CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

AKTIVITI MEMPERKENALKAN OPERASI BERGABUNG TAHUN 5

21/4/2017

0 Comments

 
OPERASI BERGABUNG TAHUN 5
Operasi Bergabung Darab dan Tambah
Picture
Aktiviti murid untuk memahami urutan operasi bergabung 

Read More
0 Comments

Pengalaman Bertugas di Sarawak

14/4/2017

31 Comments

 
"Sarawak tanah airku, negeriku tanah air ku Sarawak..."

Gema lagu Ibu Pertiwiku... Pagi Isnin yang hening, aku duduk ditepi sekali dekat dengan pintu, kadang-kadang aku melihat keluar, hijau pemandangan jauh dari kota...

Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun ke 3 aku berbakti di Bumi Kenyalang. Masa isi untuk memohon penempatan aku lansung tak mintak untuk mengajar di Sarawak, tapi semuanya ketentuan Allah s.w.t. Di awal perjalanan semestinya aku sangat teruja dan tak sabar-sabar nak menjejakkan kaki ke sekolah.


Tapi, bila dah sampai dan melalui hari pertama di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, tiba-tiba aku bermonolog; 
"boleh ke aku nak survive di sini?"

"Akui anih perah liveng, usi tek taban nep akui kuman... duduk jauh beribu batu, ayah di pusara ku tinggalkan, ibu seorang kasih ku kenang..."


Dulu boleh dikatakan tiap-tiap petang aku duduk termenung di tepi sungai, sambil layan sunset, sambil fikir bila nak beli tiket flight nak balik ke kampung. Hahaha. Itu cerita dulu, sekarang ni aku enjoy mengajar di Sarawak. Ada banyak benda yang aku ingin belajar.

Situasi di tempat kelahiran, Pulau Pinang sangat berbeza dengan keadaan di Sarawak yang majoritinya orang Kristian dan etnik yang tidak sama budaya dengan orang Melayu. Pernah dulu sebelum sampai ke Sarawak, ada orang cerita "kalau ke rumah panjang, kena paksa minum tuak..." 

Sekolah Kurang Murid

"Ya Allah ya Tuhanku, bagi la aku dapat posting ke sekolah yang budak tak ramai..."

Percaya atau tidak, tu antara doa aku, ternyata termakbul. Sekolah Kebangsaan Long Sepiling pada tahun 2017 ada 10 orang murid sahaja dari tahun 1 sehingga la tahun 6. Kelas tahun 1,3,4 dan 6 ada la 2 orang dan kelas tahun 5 cuma ada seorang je budak. Bila aku cerita kat orang yang ada 10 orang budak ramai yang cakap macam ni;


"seronoknya, senang nak ajar..."
"mesti tak stress kan, budak tak ramai..."
"10 orang je, ko ajar apa? Dah macam tuisyen la"
Picture
Sorang je anak murid tahun 5, memang macam tusyen kan
Tak dinafikan, pada mulanya aku fikir senang nak ajar kalau budak tak ramai, tapi sebenarnya aku silap. Budak ramai ke, budak tak ramai ke, kerjaya guru ni tetap ada cabarannya. Macam-macam perangai budak-budak, ada yang nak perhatian, kadang-kadang budak ni kuat merajuk sebab dia nak kita pujuk dia, mungkin dia kurang kasih sayang.

Mungkin ada kawan-kawan yang mengajar di sekolah kurang murid boleh memahami keadaan aku sekarang. Tambahan pula tuntutan pendidikan zaman sekarang yang nak KBAT, PdPc, PAK21 dan macam-macam lagi, aku kalau boleh tak nak anak-anak murid aku ketinggalan walaupun ada seorang je anak murid dalam kelas.


Read More
31 Comments

Kenapa mengajar dan belajar Anggaran?

14/4/2017

0 Comments

 
Picture
Sumber gambar : mrsbyrdskinder
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tak lama lagi saya akan mengajar tentang anggaran untuk anak murid tahun 1. Sebelum mengajar tajuk ini, saya ada membuat sedikit bacaan tentang anggaran. Kenapa kita perlu mengajar anggaran dan apakah kepentingan mengajar tajuk anggaran kepada murid?

Apa itu anggaran?

Anggaran bermakasud membuat mengira atau membuat perhitungan secara kasar. Penganggaran pula bermaksud proses mengira atau menghitung secara kasar (Kamus Dewan, 2005). Penganggaran memerlukan kepada pemahaman numerasi dan pengetahuan tentang fakta-fakta asas.

Estimating is another way of making numbers easier to work with when we don't need to know exactly how many; we just need to know about how many. An estimate is really an "educated guess," in other words, a guess that's based on some prior knowledge or facts. Dipetik daripada edcationworld.com

Reys, Rybolt, Bestgen and Wyatt (1980) defined computational estimation as the interaction of mental computation, number concepts, arithmetic skills including rounding, place value and mental compensation that rapidly and consistently result in answers that are reasonably close to a correctly computed result.
 
Anggaran merupakan satu kemahiran matematik tanpa menggunakan pesil dan kertas. Kemahiran menganggar dianggap lebih penting daripada kemahiran mengira untuk mendapat jawapan sebenar (Levine,1982). Pada peringkat awal kemahiran menganggar hanya melibatkan kuantiti sahaja bukan melibatkan pengiraan ataupun computational estimation.
 
Pengetahuan sedia ada yang diperlukan murid untuk belajar menganggar ialah mereka tahu mengira berapa banyak kuantiti objek. Selain daripada itu murid tahu tentang nilai tempat dan membundarkan nombor (membundarkan nombor lebih menjurus kepada computational estimation).
 
Kenapa mengajar dan belajar anggaran?
 
Kesimpulannya, penganggaran adalah proses membuat perhitungan secara kasar. Namun kemahiran ini memerlukan penguasaan murid tentang numerasi dan fakta asas. Penganggaran boleh dikatakan sebagai Educated Guess kerana ia memerlukan pengetahuan dan fakta. Untuk mengajar penganggaran pada murid tahun 1, antara kemahiran yang perlu ada antaranya ialah konsep nombor dan nilai tempat. Penganggaran pada peringkat awal penting bagi murid supaya mereka akan mengembangkan lagi kemahiran membuat anggaran melibatkan operasi matematik iaitu semasa proses mengira untuk mendapatkan jawapan.
 ​
Ok, sebelum saya teruskan dengan idea untuk mengajar anggaran, ada baiknya kita meneliti DSKP yang digunakan sebelum ini dan DSKP Semakan 2017. Ada apa-apa perbezaan atau persamaan tak?
Picture

​Peringkat untuk mengajar anggaran


A) Menganggar dengan membuat perbandingan tanpa menyatakan kuantiti tetapi menyatakan ia lebih kurang, kurang daripada atau lebih daripada. Murid pada peringkat ini sudah sepatutnya tahu untuk menyatakan kuantiti secara intuitif (kesedaran yang disebabkan oleh gerak hati) melalui perbandingan banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara kumpulan objek atau padanan satu-satu.

B) Menganggar dengan membuat perbandingan dengan menyatakan kuantiti berdasarkan set rujukan. Anggaran ialah proses untuk mendapatkan nilai atau kuantiti yang hampir tepat berdasarkan pertimbangan melalui perbandingan. Pada peringkat ini guru perlu membimbing murid membuat anggaran yang munasabah dan bukannya tekaan. Oleh sebab itu, untuk mengajar membuat anggaran murid perlu menyatakan kuantiti berdasarkan set rujukan supaya anggaran yang dibuat munasabah.   
Contoh di dalam buku teks, balang B kurang daripada 400.
Perbandingan mengajar kemahirang menganggar di antara DSKP sebelum dan selepas semakan.
Picture
Salah satu contoh aktiviti membuat perbandingan dengan menyatakan kuantiti berdasarkan set rujukan. Sumber gambar : multiplication.com

Contoh cadangan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan konkrit – murid diberikan 3 balang dengan kuantiti yang tidak sama banyak, kemudian murid di berikan kad nombor 100 dan minta untuk melekatkan kad tersebut pada balang berisi guli. Murid perlu mencari kuantiti guli di dalam balang sepadan berdasarkan nombor pada kad. Semasa aktiviti ini murid menjalankan aktiviti yang membolehkan mereka membanding ketiga-tiga balang, membuat pertimbangan kuantiti balang yang mana sepadan dengan 20.

Jika ada rakan guru yang mempunyai sebarang idea, boleh la berkongsi dengan saya di ruangan komen.

0 Comments

Anu Oh Anu - Penggunaan anu dalam pembahagian

8/4/2017

1 Comment

 
Picture

Tahun pertama saya mengajar terutamanya bila nak mengajar anu je saya akan jadi risau, sebabnya saya tak tahu nak menerangkan bagaimana untuk murid menyelesaikan soalan anu. Dulu kalau mengajar saya akan ajar macam ni,

"kalau ayat matematik tu tambah, terbalikkan la jadi tolak"
Lepas tu ada lagi

"kalau ayat matematik tu tolak, kita terbalikkan la operasi jadi tambah"

4 - C = 2 (tolak untuk mencari C)
D - 1 = 3 (tambah untuk mencari B)

Tapi tak semua ayat matematik tolak melibatkan anu menggunakan operasi yang sama untuk mencari nilai anu. Kenapa dan bagaimana nak kita terangkan kepada murid?

Adakah seperti ini?
"Kalau anu kat tengah, tolak, ingat dalam kepala.... kalau aku kat depan, tambah..."
Sejauh mana murid dapat ingat?

Saya cuba reflek, nampaknya cara di atas gagal.


Langkah yang saya ambil ialah cuba memahami anu dengan menggunakan nombor nilai yang kecil dan melakukan simulasi untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya.

Saya mendapati bahawa ada beberapa jenis ayat matematik anu dan setiap jenis ayat matematik membawa situasi yang berbeza.


Tambah
1 + A = 2 (tolak untuk mencari A)
B + 3 = 5 (tolak untuk mencari B)


Tolak
 
4 - C = 2 (tolak untuk mencari C)
D - 1 = 3 (tambah untuk mencari B)


Darab
2 x E = 4 (bahagi untuk mencari E)
F x 2 = 8 (bahagi untuk mencari F)


Bahagi
10 ÷ G = 2 (bahagi untuk mencari G)
H ÷ 2 = 6 (darab untuk mencari H)


Kenapa operasi tolak dan bahagi menggunakan operasi yang berbeza untuk mencari nilai anu?
Apakah situasi harian yang berkait rapat dengan tolak melibatkan anu dan bahagi melibatkan anu?


Kenapa kita menolak?
Soalan ini selalu saya tanyakan kepada murid, kenapa kita menggunakan tolak dan bila kita menggunakan operasi tolak?


Berikut merupakan situasi harian yang melibatkan operasi tolak
Kuantiti barang berkurangan disebabkan
(i) kita beri pada orang, 
(ii) gunakan barang tersebut seperti wang,
(iii) mengasingkan sesuatu yang bercampur - barang rosak dan elok, jantina lelaki atau perempuan dan lain-lain


​Berikut merupakan situasi harian yang melibatkan operasi bahagi
(i) mengagihkan secara sama banyak - dari suatu kuantiti yang banyak dipecahkan kepada kuantiti yang lebih kecil
(ii) menyimpan ke dalam bekas yang sama banyak
(iii) berapa unit kecil bagi suatu kuantiti besar, contohnya (ada berapa 250 gram dalam 1 kilogram?

Penggunaan Anu dalam Pembahagian
Cuba fahamkan dua situasi di bawah
Situasi Pertama
Remy mempunyai 10 biji gula-gula. Di memberikan gula-gula secara sama banyak kepada beberapa orang rakannya. Di dapati setiap rakannya mempunyai 2 biji gula-gula.
10 ÷ A = 2
Bagaimana proses supaya Remy dapat mengetahui berapa orang rakan?

Situasi Kedua

Remy mempunyai beberapa biji gula-gula. Di memberikan gula-gula secara sama banyak kepada 5 orang rakannya. Di dapati setiap rakannya mempunyai 2 biji gula-gula.
B ÷ 5 = 2

Bagaimana proses supaya Remy dapat mengetahui berapa biji gula-gula yang dia ada?

Kedua-dua situasi melibatkan anu operasi bahagi, tetapi pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah. Situasi pertama menggunakan operasi bahagi untuk mendapatkan nilai anu A manakalah situasi kedua menggunakan operasi darab untuk mendapatkan nilai anu B.


Saya cuba menggunakan simulasi untuk menerangkan kenapa cara penyelesaian situasi pertama tidak sama dengan situasi kedua. Jika kita melakukan simulasi murid akan lebih faham kenapa bahagi dan kenapa darab kerana mereka mengalami sendiri pengalaman atau proses yang sedang berlaku.

Video di bawah saya rakam semasa mengajar anu melibatkan operasi bahagi. Situasinya Michael ada 40 biji guli. Dia memasukkan ke dalam beberapa buah bekas secara sama banyak. Di dapati setiap bekas ada 5 biji guli. Berapa bekas yang ada?

Ayat matematik 40 ÷ C = 5
Video seterusnya, murid saya membuat cerita sendiri berdasarkan ayat matematik berikut,
Ayat matematik B ÷ 7 = 7
Jangan kawan-kawan hairan ye, mana pergi anak murid saya yang lain? Sorang ni je anak murid saya Tahun 5. Tak dinafikan kalau tak ada aktiviti memang mengantuk budak ni. Haha. OK, seterusnya saya ada buat satu video simulasi pembahagian melibatkan anu. Dalam video tersebut saya ada kongsikan kenapa nak cari nilai anu bahagi ada yang kena buat operasi bahagi dan ada yang kena buat operasi darab. 

Saya harap video ni dapat memperjelaskan lagi apa yang saya tulis di dalam blog. Saya amat mengalu-alukan pandangan dari rakan guru atau  dari sesiapa sahaja, mudah-mudahan saya dapat belajar dan memperbaiki apa yang saya kongsikan. Tata.

1 Comment
<<Previous
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart