PERKONGSIAN AKTIVITI TOPIK 8.0 PENGURUSAN DATA TAHUN 2 DAN 3 Silibus sekarang ini semakin hebat, saya tak nafikan. Sekarang bukan budak sahaja yang menimbal ilmu, malah saya sendiri sebagai kena mencari ilmu. Tajuk Pengurusan Data, sekarang ini tahun 1 sudah pun belajar, hebatkan. Namun apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca mengenai tajuk pengurusan Data, ada beberapa persoalan yang bermain difikiran saya. (a) apa tujuan pengurusan data? (b) apa itu data? (c) kenapa nak belajar mengenai pengurusan data. Saya lihat, anak murid saya sendiri tak dapat memahami tujuan mengapa perlu mengutip data dan mengapa perlu mengurus data. Oleh yang demikian saya telah merancang aktiviti supaya murid-murid saya dapat memahami apa itu data, pengurusan data dan cara mengumpul data. Berikut aktiviti yang saya jalankan, mengenai Pengurusan Data. Aktiviti ini saya jalankan berperingkat-peringkat, pada hari yang berbeza-beza, sehingga mereka faham apa tujuan mengutip data dan kenapa perlu mengurus data. Pada awal PdPc, saya tidak terus memperkenalkan tajuk, mengenai pengurusan data. Tapi lebih kepada sesi bersoal jawab. "Siapa suka makan durian" soal saya, kemudian ada lah beberapa murid yang angkat tangan. Sekolah saya kecil saja, jadi tak susah nak dapatkan maklumat terus. "Bayangkan kalau ramai, dapat kamu ingat berapa orang yang suka makan durian atau tidak?" "Tak...." Balas murid "Bagaimana cara untuk kita ingat ya?" Soal saya. "Kita tulis lah dalam kertas...." Respon anak murid saya. Baiklah, saya teruskan dengan Aktiviti. Aktiviti yang dijalankan berdasarkan SP 8.1.1, 8.2.1 dan 8.3.1. Saya senaraikan langkah-langkah penerangan bermula dari A-O (A) Ini merupakan bab yang digemari murid. Kali ini saya mengajar murid tahun 2 dan 3. (B) Kelas saya mulakan dengan menyoal murid, mengenai makanan kegemaran mereka di sekolah. (C) Kemudian mereka diperkenalkan dengan apa itu 1. Data 2. Mengumpul data 3. Bancian atau survey (D) Ok, kemudian jom kita mengumpul data. Ada yang akan mengumpul data mengenai 1. Buah buahan kegemaran - KALANG 2. Jenis jenis mee yang digemari - RYAN 3. Susu kegemaran - DAU (E) Bagaimana mereka hendak merekod data? Saya biarkan, ikut cara mereka. (F) Saya ikut bersama murid murid dan lihat cara mereka mengumpul data. Murid mendapatkan data diluar bilik darjah (G) Setelah data dikumpul, murid masuk ke kelas, ada beberapa perkara yang saya nak tegur. Tapi sebelum itu, saya tanya salah seorang murid. "buah apa yang paling digemari di sekolah kita ini?" Agak lama dia meneliti data yang dikumpul, agak tidak teratur, rujuk 2 gambar dibawah. Di sini saya akan tekankan betapa pentingnya kita menguruskan data dengan baik. Pertama kali, beginilah keadaan data yang dicatat semasa proses mengumpul data. (H) Bagaimana cara untuk memudahkan kita mengumpul data? "Kita gunakan jadual cikgu!" Ok jom buat jadual. (I) Sebelum keluar kelas, saya tegur murid dengan menetapkan peraturan seperti berikut: 1. Ucap selamat sejahtera dan nyatakan tujuan kamu "Saya nak buat bancian mengenai...." 2. Catat data dengan menggunakan gundalan "tally marks" Lebih mudah jika kamu guna gundalan dari tulis nama 3. Tetapkan pilihan, baca pilihan yang ada semasa bancian. LANGKAH 1-3 Merupakan proses yang dilaksanakan semasa mengutip data dikenali sebagai bancian. (J) Murid keluar kelas, mengumpul data dengan cara yang dibimbing. (K) Setelah selesai mengutip data. Saya ulang langkah (G) Kali ini Respon murid lebih pantas, cara gundalan lebih mudah membantu mereka menguruskan data dengan teratur. (L) Sambung hari lain, data-data yang kita kutip ini apa yang kita boleh buat? "bagi tau kawan-kawan..." - Kongsikan maklumat yang diperolehi dengan orang lain. (M) Kemudian saya bimbing murid cara untuk mempersembahkan data. Kali ini dengan data yang telah dikumpulkan, murid persembahkan dalam bentuk carta palang. Dau anak murid saya tahun 2 kumpul maklumat mengenai Jenis Susu Kegemaran. Jika rujuk carta palang yang dihasilkan, Dau dapat nyatakan "susu coklat paling di gemari di SK Long Sepiling" . Boleh rujuk gambar 1, hasil kerja murid. (N.) Gambar dibawah adalah kesimpulan dari aktiviti yang kita lakukan. Nampak tak ada perbezaan cara anak-anak murid saya mengurus data. 1. Pertama data kita tak tersusun, kemudian rakan kamu cadangkan buat dalam bentuk jadual. 2. Data kamu diuruskan dengan baik, kamu catat dalam jadual dan gunakan gundalan untuk membantu kamu merekod data. 3. Carta palang yang dihasilkan menarik, dan semua orang dapat faham maklumat/yang kamu ingin kongsikan. "jangan lupa tulis tajuk...." Kemudian saya bandingkan ketiga-tiga hasil kerja murid. Nampak tak perbezaannya. Alhamdulillah, murid dah faham mengapa perlu mengurus data. (O) Semasa membentang carta palang masing-masing murid mesti
1.menjelaskan tajuk, 2. apa yang ada pada paksi mengufuk dan paksi mencancang. Kesimpulannya, mereka faham kenapa perlu guna gundalan, kenapa data ada dalam bentuk carta palang. Alhamdulillah mereka nak buat lagi... Seronok katanya... Selamat Mencuba
0 Comments
|
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |