemahiran seperti membundar. Murid juga tidak dapat menerangkan apa yang mereka belajar sehingga mereka dibimbing oleh saya. Perkara ini amat membimbangkan saya.
 
Tahun ini saya menggunakan buku bergaris sebagai buku Matematik murid menulis jurnal pembelajaran pada buku yang sama dengan latihan. Pada awal perlaksanaan penulisan jurnal pembelajaran dalam kalangan murid, isi kandungannya tidaklah seperti yang saya harapkan. Biasanya murid akan menyoal saya kembali “cikgu, nak tulis apa?” Saya membimbing murid dengan menerangkan isi yang patut ada dalam penulisan jurnal, antaranya
 
(a) perkara baru yang dipelajari seperti “perkataan baru” atau “kaedah baru”
(b) contoh huraikan perkara (a) dengan contoh sendiri
(c) perasaan, seperti seronok, membosankan atau tidak faham sesuatu.
(d) harapan.
Picture
Contoh Penulisan Jurnal Murid: Sangat ringkas dan murid tidak menghuraikan apa yang telah dipelajari secara mendalam.
Selepas 3 minggu melaksanakan penulisan jurnal, saya mendapati 5 jenis penulisan jurnal murid.
 
(a) menulis dengan banyak dan berkait rapat dengan perkara yang dipelajari.
(b) menulis dengan banyak tetapi kurang berkait rapat dengan perkara yang dipelajari.
(c) menulis dengan banyak tetapi tidak berkait rapat dengan perkara yang dipelajari.
(d) menulis dengan sedikit tetapi berkait rapat dengan perkara yang dipelajari.
(e) menulis dengan sedikit serta penulisan tiada kaitan dengan perkara yang dipelajari.
HASIL PENULISAN JURNAL MURID
Picture
Picture
Hasil kerja murid tahun 6, penulisan jurnalnya merangkumi 2 muka surat. Murid ini menulis dengan gaya penulisan yang sangat menarik.  Murid ini menulis dengan banyak dan berkait rapat dengan perkara yang dipelajari.
Picture
Picture
Hasil kerja murid tahun 3, penulisan jurnalnya turut merangkumi 2 muka surat. Penulisannya ringkas tetapi banyak menggunakan gambar rajah.  Untuk murid tahun 3, boleh saya katakan murid ini menulis dengan banyak dan berkait rapat dengan perkara yang dipelajari.
Picture
Hasil kerja murid tahun 3, penulisan jurnalnya turut merangkumi 2 muka surat. Penulisannya lebih banyak berbanding murid di atas,  banyak menggunakan gambar rajah. tetapi tidak berkaitan lansung dengan apa yang dipelajari. Murid ini menulis dengan banyak tetapi tidak berkait rapat dengan perkara yang dipelajari. Saya perlu berikan perhatian kepada murid ini. Adakah dia tidak memberikan tumpuan semasa mengajar, tidak faham, sukar untuk mengingat?
Picture
Hasil Kerja Murid Tahun 5, penerangannya ringkas, mudah difahami dan berkait rapat dengan apa yang dipelajari. Ini merupakan hasil penulisan jurnal murid yang sangat baik.
Picture
Hasil Kerja Murid Tahun 6, penerangannya ringkas, mudah difahami dan berkait rapat dengan apa yang dipelajari tetapi tidak kemas. Ini merupakan hasil penulisan jurnal murid ringkas tetapi mempunyai kaitan dengan apa yang dipelajari serta menulis contoh-contoh dengan idea sendiri.
Perhatian perlu diberikan kepada murid yang menulis seperti di (b) dan (c). Walaubagaimanapun murid yang menulis dengan sedikit juga ada kategorinya, menulis dengan sedikit tetapi ada isi penting yang berkaitan dengan pembelajaran dan sebaliknya. Murid yang menulis sedikit pada pengamatan saya bukanlah murid yang tidak fokus di dalam kelas atau tidak dapat mengimbas kembali proses PdPc tetapi ia juga berkait rapat dengan kemahiran menulis murid.
 
Penyelesaian kepada masalah murid (b), (c), (d) dan (e) adalah memberi kebebasan kepada mereka untuk menulis jurnal pembelajaran bersama-sama dengan lukisan atau lakaran untuk menerangkan idea atau mengingat kembali apa yang telah mereka pelajari semasa di dalam bilik darjah. Melukis juga merupakan salah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang dapat membantu murid untuk menerangkan idea matematik.
 
Saya membuat rujukan dari beberapa laman web untuk memperbaiki lagi perlaksanaan penulisan pembelajaran Matematik. Perbincangan penulisan jurnal yang dikenal pasti adalah dari aspek perlaksanaan, kandungan penulisan jurnal dan ciri-ciri jurnal yang baik.
​

(a) Perlaksanaan Penulisan Jurnal
Penulisan jurnal yang telah saya laksanakan, murid menulis jurnal semasa di dalam kelas dan murid menulis jurnal sebagai tugasan. Berdasarkan laman web yang saya rujuk perlaksanaannya sedikit berbeza, murid diperuntukkan masa khas untuk menulis jurnal dan ia dibuat secara mingguan.
 
(b) Kandungan Penulisan Jurnal
Murid saya dikehendaki menulis jurnal mengenai perkara yang mereka belajar berserta contoh sendiri bagi menjelaskan apa yang telah mereka belajar. Walaubagaimanapun, berdasarkan rujukan pada laman web saya mendapati penulisan jurnal adalah berkaitan dengan penyelesaian masalah matematik. Soalan penyelesaian masalah yang diberikan bersifat open ended tidak memperuntukan satu jawapan dan ia bertujuan untuk melihat idea dan keupayaan murid menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah.

Berikut merupakan aktiviti penulisan jurnal murid sebaik sahaja selesai sesi perbincangan.
0 Comments

AKTIVITI PAK-21 MATEMATIK - Kuasai Kemahiran Asas Bahagi

4/2/2019

0 Comments

 
TIPS KUASAI KEMAHIRAN ASAS MATEMATIK
BAHAGI
Bismillahirrahmanirrahim
Baru-baru ini ada rakan guru yang minta saya share mengenai tajuk bahagi.
"Oo. Ok. Cikgu, boleh x upkan dlm fb cara bahagi utk tahun 3..sy sedih la murid sy mcm x dpt tgkap cara membahagi.."
​
Saya akui tajuk bahagi antara yang sukar, murid susah nak ingat step semasa bahagi. Walaupun berkali-kali diulang, dah tulis langkah masih lagi buat silap. Mungkin mereka tidak faham kenapa kena buat sifir, lepas tu darab lepas tu tolak. Saya terpaksa mulakan semula, ajar tajuk bahagi
(1) Beri pengalaman untuk belajar mengagihkan/berkongsi sesuatu dengan sama rata.
Semasa aktiviti ini, pelbagai cara yang mungkin digunakan murid, ada yang berkongsi dengan mengagihkan sebilangan objek, ada yang berkongsi dengan mengagihkan objek satu persatu.
(2) Merujuk kepada buku Teks Matematik Tahun 2, banyak contoh yang melibatkan bahagi secara pengukuran, iaitu contoh 1,3 dan 4.
Contoh 1: Ada 10 biji kek, isi dua-dua dalam piring, berapa piring dapat diisi dengan kek?
Contoh 2: Melibatkan agihan/kongsi sama banyak
Contoh 3: 8 keping agar-agar, beri seorang 4 biji, 2 orang yang dapat, Wendy dan Selvi
Contoh 4: Ada 18 batang pen, setiap paket dimasukkan 6 batang, dapat 3 paket pen.
(3) Pembahagian dalam bentuk lazim yang biasa diajar di sekolah rendah merupakan pembahagian secara ukuran. Contohnya 18 ÷ 3, jawapan yang diperolehi ialah 6, ini kerana 6 kali 3 ditolakkan daripada 18, atau ada 6 kali 3 dalam 18.
(4) Banyakkan aktiviti murid melakukan pembahagian melibatkan pengukuran, contohnya aktiviti seperti dalam (GAMBAR PERTAMA) Bimbing murid untuk tulis ayat matematik bahagi.
(5) Sebelum memperkenalkan pembahagian dalam bentuk lazim. Saya gunakan seperti dalam (GAMBAR KE-2). Contohnya “12÷4 =” Murid perlu lukis dot-dot dan bulatkan 4-4 sehingga kesemua 12 dot-dot telah dibulatkan 4-4
Tapi kalau melibatkan nombor yang besar, mesti penat nak lukiskan? Pada peringkat ini, gunakan nombor yang tak terlalu besar, tujuan utama pada peringkat ini nak bagi mereka faham dan pada masa yang sama mengimbas kembali tajuk darab.
(6) Semasa memperkenalkan pembahagian dalam bentuk lazim, gunakan bahagi lukis dot-dot pada masa yang sama tunjukkan pembahagian yang hanya melibatkan nombor sahaja. Contoh pada (GAMBAR KE-2).
(7) Bahagi tahun 2 yang saya lihat, hanya melibatkan pembahagian tanpa mengumpul semula. Contoh untuk lihat beza pembahagian tanpa mengumpul semula dan yang melibatkan pengumpul semula (GAMBAR KE-3).
(8) Langkah seterusnya boleh ajar murid untuk bahagi yang ada baki atau melibatkan pengumpulan semula.
Lepas itu nak pakai kaedah apa pun tak kisah, ada banyak kaedah yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang lebih ringkas dan mudah. Paling penting murid faham konsep sebenar bahagi dan langkah yang mereka hafal ada makna.
Saya masih belajar. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat. Yang baik dari Allah swt yang lemah atau segala kekurangan itu dari saya sendiri.
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

AKTIVITI MATEMATIK PAK-21 - Mencipta Pembaris dengan Unit Sendiri

4/2/2019

0 Comments

 
Aktiviti mencipta Pembaris sendiri dengan unit sendiri.
Sebelum murid tahu gunakan pembaris, unit piawai, mereka perlu lalui pengalaman bagaimana orang zaman dahulu menggunakan ukuran bukan piawai dalam kehidupan seharian sehinggalah manusia mencipta pembaris.
​
Murid diperkenalkan dengan ukuran bukan piawai tak seragam seperti jengkal,kaki, dan hasta. Selepas mencatat ukuran, murid bandingkan ukuran.
Picture
Kemudian murid membandingkan ukuran objek yang dicatatkan pada jadual. Objek yang sama, unit ukuran yang sama, tetapi nilai ukuran yang dicatat tidak sama. Masalah dengan ukuran seperti yang dinyatakan ialah saiz jengkal setiap individu adalah berbeza."7 jengkal Cikgu tak sama dengan 7 jengkal saya... Jengkal Cikgu besar... Panjang..."
Picture
Picture
Picture
Bagaimana manusia mengatasi masalah ini. Jika di England sekitar abad ke-13, mereka menggunakan tubuh badan King Henry l sebagai rujukan. Bermula dari tengah hidung hingga ke ibu jari ketika tangan diluruskan, ia disebut 1 yard. Setelah menggunakan tubuh badan King Henry l sebagai rujukan, tidak ada lagi masalah, ukuran tidak sama panjang.

Kemudian murid diperkenalkan dengan unit bukan piawai seragam. Sejak dari Tahun 1 lagi murid sudah belajar mengukur panjang objek dengan menggunakan klip kertas atau duit syiling.
Picture
Picture
Picture
Masalah ukuran panjang objek tidak sama berjaya diatasi dengan menggunakan objek yang seragam sebagai ukuran. Tetapi, ada masalah baru timbul, tak kan setiap kali nak ukur panjang objek nak kena bawa pin, klip kertas yang banyak ke merata tempat semata-mata nak ukur.
​

Kemudian, murid gunakan objek seperti klip kertas, letak dan tanda pada objek, ulang dan ulang sehingga dapat ukurannya. Timbul idea untuk cipta alat yang dinamakan "pembaris". Murid cipta pembaris dengan menggunakan objek seperti klip kertas, cotton bud sebagai rujukan untuk hasilkan pembaris.
Picture
Picture
Picture
Picture
Murid gunakan pembaris tersebut untuk mengukur objek. Wah senang boleh dibawa ke mana-mana. Semasa murid mengukur, mereka dapati objek tidak sampai kesenggatan, contoh aktiviti sebentar tadi murid ukur lebar kerusi , ukurannya "5 lebih sikit"
Picture
Picture
Picture
Masalah baru timbul, kerana ukuran tidak tepat. Bagaimana untuk atasi masalah ini? "cikgu, buat la garis kecil mcm pembaris..." ini berdasarkan pengalaman murid melihat pembaris, tetapi tidak tahu fungsi sebenar garisan kecil atau disebut sebagai senggatan.
Picture
Murid kemudiannya membahagikan jarak antara 0 dan 1 kepada 10 bahagian yang sama saiz, sama jarak antara garisan, seperti pembaris. Maka dari sini wujudnya sistem perpuluhan ringkasan kepada penulisan pecahan persepuluh.

Kemudian, murid gunakan pembaris yang telah dibaiki ketepatan bacaannya. "lebar kerusi, 5 3/10 pengorek telinga cikgu..." atau 5.3 pengorek telinga.
Picture
Melalui aktiviti ini murid akan dapat mengukur dengan betul, faham fungsi senggatan, tahu hubungan unit (semasa buat senggatan murid dah dapat agak 0-1 sepuluh, 0-2 dua puluh) dan secara tidak langsung dapat menulis ukuran menggunakan sistem perpuluhan.
Picture
Picture
Picture
0 Comments
<<Previous
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart