Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Font yang sering digunakan ialah Times New Roman, mungkin tidak asing bagi yang selalu menaip. Tapi pernahkah anda terfikir untuk menghasilkan font sendiri? InsyaAllah pada hari ini saya akan berkongsi langkah mudah untuk menghasilkan font kali ini font tulisan tangan anda sendiri. Nota Matematik menggunakan font - Saffuan, hehe, itulah font saya Langkah-langkah (1) Layari laman web ini dan anda perlu mendaftar https://www.calligraphr.com/en/webapp/app_home/?/ (2) Log in ke akaun sendiri melalui notifikasi yang di hantar pada email. (3) Kemudian selepas itu pilih Basics pada sebelah kiri, saya pilih Minimal ENGLISH (4) Klik pada TEMPLATE (Pada bahagian atas) kemudian klik DOWNLOAD TEMPLATE (5) Pilih format untuk anda download file, saya pilih PNG untuk di edit menggunakan SKETCH BOOK atau microsoft paint atau lain-lain yang sesuai. Tick DRAW HELPLINES dan CHARACTERS AS BACKGROUND untuk membantu anda menulis huruf, supaya huruf yang ditulis betul-betul "centre" (6) Klik download anda akan dapat file dalam zip, unzip dan buka file. File yang anda akan dapat adalah seperti berikut. (7) Anda boleh print dan tulis dan scan, tapi saya menggunakan WACOM atau pen tablet, jadi saya tak perlu print, scan dan upload, banyak kerja. (8) Kemudian, tulis pada file PNG yang diberikan, hasilnya seperti berikut (9) Yeah, dah siap, sekarang adalah langkah untuk upload file tersebut. Klik MY FONT dan UPLOAD TEMPLATE. Anda boleh upload lebih dari satu file (10) Selepas UPLOAD, anda namakan font anda sendiri dan create font (11) Kemudian siap, anda preview terlebih dahulu font anda. Kemudian DOWNLOAD Font anda, pada FONT FILES, pilih file dalam format (.otf) klik, download dan install (12) Siap (13) Font saya dalam microsoft word Jika anda berminat untuk DOWNLOAD Font saya, klik pada file di bawah ![]()
![]()
1 Comment
|
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |