CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Latihan Soalan Tambah Tolak Pecahan Tahun 4

19/5/2020

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, berikut saya kongsikan perbincangan latihan soalan tambah tolak pecahan tahun 4 Uji Diri yang ada di dalam buku teks.
Picture

Video ​Latihan Soalan Tambah Tolak Pecahan Tahun 4

0 Comments

Latihan Soalan Tolak Pecahan Tahun 4

19/5/2020

1 Comment

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, dalam entry kali ini saya kongsikan perbincangan latihan soalan tolak pecahan tahun 4 (semakan 2017)
Picture

Video Latihan Soalan Tolak Pecahan

1 Comment

PENERANGAN OPERASI TOLAK PECAHAN BUKU TEKS MATEMATIK TAHUN 4

15/5/2020

0 Comments

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya dapat banyak permintaan dalam ruangan komen Youtube untuk ajar pecahan. Video yang saya kongsikan mengenai operasi tolak pecahan berdasarkan contoh yang ada di dalam buku teks Matematik Tahun 4 (Semakan 2017) bagi membantu guru atau ibu bapa untuk mengajar anak-anak semasa PKP. Cara yang saya gunakan berbeza dengan cara yang ada di dalam buku teks. Selamat menonton.
Picture

Tolak Pecahan Wajar, Nombor Bercampur dan Nombor Bulat

0 Comments

"Cikgu Kita Boleh Menang ke? Mereka Hebat!" - Pengalaman Bergelar Guru Pedalaman Sarawak

13/5/2020

1 Comment

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku kongsikan kenangan aku mengajar di sekolah pedalaman Sarawak. Aku kongsikan juga lagu "Pendidik Bumi Kenyalang" Harap pembaca boleh mainkan lagu ini sambil membaca kisah aku.
Kita akan menyambut Hari Guru dalam beberapa hari lagi. Tema Tahun ini Berguru Demi Ilmu, Membina Generasi Baharu. Semasa aku menulis kisah ini, dah masuk tahun ke enam aku berkhidmat di Bumi Kenyalang dan bergelar Pendidik Bumi Kenyalang. Alhamdulillah aku sendiri tak sangka masa berlalu dengan pantas. Kini aku kenangkan kisah lalu yang seolah-olah berlaku semalam.

Selama bertahun-tahun belajar di IPG, aku hanya mendengar kisah dari pensyarah mengenai pengalaman mereka bekhidmat di pedalaman. Pada masa itu, aku hanya bayangkan kesusahan dan juga "kemanisan" semasa pensyarah aku bertugas di sana. Bagaimana pula jika aku berkhidmat di sana?

Selepas tamat pengajian aku tidak menunggu terlalu lama untuk posting. Kali ini, kisah-kisah yang aku dengar menjadi satu realiti yang aku sendiri tak tahu bagaimana dan berapa lama perlu aku tempuhi? Adakah aku kuat mengharunginya dengan terpaksa meninggalkan ibu aku bersendirian jauh beribu batu di kampung halaman?

Sebaik sahaja mendapat surat penempatan di Kuching, tertera nama "SK Long Sepiling, PPD Baram" sekolah ini merupakan sekolah pertama aku, sekolah yang bersejarah buat hidup aku! Sempat aku Google di mana lokasi sekolah ini, kalau dalam peta, nampak kedudukannya di tepi sungai. Mendengar cerita rakan sekolah ini P3.

Mengharungi perjalanan yang sangat jauh dari Kuching ke Miri yang mengambil masa hampir 16 jam, kemudian sambung lagi perjalanan ke Marudi dengan keadaan jalan pada masa itu sangat teruk, hampir sehari untuk aku sampai ke Marudi. Di Marudi aku akan mendengar taklimat sebelum masing-masing bertolak ke stesen untuk bertugas. Ahhh berdebar-debar betul.

Selasa 3 Februari 2015, tarikh keramat yang aku tak akan lupakan. Banyak betul persoalan yang bermain di fikiran. Pagi itu aku menaiki ekspress dari Marudi, menyusuri Batang Baram. Belum pernah aku tengok sungai sebesar itu. Kemudian ekspress menyusuri Batang Tinjar. aku terdengar kisah Batang Tinjar memang ada banyak buaya. Hampir 3 jam menyusuri 2 sungai akhirnya aku tiba di SK Long Sepiling.
Picture
Fikiran aku menjadi kosong, hanya mengukir senyuman palsu. Ya Allah, aku dah betul-betul berada di muka pintu ekspress sambil melihat bangunan sekolah. Ya, betul memang kedudukan sekolah ini di tepi sungai. Sekolah ini tidak seperti sekolah di bandar, ia sebuah bangunan kayu. Sekolah dan kuaters guru bergantung kepada bekalan air hujan dan juga generator untuk bekalan elektik. Internet? Harap maaf!

Aku mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri, aku sangat beremosi pada ketika itu. Ada konflik antara aku dengan persekitaran, susah untuk aku sesuaika diri. Di sekolah ini, semasa tahun pertama aku berkhidmat hanya ada 9 orang murid sahaja dari tahun 1 hingga tahun 6. Sebuah kelas paling ramai 2 orang dan paling sedikit 1 orang murid. Cabaran pertama aku nak wujudkan suasana kelas yang menyeronokkan.

Sejujurnya aku tidak tahu bagaimana untuk mengajar dengan keadaan seperti ini, murid-murid pun mengantuk dan kelihatan tidak bermotivasi. Aku tidak menyalahkan mereka, tetapi ia cabaran bagi guru baru seperti aku. Tahun pertama, aku hanya pergi sekolah, mengajar dan kemudiannya balik. Hari-hari ulang rutin yang sama. Sehingga tahun pertama aku di sekolah berakhir begitu sahaja.

"Cikgu Kita Boleh Menang ke?"

Tahun 2015 juga SK Long Sepiling telah menyertai pertandingan Young Change Maker Award dan telah tersenarai sebagai Top 10 Finalist. InsyaAllah tahun ini sekolah kecil ini akan melebarkan sayapnya, dengan menyertai pertandingan bagi mencungkil bakat dan menaikkan semangat anak-anak di pedalaman. Aku sendiri tak tahu adakah kami mampu?

Tahun 2016, aku melangkah ke sekolah dengan semangat baru. Semangat yang aku dapat dari rakan-rakan semasa berkursus Matematik pada hujung tahun 2015 di Sepang. Sebagai guru baru, perlu berada dalam kelompok rakan yang mempunyai aura yang positif.  

Ogos 2016, sekolah kami terpilih ke Bengkel Kid Witness New (KWN) di Nilai Hot Spring. Pertandingan yang kami sertai ini, merupakan pertandingan Video Pendek. Bukan main gembira anak-anak murid aku pada ketika itu, siapa sangka Story Board kami terpilih dan akan berentap dengan 30 pasukan lain yang hebat dari seluruh Malaysia. Ia juga merupakan pengalaman pertama buat 2 orang anak murid aku menaiki kapal terbang.


Picture
Seronok sebab ini pertama kali mereka naik kapal terbang dan dapat pula masuk dalam Cockpit

Setibanya mereka di sana, mungkin ada sedikit perasaan malu dan rendah diri dalam diri anak-anak murid aku. Melihatkan gaya peserta lain, aku tak nafikan memang hebat malah ada sekolah yang ada studio dan Production Team sendiri dengan alatan yang canggih. Aku ambil peluang belajar dengan guru dari sekolah lain dan aku minta anak murid aku ambil peluang berkenalan dan belajar dengan rakan-rakan dari sekolah lain.​

"Cikgu kita boleh menang ke? Tengok mereka semua hebat"
​
Soal anak-anak murid aku. "Kita cuba sebaik mungkin, kita pun boleh berjaya, mana tahu kita boleh menang, nanti balik sekolah kita buat elok-elok, buat betul-betul..." Kami menghabiskan masa hujung minggu hampir sebulan 
shooting. Alhamdulillah ada juga rakan yang bantu dan pinjamkan kamera. Aku demam teruk, dan menghadapi banyak masalah teknikal semasa shooting. Anak-anak murid aku penat sebab kena ulang banyak kali, ada sampai bergaduh sebab rakan tak hafal skrip.

Bermacam-macam dugaan yang kami lalui, aku pula kena mainkan peranan, bina keyakinan, pujuk mereka jangan bergaduh. Fuh~ bukan senang ini pengalaman pertama aku lalui sebagai guru pembimbing pasukan untuk pertandingan Video KWN. Nak dijadikan cerita, CD yang kami hantar pula patah, terpaksa pula ke Miri meredah jalan ladang sawit yang teruk berjam-jam lamanya. 

Selepas hampir sebulan, aku terima e-mail SK Long Sepiling terpilih antara top 3 terbaik seluruh Malaysia. Mengalir air mata kegembiraan dan tak sabar aku nak beritahu berita ini kepada anak-anak murid. Sekali lagi aku bersama-sama 4 orang murid terbang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah kami mendapat tempat pertama dan menang kategori Skrip Terbaik. Kami juga akan mewakili Malaysia ke Jepun pada 2017. Ya Allah, sungguh aku tak percaya!

Perjalanan dari Sepiling ke Tokyo

Ia merupakan antara kenangan manis sepanjang aku berkhidmat sebagai guru di Pedalaman. "Cikgu kita boleh menang ke? Tengok mereka semua hebat" Anak-anak muridku, kita dah buktikan yang kita juga hebat! Jangan merendah diri dan tidak percaya pada kebolehan diri dan jangan pula sombong memandang rendah pada orang lain!
Picture
Gambar kenangan di Panasonic Tokyo, Jepun
Picture

Apu... Besarnya Robot Mereka Kalahlah kita

Alhamdulillah, rezeki anak-anak di SK Long Sepiling melimpah ruah, sejak kami menyertai pertandingan luar bertujuan memotivasikan mereka dan membuka minda mereka. Jika sebelum ini kalau aku tanya "nak kerja apa?" ada sahaja jawapan seperti ini "tak tahu" atau "kerja angkat sawit" Buatlah kerja apa pun, kena ada ilmu, angkat sawit pun kena ada ilmu, belajar jadi peladang, ikut arus peredaran zaman.
Kemudian aku perkenalkan anak-anak di Pedalaman dengan robotik. Aku dah lama minat robotik, kawan aku di sekolah pedalaman Sabah juga galakkan anak-anak murid aku masuk. Mana nak cari duit untuk bawa mereka pergi bengkel? Mana nak cari duit untuk beli robot? Alhamdulillah aku pendekkan cerita, ada rakan-rakan di FB yang memberikan sumbangan.
Picture
Bergambar sebelum bertolak ke Bengkel Robotik di Miri

Perjalanan ke Miri untuk Bengkel Robotik

Semasa pusingan kelayakan anak murid aku tepandang la robot dari sekolah lain, dengan spontan
"apuuu... besarnya robot mereka, kalah laah kita..." Mereka tetap rendah diri dan kurang yakin dengan kebolehan diri. Apa yang penting usaha. Yakin boleh! Sekolah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dan syukur Alhamdulillah di peringkat pusingan kelayakan kami berjaya dan akan ke Shah Alam untuk Grand Finale. ​

Perjalanan Pertama Pasukan Robotik ke Shah Alam

Di Shah Alam, nasib tak menyebelahi kami, kedua-dua pasukan tewas. Tahun 2019 kita cuba lagi! Kali ini penyertaan lebih ramai dari tahun sebelumnya. Pusingan kelayakan berlansung di Kuching dan kami dapat tahu keputusan selepas semua pusingan kelayakan di kesemua Zon selesai. Alhamdulillah, sekali lagi Pasukan Robotik SK Long Sepiling tersenarai dalam Top 30 dan pasukan kami antara 10 yang terbaik. Sekali lagi anak-anak ini terbang ke Shah Alam.
Pada tahun ini juga kami menghantar penyertaan Invoasi yang ketuai oleh rakan aku. Pasukan inovasi ini pun rasa rendah diri dengan kemampuan mereka. Aku cuba untuk yakinkan mereka, "buat yang terbaik!" Aku teringat semasa di dalam stadium dari jauh aku memerhatikan salah seorang daripada 3 ahli dalam pasukan Inovasi. Semasa di tahun 2 dahulu, asyik menangis, PJ tak nak, makan di RMT tak nak. Apa lah nak jadi dengan anak murid aku ini nanti. Alhamdulillah aku rasa sebak dan tak percaya melihat dia sekarang sedang membentangkan hasil inovasi kepada pengunjung yang datang dengan senyuman dan nampak yakin!
Picture
Di Shah Alam, pasukan Robotik sedikit kecewa mereka tidak menang. Buat pasukan Inovasi mereka gembira dan tak sangka menang pingat Perak dan Anugerah "Most Promising Team". Menang dan Kalah adat pertandingan, semua anak-anak murid dah buat yang terbaik. Melihat kekuatan mereka melawan rasa takut, gemuruh mengingatkan aku di zaman sekolah rendah dahulu, aku tiada peluang seperti ini. Kali ini aku sebagai guru, aku cuba beri peluang bermakna kepada mereka. 
Picture
Kemenangan kami mendapat perhatian akhbar tempatan
Picture
Syukur kepada Allah s.w.t lihatlah anak-anak murid di pedalaman juga berjaya membuktikan mereka berjaya. Aku doakan mereka ini akan terus berjaya dan kuat mengharungi masa akan datang. 

Alhamdulillah, sepanjang aku bertugas di Pedalaman, ramai pihak yang menghulurkan bantuan, ramai yang menyokong usaha kami. Aku tak mampu nak balas jasa baik kalian semua. Tahun 2020 aku dipindahkan ke sekolah lain (redeployment) dalam daerah yang sama. Aku redha, aku pergi meninggalkan Long Sepiling dengan harapan anak-anak murid ini tidak lagi kedengaran soalan seperti ini "Cikgu kita boleh menang ke?" Paling penting usaha dan percaya pada diri sendiri. Sebagai guru dan masyarakat sokonglah usaha mereka, kerana anak-anak ini sangat berpotensi tak kira di mana mereka berada.

Kurang yakin dengan kemampuan diri.
Rasa rendah diri.

Gurulah yang akan membimbing mereka, bina keyakinan dalam diri mereka. Kita hadir dalam hidup mereka sudah tentu ada makna dan sudah tentu ada ketentuan dari Allah s.w.t. Saat mereka berjaya kita gembira buat mereka, saat mereka sedih dan berduka, jadilah mata dan telinga mendengar kisah duka mereka. 
Pengalaman bertugas di Sarawak aku tak akan lupa sampai bila-bila. Kepada pembaca sekalian, harap kalian doakan urusan permohanan balik ke Pulau Pinang diterima. Aku tak dapat nak berpisah dengan ibu aku bersendirian di kampung halaman keseorangan dengan usia ibu aku pun makin bertambah. Akhir kata Selamat Hari Guru. Kita sedang mendidik "bakal pendidik" generasi akan datang.
Picture
1 Comment
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart