CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Operasi Tambah

25/2/2020

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah sedar tidak sedar kita sudah pun berada di penghujung bulan Februari. Saya pun dah hampir 2 bulan berada di sekolah baru dengan pengalaman yang baru. Alhamdulillah, banyak yang saya dapat belajar terutamanya daripada anak-anak murid saya.
Picture
Picture
Kali ini saya menggunakan modul yang saya buat untuk penambahan. Saya sering melihat murid mengira terutamanya operasi tambah masih menggunakan jari malah ia berlarutan sehingga mereka di tahap 2. Bagi saya ia tidak salah, cuma ada kaedah lain yang dapat membantu mereka untuk mengira dengan lebih pantas dan tepat.

Mungkin anda pernah mendengar isitilah "make ten" atau jadikan 10, apa yang saya gunakan adalah dari penambahbaikkan dari "make ten" dengan menghasilkan modul yang tersusun dari awal sehingga murid boleh mengaplikasikan kemahiran menambah dengan cara ini. Alhamdulillah di sekolah lama saya, murid sudah pun mengira dengan pantas dan tepat tanpa menggunakan jari seawal tahun 2 lagi. 

Cuma di sekolah baru, saya baru saja memperkenalkan kaedah ini dan banyak perkara yang perlu saya perbaiki dari segi kandungan modul dan cara penyampaian saya. Hari ini saya menyampaikan kaedah ini kepada 2 kelas tahun 2 iaitu 2Y dan 2Z. Bagi saya yang paling berjaya penyampaian saya di kelas 2Z, kerana saya telah memperbaiki lagi penyampai selepas saya mengajar di 2Y. 

Sasaran saya ialah murid-murid yang sangat lemah dalam kemahiran operasi tambah lebih-lebih lagi yang melibatkan pengumpulan semula. Jadi hari ini, di kelas 2Z saya akan menyemak kerja murid-murid yang lemah terlebih dahulu. Paling penting, aspek kawalan kelas, jadi saya gunakan Teori Behaviorisme di dalam kelas. Hehe.

Bagaimana "Make 10" ini membantu murid?

Untuk menambah dengan menggunakan kaedah ini, pastikan murid mempunyai kemahiran subitizing. Ada satu artikel yang menyatakan bahawa haiwan juga mempunyai kemahiran dalam mengira, seperti kucing, yang dapat tahu jika seekor anaknya hilang. 

Apa itu Subitizing?
Subitizing is the ability to recognize a small group of objects without counting. It is a fundamental skill in the development of number sense.

Saya tidak jumpa isitilah dalam bahasa Melayu namun saya berpendapat ia dari perkataan "sub" yang dalam bahasa Melayu bermaksud 
Definisi : (dlm kata majmuk bererti) ba­hagian kecil drpd; separuh; di bawah: subtropika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kemahiran ini penting untuk membina kemahiran deria nombor. Semasa saya menjalankan aktiviti penambahan tadi, murid-murid yang menghadapi masalah penambahan adalah mereka yang lemah dalam kemahiran Subtizing. Contohnya ada dua situasi murid yang lemah

(a) jika ada 4 penutup botol, mereka perlu mengira satu persatu.
(b) Jika murid ini tidak mengira satu persatu, bilangan penutup botol yang mereka nyatakan salah.

Dua situasi di atas, telah saya jumpa pada murid saya semasa kelas hari ini. ​Murid-murid yang lemah akan mengira satu persatu berulang kali walaupun mereka tahu jika semua petak diisi dengan penutup botol maka bilangannya 10. 
Picture
Aktiviti Operasi Tambah (Dengan Mengumpul Semula)
Picture
Picture
Picture
Picture
Penambahan Mengumpul Semula

Fokus saya untuk kemahiran ini hanya melibatkan penambahan 2 nombor sahaja.
Pernah terfikir tak jawapan yang paling maksimum/minimum untuk penambahan mengumpul semula?
9 + 9 = 18 ( ini paling maksimum )
5 + 6 atau 6 + 5 = 11 ( ini paling minimum )


Jika di senaraikan 
9 + 9 = 18
9 + 8 = 17 sama dengan 8 + 9 = 17
9 + 7 = 16 sama dengan 7 + 9 = 16
9 + 6 = 15 sama dengan 6 + 9 = 15
9 + 5 = 14 sama dengan 5 + 9 = 14
9 + 4 = 13 sama dengan 4 + 9 = 13
9 + 3 = 12 sama dengan 3 + 9 = 12
9 + 2 = 11 sama dengan 2 + 9 = 11
(8 penambahan mengumpul semula dengan 9)

8 + 8 = 16
8 + 7 = 15 sama dengan 7 + 8 = 15
8 + 6 = 14 sama dengan 6 + 8 = 14
8 + 5 = 13 sama dengan 5 + 8 = 13
8 + 4 = 12 sama dengan 4 + 8 = 12
8 + 3 = 11 sama dengan 3 + 8 = 11
(6 penambahan mengumpul semula dengan 8)

7 + 7 = 14
7 + 6 = 13 sama dengan 6 + 7 =13
7 + 5 = 12 sama dengan 5 + 7 =12
7 + 4 = 11 sama dengan 4 + 7 =11

(4 penambahan mengumpul semula dengan 7)

6 + 6 = 12
6 + 5 = 11 sama dengan 5 + 6 =11
(2 penambahan mengumpul semula dengan 6)


Kesimpulannya hanya 20 pasangan nombor bagi hasil tambah lebih besar dari 10 ( penambahan dengan mengumpul semula). 

Bagaimana Operasi Tambah dengan Cara "Make 10"?

​
Kaedah menambah ini boleh digabungkan dengan kemahiran murid belajar mengenai kombinasi nombor, terutamanya kombinasi 2 nombor yang menghasilkan jawapan 10. 

Contoh penambahan

9 + 6 = 15
Dengan menggunakan penutup botol murid akan susun seperti berikut 9 penutup botol bahagian atas, berwarna kuning dan 6 penutup botol di bawah pada bahagian warna merah 

[gambar]
Bahagian atas, warna kuning bagaimana murid boleh jadikan bahagian atas bilangan penutup botol bersamaan dengan 10? Bimbing murid untuk gerakkan 1 penutup botol dari bawah pada bahagian berwarna merah, iaitu dari 6.

ini bermaksud

9 + 6 = 15
(9 + 1) + (6 -1 ) = 15 
6 beri 1 penutup botol pada 9.
Modul Penambahan 
Picture
Penutup botol yang saya kumpulkan sampai 500 biji penutup botol minuman, supaya murid-murid tidak berkongsi bahan. 
Picture
Picture
Picture

Strategi Operasi Tambah "Make 10"

0 Comments

Year 1 - Game Combination of Numbers

22/2/2020

0 Comments

 
Picture
Picture
Hi everyone I made this game using mBlock. So you need to install mBlock before you download and play this game.
kombinasi_nombor.sb2
File Size: 3603 kb
File Type: sb2
Download File

0 Comments

TUTORIAL MUDAH DANĀ  LENGKAP - JOM BUAT KAD KEHADIRAN QR CODE

15/2/2020

12 Comments

 
Picture
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yang dijanjikan saya berkesempatan untuk buat video tutorial lengkap cara membuat kad kehadiran murid. Contohnya Setiap murid akan membawa kad kehadiran yang ada QR Code semasa perjumpaan kokurikulum dan murid akan scan kad tersebut kemudian terus masuk ke dalam sistem kehadiran.

Pertama sekali anda JANGAN ubah bahagian First Name dan Last Name ok, nanti bila anda ubah sistem kehadiran ini tak akan menjadi tau. Kalau anda semua dah buat, anda akan faham dan nampak apa yang saya sampaikan.

Sangat mudah dan jom ikuti tutorialnya. Kalau tak faham, boleh ulang main video. Terima kasih dan jangan lupa share.

PART 1 - INSTALL ADD-ON ATTENDANCE SORTER

PART 2 - BUAT FORM DAN DAPATKAN LINK UNTUK QR CODE

PART 3 - BUAT QR CODE DENGAN PANTAS DAN CEPAT

PART 4 - TEST QR CODE PADA TELEFON DAN HASIL ANALISIS KEHADIRAN

12 Comments

Mengenal Pasti Pola dan Melengkapkan Pola Mudah

12/2/2020

1 Comment

 
Picture
Kali ini saya banyak berfikir untuk jadikan aktiviti pengukuhan untuk pola sebagai sesuatu yang menarik. Untuk anak-anak murid saya di sini kebanyakkan mereka susah nak kenal pasti perubahan pada simbol nombor contohnya, pola menaik 10-10, contohnya

345, 355, 365, 375, 385...

Penyelesaiannya saya gunakan gambar rajah untuk mewakili angka tersebut. Memandangkan murid sudah biasa dengan simbol yang saya gunakan,

Kotak Segi Empat Sama (Ungu) = 100
Kotak Segi Empat Tepat (Merah) = 10
Kotak Segi Empat Sama (Biru) = 1

Warna tersebut saya pilih berdasarkan warna mata wang negara kita, RM100 warna ungu, RM10 warna merah dan RM1 warna biru. 
Picture
Lembaran kerja mengenal pasti pola dan melengkapkan pola mudah.
Langkah 1 - Warming up mengenai pola melalui aktiviti tepuk tangan ala-ala kompang, dan mengenal pasti jujukan corak secara putaran. Berdasarkan pembacaan saya pola ini ada pelbagai jenis

(1) pola berulang-ulang contohnya 1,2,1,2,1,2,1,2,1,2
(2) aritmetik contohnya 2,4,6,8,10,12,14
(3) geometrik contohnya 2,4,8,16,32,64,128,256
Picture
Pelbagai jenis pola
Untuk sekolah rendah, murid  belajar mengenai pola aritmetik bermula dari tahun 2, mengenal pasti dan melengkapkan pola mudah. Berdasarkan lembaran yang saya gunakan, ia merupakan pola yang mudah untuk dikenal pasti ada pola yang menaik atau menurun 100-100, 10-10 dan 1-1.

Berdasarkan pemerhatian selepas saya melaksanakan PdPc di Kelas 2B banyak aspek yang perlu saya antaranya ialah 
(1) Lembaran kerja yang mengelirukan. Gambar dalam entry ini dah saya perbaiki
(2) Arahan yang diberikan. Di sebabkan lembaran saya yang agak mengelirukan ada murid yang membaca pola bentuk dari atas ke bawah dan bukannya dari kiri ke kanan.

Oleh sebab itu, penambahbaikkan yang saya lakukan, saya buat seperti garis nombor dan letak arrow menunjukkan ke arah akan. Untuk PdPc esok berikut merupakan aspek penambahbaikkan yang saya akan laksanakan di kelas 2A

(1) Baca pola dari kiri ke kanan
(2) Cuba lihat, adakah ia berkurang atau semakin bertambah
(3) Apakah yang sama? sa, puluh atau ratus?
(4) Apa yang berubah, bertambah atau berkurang? sa, puluh atau ratus?
(5) Apakah nombor yang seterusnya?

Pada kelas yang sebelumnya saya pernah menyoal seorang murid bagaimanakah cara dia mengenal pasti pola yang berikutnya, anak murid saya ini gunakan perkataan "tumbuh" Kebetulan perkataan ini pernah saya baca di dalam sebuah buku Understanding Mathematics for Young Children, antara kandungan dalam buku tersebut adalah mengenai "growth pattern"


"A linear growing pattern is a pattern that increases or decreases by a constant difference. For example: In this linear growing pattern, each row is one greater than the previous row. Kindergarteners reinforce their understanding and ability to reason about counting numbers through examples of growing patterns."

Hari ini saya kongsikan lembarannya, InsyaAllah nanti saya kongsikan dapatan PdPc bagi kelas esoknya ye. 
Picture

Lembaran Aktiviti 

pola_bahagian_2.pdf
File Size: 94 kb
File Type: pdf
Download File

1 Comment
<<Previous
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart