CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri dan Cabaran di Sekolah Kurang Murid

17/6/2020

0 Comments

 
Saya pernah bertugas di sebuah sekolah pedalaman. Semasa tahun terakhir saya berkhidmat di sekolah tersebut, hanya ada 10 orang murid dari tahun 2 hingga tahun 6. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kurang murid dan melaksanakan pedagogi kelas bercantum. Kelas Bercantum menggabungkan murid tahun 2 dan 3, tahun 4 dan 5 di dalam satu kelas yang sama. Murid tahun 1 dan 6 tidak terlibat dengan kelas bercantum.

Kelas Bercantum

Apa yang membezakan kelas bercantum dengan kelas yang biasa? Dari aspek murid, mereka belajar bersama-sama contohnya murid tahun 2 akan belajar dengan murid tahun 3. Dari aspek perlaksanaan, guru perlu mengajar murid-murid ini bersama-sama bukan secara berasingan. Guru perlu merancang memilih "tema" yang sama serta kemahiran yang sesuai dengan tahap murid.

Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri

Saya melaksanakan aktiviti Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri, di sekolah yang kurang murid dan di dalam kelas yang melaksanakan pedagogi kelas bercantum, gabungan kelas Tahun 2 dan Tahun 3. Ia merupakan cabaran buat saya untuk merancang aktiviti yang bersesuaian. Aktiviti pembelajaran yang bersesuaian mengambil kira aspek tema, kemahiran berdasarkan standard pembelajaran yang hampir sama supaya PdP tidak nampak seperti kelas yang berasingan.

Fokus penulisan saya kali ini mengenai perlaksanaan Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri yang dilaksanakan dalam Kelas Tahun 3. Kelas ini hanya ada 2 orang murid sahaja. Untuk menjalankan aktiviti Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri saya menyediakan alat bantu mengajar dan lembaran inkuiri. Alat bantu mengajar dan lembaran akan membantu murid belajar memahami konsep matematik dan guru mencapai objektif PdP.

Menghasilkan bahan tidak sukar berbanding menghasilkan lembaran inkuiri. Lembaran inkuiri bukan seperti latihan latih tubi yang diberikan bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran murid seperti latihan tambah, tolak darab atau bahagi. Lembaran inkuiri ini yang akan mendorong murid mulakan aktiviti pembelajaran dan meneruskan aktiviti pembelajaran sehingga tamat secara berdikari melalui bimbingan guru serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. 
Picture
Lembaran inkuiri dimulakan "prompt" untuk sebagai dorongan murid. Prompt terdiri daripada pelbagai jenis antaranya gambar rajah, ayat matematik atau situasi harian. Prompt yang baik akan menimbulkan rasa ingin tahu, menimbulkan persoalan. Daripada rasa ingin tahu dan persoalan-persoalan ini yang akan mendorong dan memberi motivasi murid untuk melaksanakan aktiviti inkuiri sehingga akhir.
Picture
Prompt situasi untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan timbulkan persoalan "betul ke?"

​Melalui aktiviti inkuiri  "the teacher is not an entertainer and the student is not just a consumer". Guru membimbing murid untuk membina pemahaman konsep matematik, bukannya "tricks" untuk menjawab soalan. Murid pula belajar menghafal tricks yang diberikan tanpa memahami ilmu yang disampaikan, hanya sekadar hafalan. Aktiviti pembelajaran matematik secara inkuiri mempunyai amalan-amalan berikut.

(1) to question
(2) to explore
(3) to observe
(4) to discover
(5) to assume
(6) to explain
(7) to prove
​
Inquiry Mathematics Education, Fibonacci Project (2012)
Picture
Murid-murid berdikari semasa melaksanakan aktiviti berdasarkan lembaran inkuiri. Tugas guru hanya sebagai pembimbing.

​Amalan-amalan ini juga terkandung dalam DSKP pada bahagian Fikrah Matematik (rujuk DSKP Matematik Tahun 3, muka surat 5). Amalan seperti to assume, to explain dan to prove berkait rapat dengan proses matematik. Proses matematik menjadikan pengajaran dan pembelajaran  berkesan dan berfikrah matematik. Dalam lembaran inkuiri matematik saya tekankan kepentingan komunikasi matematik yang merupakan salah satu proses matematik.
Picture
Sumber: DSKP Matematik Tahun 3
Komunikasi dalam matematik terdiri daripada komunikasi lisan dan bukan lisan. Komunikasi bukan lisan terdiri daripada visual. Penggunaan visual seperti  simbol atau lukisan dapat membantu murid meluahkan idea dan memahami konsep matematik dengan baik. ​
Picture
Lukisan merupakan bentuk komunikasi
Picture
Lukisan murid meluahkan idea dan melalui lukisan idea nampak lebih jelas
Picture
Murid buat perbandingan, prompt menyatakan 2/4, 1/2 dan 4/8 tidak sama banyak. Hasil daripada lukisan, murid dapati ia sama banyak.

​Cabaran Perlaksanaan Inkuiri Matematik di Sekolah Kurang Murid

(1) Saya perlu mengambil kira pelaksaan pedagogi kelas bercantum yang memerlukan saya merancang aktiviti murid tahun 2 dan 3 bersama.
(2) Kesediaan murid untuk menerima cara belajar yang baru, sebelum ini mereka hanya belajar "menerima" dan kali ini murid perlu berdikari dan hanya dibimbing oleh guru.
(3) Takut buat salah, ini merupakan cabaran, bagi saya pembelajaran inkuiri tidak menekankan kepada hasil tetapi proses.

Penyelesaian atau tindakan
(1) Rancangan PdP perlu mengambil kira tema dan kemahiran yang saya. Bagi saya tidak salah jika murid tahun 2 dapat menguasai kemahiran yang dipelajari oleh murid tahun 3.
(2) Guru perlu biasakan murid dengan cara belajar berdikari. Dalam hal ini guru perlu kreatif untuk memotivasikan murid.
(3) Takut buat salah mungkin terjadi apabila murid terbiasa dengan "belajar matematik dengan menjawab latihan" atau saya tidak menggalakkan murid memberikan pendapat semasa mengajar dan belajar matematik. Apa yang saya lakukan banyak mendengar dan meraikan pendapat mereka, memuji usaha mereka bukannya hasil mereka.
(4) Saya banyak memberikan dan menerima maklum balas dari murid, maklum balas yang saya berikan adalah harapan saya semasa murid belajar secara inkuiri seperti;
(a) belajar berbincang dengan rakan dan belajar menerima pandangan
(b) baca dan faham
(c) cuba buat dahulu sebelum tanya, sebab murid-murid biasanya akan tanya saya dengan lembaran yang kosong tanpa apa-apa catatan.
(d) harapan murid dari saya antaranya bimbingan bersesuaian dengan tahap kecerdasan mereka, ada murid yang mudah faham dan ada murid yang susah faham.

Kesimpulannya, bagi saya guru perlu merancang pembelajaran matematik secara inkuiri dengan baik supaya ia mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran matematik secara inkuiri menekankan proses pembelajaran dan bukannya hasil yang cantik tetapi murid tidak memahami konsep matematik dengan baik. Saya juga perlu merancang aktiviti yang dapat melahirkan murid yang berfikrah matematik. Walaupun terdapat banyak cabaran, saya perlu laksanakan aktiviti pembelajaran matematik secara inkuiri dan melakukan penambahbaikkan selepas saya menilai pelaksanaan pembelajaran matematik secara inkuiri.
0 Comments

6 Aplikasi PERCUMA YANG BEST untuk Belajar Pecahan!

16/6/2020

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian 6 Aplikasi Percuma yang menarik untuk belajar pecahan. Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan menyeronokkan, murid-murid pun tak bosan nak belajar pecahan. Semua aplikasi ini best, tapi saya paling suka yang last, jom kita tengok satu persatu!
Picture

1. INTERCATIVE FRACTION

Intercative Fraction yang sangat sesuai untuk murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang baru nak belajar pecahan.

Picture

2. INTERACTIVE FRACTION WALL

Interactive Fraction Wall ini sesuai untuk murid belajar teroka mengenai pecahan setara dan menyamakan penyebut pecahan.
Picture

3. MATHGAME.COM Identify  Fraction

Mathgame.com ada banyak aplikasi dalam talian yang boleh digunakan. Antaranya aplikasi yang bantu untuk menguji kefahaman murid mengenai perwakilan gambar rajah. Sesuai untuk murid tahun 1.
Picture

4. EQUIVALENT FRACTION NCTM

Equivalent Fraction murid dapat belajar untuk meneroka lebih daripada 1 pecahan setara.
Picture

5. Math Learning Centre - FRACTION

mathlearningcentre.com membantu murid untuk belajar operasi asas tambah dan tolak pecahan.
Picture

6. TEACHCONCEPTUAMATH.COM

Aplikasi ini  teachconceptuamath.com paling best sebab ada melibatkan semua operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi pecahan. Murid-murid juga boleh semak jawapan dan dapat maklum balas jika jawapan murid-murid salah.
Picture
0 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart