CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Kisah Team Robotik Sepiling

19/4/2018

0 Comments

 
Picture
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke SK Long Sepiling, sejujurnya aku datang hanya untuk mengajar. Dengan budak yang tak berapa ramai, aku sendiri tak pernah terfikir untuk bawa murid-murid menyertai pertandingan atau aktiviti di luar sekolah. Jadi aku pergi ke sekolah, habis sekolah, balik. 

Tahun 2015 benar-benar merubah tanggapan aku. Rakan setugas aku Cikgu Fadli serahkan borang pencalonan untuk Young Change Maker Award. Niat bukan untuk menang atau menempa nama, tetapi sekadar mencuba dan membawa anak-anak pedalaman SK Long Sepiling bersama-sama kisah mereka di Long Sepiling.

Anilov tercalon sebagai 10 finalist  Young Change Maker. Itulah kali pertama SK Long Sepiling bawa murid naik belon. Semasa Anugerah Young Change Maker di Kuala Lumpur, kami tidak menang. Tapi kesannya ,kami dapat sehinggalah saat aku menulis entry ini. Syed Azmi dan rakan-rakannya mendengar kisah Anilov, kemudian datang ke sekolah dengan membawa bantuan hasil sumbangan orang ramai.

Bermula daripada itu, kami mencari peluang supaya kami boleh membawa anak-anak murid SK Long Sepiling, bergiat aktif dalam kokurikulum, mencungkil minat dan bakat anak-anak kami. Pertandingan sukan, mewarna, video, hour of code dan perkhemahan semuanya kami cuba, bukan untuk menang tetapi buka jalan dan beri peluang pada anak-anak kami.

Tahun 2018, aku menerima mesej, daripada rakan aku yang bertugas di Sabah, bertugas di sekolah pedalaman seperti aku. Pertandingan Robotik Petrosains RBTX. Anak-anak murid SK Long Sepiling pandai ke buat robot dan coding? Aku sendiri tak pandai sangat coding. Tapi tahun ini, target SK Long Sepiling untuk menyertai pertandingan robotik. Lama aku terfikir.

TERINGAT CERITA LAMA
Semasa aku di sekolah rendah, aku tidak pernah bergiat aktif dalam kokurikulum, begitu juga semasa di sekolah menengah. Mengimbas kembali kisah tahun 2006, semasa aku di tingkatan 5 di MRSM Balik Pulau Cikgu Samsul Bahrin berjaya mencungkil bakat aku. Aku dipaksa untuk menyertai pertandingan Forum, dan aku paling takut bila kena bercakap di atas pentas.

Cikgu Samsul Bahrin cukup terkenal dengan "garang". Aku sendiri pun takut dengan dia. Tapi semasa berlatih untuk Forum, Cikgu Samsul Bahrin sebaliknya. Dia banyak bagi dorongan dan tunjuk ajar. Aku masih ingat lagi, semasa aku lupa, cikgu Samsul pegang bahu aku "Saffuan, hang ok ka? Hang lapaq nasi kandaq ka? Relaks, tenang, tarik nafas dalam-dalam..." 

Di sebalik "garang" beliau seorang yang penyayang. Jasa cikgu saya ingat sampai hari ini. Peringkat Kelompok M3, MRSM Balik Pulau, Johan. Aku meraih keyakinan, peringkat negeri kami Naib Johan. 

Picture
Cikgu Shamsul, paling kiri dalam gambar
CUNGKIL BAKAT
Anak-anak murid SK Long Sepiling pandai ke buat robot dan coding? Persoalan aku, seolah-olah menyekat peluang mereka. Kenapa tak cuba, masuk pertandingan bukan untuk menang, tapi cuba untuk belajar. Aku beritahu Guru Besar, dia benarkan. Aku mula mendaftar dengan Yuran RM100 dari wang aku sendiri. Kemudian aku beli Set Robotik dan peralatan untuk pertandingan juga dengan wang aku sendiri.

Aku belajar melalui telegram mengenai peralatan robotik dengan cikgu di Sabah, kami tak pernah berjumpa tapi dia banyak membantu. Aku belajar coding di youtube, baca beberapa nota di laman web. Aku kena tahu sikit sebelum aku ajar murid. Aku pun tak pasti entah betul entah tidak apa yang aku faham tentang coding.

Aku plan untuk adakan bengkel robotik di sekolah. Aku gunakan masa hujung minggu dan boleh mengisi masa lapang murid-murid dengan perkara berfaedah. Cewah. Selepas kali kedua berbengkel, kami berjaya siapkan kereta Robo Tracer, dengan bahan terbuang, kotak tart nenas. Langkah seterusnya ialah untuk belajar coding. Aku buka laptop, tunjuk code, terus berpeluh muka budak-budak ni.
Picture
"Apu... banyak betul perkataan kena taip... satu benda pun saya tak faham...." Itu respon Michael salah seorang peserta pertandingan Robotik.

Adam dan Darryel, "Mati la saya... tak pandai saya taip cikgu..."


Aku ambil masa untuk fahamkan diorang, macam-macam analogi yang aku buat. Sampai la mereka tahu kenapa untuk buat begini, kenapa kena buat void_setup, kenapa kena declare dahulu? Kenapa itu kenapa ini? Cara nak tengok sensor robot semua, sampai la diorang dapat. Tak banyak, sedikit pun aku dah syukur.

Dah nama "cungkil bakat" kena la cungkil... bukannya cari bakat...
Picture
BENGKEL ROBOTIK
Aku ada hantar kertas kerja untuk memohon sumbangan kepada Guru Besar, beliau akan menolong mencari dana untuk projek kami. Tapi, kami tak ada rezeki. Tarikh bengkel semakin dekat, dan perbelanjaan ke bengkel sangat besar. Mana aku nak cari duit untuk bawa murid? Itu baru bengkel, belum lagi perbelanjaan ke Kuching.

Setelah berbincang dengan guru besar, aku post di FB untuk memohon sumbangan. Aku memang perlukan untuk bawa anak-anak murid ke Miri bagi menghadiri bengkel robotik anjuran Petrosains (penganjur pertandingan). Alhamdulillah tidak sampai 2 jam, sumbangan yang dikumpulkan melebihi RM3000.00. Tidak dengan wang ringgits, ada individu yang ingin menyumbang kepakaran dan juga buku rujukan untuk pasukan kami. Terima kasih!

Aku sangat terharu kerana yang membantu terdiri dari orang yang aku tak kenal, ada yang dari rakan-rakan aku, keluarga, pensyarah, tidak kira bangsa. Paling terharu, aku terima mesej dari ibu salah seorang murid yang terlibat dengan pertandingan Robotik.

"Akui cuba menolong semampu akui deng kah... Demi minat nan..."
"Saya cuba tolong semampu yang saya boleh... demi minat itu..."

Alhamdulillah, sokongan anda, like dan share, hasil sumbangan anda semua telah berjaya merealisasikan impian kami, impian anak-anak SK Long Sepiling.  Kami akan menghantar 2 pasukan robotik di Kuching nanti. Pada minggu hadapan, seramai 5 orang murid akan menyertai bengkel robotik di Miri. ​
0 Comments

Etnomatematik dalam Etnik Kayan

7/4/2018

0 Comments

 
Matematik sebenarnya bukanlah suatu perkara asing, matematik sebenarnya ia sebati dalam kehidupan. Dalam penulisan saya kali ini, saya tidak berhasrat untuk membincangkan secara panjang lebar mengenai etnomatematik tetapi lebih kepada melihat "matematik" dalam budaya etnik Kayan.

Pengenalan
Etnomatematik mula diperkenalkan oleh Prof. Ubiratan D'Ambrosio pada tahun 1970 di Brazil.  Tujuan utama kajian ini diperkenalkan untuk menangani masalah pelajar di Brazil pada ketika itu yang takut dan tidak seronok dengan mata pelajaran matematik.  Ini adalah disebabkan matematik diajar tidak menjurus kepada keperluan masyarakat itu sendiri.  Etnomatematik yang bermaksud kajian matematik berdasarkan budaya dan etnik akan dapat merapatkan hubungan antara pelajar, alam sekitar dan matematik. Kajian etnomatematik telah membetulkan pandangan masyarakat terhadap matematik yang meletakkannya sebagai ilmu pengiraan semata-mata - Rujukan (Seminar Pemikiran Etnomatematik).

Saya turut melihat perkara yang sama berlaku di sekolah, tempat saya bertugas. Saya bertugas di sebuah sekolah pedalaman, P3 yang terletak jauh di bandar. Ia merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid dengan enrolmen seramai 12 orang murid pada tahun 2017. Latar belakang murid adalah dari etnik Kayan. Etnik Kayan terkenal dengan pembuatan manik atau dikenali sebagai "inu" dalam bahasa Kayan.

Sepanjang saya berkhidmat di sana, saya sangat kagum dengan keunikan budaya etnik orang ulu dalam menghasilkan manik. Bagi saya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Semasa di UKM, saya pertama kali mendengar perkataan etnomatematik, kemudian saya diberi peluang untuk membentang mengenai tajuk etnomatematik, tetapi saya tidak mendalami apa itu sebenarnya etnomatematik.

Saya mengambil peluang untuk mempelajari cara-cara untuk membuat manik bersama beberapa orang kampung. Langkah yang pertama untuk belajar merupakan langkah yang sangat sukar!
Picture
Tetapi dimanakah matematik dalam pembuatan inu?

Matematiknya bermula dari menyediakan benang. Untuk bakul atau dikenali sebagai Ajat seperti di bawah ia memerlukan 4 utas benang, kemudian benang itu dilipat dan ia menghasilkan 8 bucu benang di bawah.
Picture
Kemudian, saya mempelajari cara bagaimana orang Kayan menyusun manik-manik, manik disusun seperti gambar rajah di bawah.
Picture
Kemudian, saya tanya kepada orang kampung, bagaimanakah corak ini dihasilkan? Adakah melalui lakaran terlebih dahulu? Jawapan mereka, tidak. Corak manik dihasilkan dengan imaginasi dan diterjemahkan pada lembaran benang yang disusun dengan manik-manik pelbagai warna. Kebanyakkan corak yang dihasilkan boleh saya nyatakan diinspirasikan oleh corak pucuk paku. 
Picture
Picture
0 Comments

Maker UNO - Selamat Hari Raya (Saloma)

7/4/2018

2 Comments

 
Picture
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang ini saya dah terjebak dengan minat yang baru, tiba-tiba minat untuk belajar coding. Saya pernah belajar coding menggunakan C++ semasa menuntut di KMPP pada tahun 2007 dahulu. Jadi saya teruskan dan berkongsi dengan anak murid saya di SK Long Sepiling.

Saya bukanlah pakar, tetapi saya minat dan banyak belajar di Youtube atau di Facebook. Ini merupakan projek coding menggunakan MAKER UNO yang pertama. Saya buat lagu raya, keynote tu semua saya dapat melalui video di Youtube, saya salin note dan masukkan dalam Arduino. Saya tak ada asas dalam muzik, jadi susah untuk saya tapi satu persatu note, sehinggalah lagu Selamat Hari Raya Aidilfitril oleh Saloma terhasil.

Saya kongsikan kodnya ye


#include "pitches.h"

// notes in the melody:
int melody[] = {
  NOTE_C6, NOTE_D6, NOTE_E6,0,
  NOTE_C6, NOTE_D6, NOTE_C6,NOTE_B5,0,
  NOTE_G5, NOTE_B5, NOTE_D6,NOTE_CS6,NOTE_D6,NOTE_E6,NOTE_F6,
  NOTE_A6, NOTE_G6, NOTE_F6,NOTE_E6,0,
  NOTE_C6, NOTE_D6, NOTE_E6,0,
  NOTE_C6, NOTE_D6, NOTE_E6,NOTE_G6, NOTE_F6,0,
  NOTE_D6, NOTE_E6,NOTE_F6,NOTE_E6,
  NOTE_C6, NOTE_D6, NOTE_E6,NOTE_D6,
  NOTE_B5,NOTE_C6,NOTE_D6,NOTE_C6,
};

// note durations: 4 = quarter note, 8 = eighth note, etc.:
int noteDurations[] = {
  4,4,3,3,
  4,4,4,3,3,
  4,4,4,4,4,4,4,
  4,4,4,4,3,
  4,4,3,3,
  4,4,4,4,4,4,
  4,4,4,4,4,
  4,4,4,4,
  4,4,4,2,2,
  
};

void setup() 
{
  // iterate over the notes of the melody:
  for (int thisNote = 0; thisNote < 44; thisNote++) {

    // to calculate the note duration, take one second divided by the note type.
    //e.g. quarter note = 1000 / 4, eighth note = 1000/8, etc.
    int noteDuration = 1000 / noteDurations[thisNote];
    tone(8, melody[thisNote], noteDuration);

    // to distinguish the notes, set a minimum time between them.
    // the note's duration + 30% seems to work well:
    int pauseBetweenNotes = noteDuration * 1.30;
    delay(pauseBetweenNotes);
    // stop the tone playing:
    noTone(8);

    //Untuk Lampu
    for (int i=2; i<14; i++){
      pinMode (i,OUTPUT);
    }
  }
}

void loop() {
    for (int i=2; i<14; i++)
    {
     digitalWrite (i, HIGH);
     delay(500);
    }
    for (int i=2; i>1; i--)
    {
     digitalWrite (i, LOW);
     delay(500);
    {
    }
    }
}

2 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart