Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada hari ini saya akan berkongsi mengenai aktiviti kemasyarakatan yang akan kami (SK Long Sepiling dengan kerjasama SK Dato Sharif Hamid dan PPD Baram) laksanakan. Mungkin ada segelintir yang pernah melihat iklan FREE MARKET atau yang pernah sertai FREE MARKET. Namun ada juga yang belum tahu apa sebenarnya FREE MARKET? Saya akan menjawab satu persatu. PENGANJUR Mencari penyumbang dan menyediakan tempat untuk FREE MARKET dijalankan. Pada hari FREE MARKET berlansung Penganjur akan (1) Taklimat tentang peraturan FREE MARKET. Peraturan perlu supaya FREE MARKET berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. (2) Mengatur tempat penyumbang (3) Membantu mempromosi kepada pengunjung barang-barang yang terdapat di FREE MARKET. Mungkin pengunjung tak tahu apa yang ada di FREE MARKET dan mungkin tercari-cari apa yang ada di sana. PENYUMBANG (1) Orang yang akan menyumbangkan barang-barang* kepunyaan mereka kepada pengunjung FREE MARKET. (2) Penyumbang akan berada di tempat yang telah ditetapkan oleh PENGANJUR. Senang cerita PENYUMBANG ni macam orang berniaga* di PASAR MALAM. (Gambar atas) KEDUDUKAN PENYUMBANG PADA HARI FREE MARKET *barang-barang - barang-barang ini tidak terhad jika ada barang yang terpakai dan masih elok boleh disumbangkan. Contohnya barang - pakaian terpakai yang masih baik, kasut, buku bahan mentah - sayur-sayuran, telur ayam pun boleh disumbangkan tenaga - anda juga boleh membantu penganjur untuk memastikan kelancaran FREE MARKET atau anda ada kemahiran seperti memotong rambut, urut kaki untuk diberikan secara PERCUMA kepada pengunjung. *berniaga - itu analogi untuk kedudukan sahaja. Semasa FREE MARKET berlansung tidak ada urusan melibatkan WANG RINGGIT. Contoh barang yang disumbangkan penyumbang. PERATURAN Peraturan dibuat untuk memastikan FREE MARKET berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Peraturan-peraturan di FREE MARKET adalah seperti berikut: (1) Tidak boleh menawarkan BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG. Contoh khidmat menyantau orang atau menawarkan senjata api. (2) Semua barang atau perkhidmatan yang disumbangkan mestilah PERCUMA. Tidak ada transaksi melibatkan wang atau lain-lain instrumen pembayaran. (3) Pengunjung MESTILAH meminta barang yang diperlukan dengan berbudi bahasa, contohnya " Boleh saya ambil buku ini?" JANGAN AMBIL BARANG TANPA MEMINTA KEPADA Penyumbang. Amalkan budi bahasa, mintalah elok-elok. OBJEKTIF FREE MARKET dijalankan untuk mencapai objektifnya. Bagi saya, sebagai seorang guru antara objektifnya ialah (1) Mendedahkan aktiviti kemasyarakatan/sukarelawan kepada murid, guru dan juga staf sekolah. \ Pada hari akan datang, murid-murid ini boleh menjadi penganjur setelah mereka berada di sekolah menengah atau peringkat yang seterusnya. (2) Mewujudkan komuniti yang saling melengkapi antara satu sama lain, peka terhadap kekurangan ahli komuniti (3) Mewujudkan platform untuk masyarakat bersedekah dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Contohnya: anda ada barang yang sudah lama tidak digunakan, nak buang sayang jadi FREE MARKET ini diharapkan akan menjadi platform untuk anda sumbangkan barangan anda kepada mereka yang memerlukan. Pda tahun 2016, SK Long Sepiling telah memperkenalkan FREE MARKET buat kali pertamanya di MIRI, SARAWAK. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, FREE MARKET ini sudah lama bertapak di negara kita. Berikut merupakan FREE MARKET yang mendapat liputan media. Exchange items at first free market in city - Kuching SARAWAK Beri atau ambil apa sahaja! - LEMBAH KELANG FREE MARKET 2017
Pada tahun 2017 SK Long Sepiling dengan kerjasama SK Dato' Sharif Hamid dan PPD Baram akan menganjurkan FREE MARKET MARUDI dan ia merupakan FREE MARKET yang pertama di MARUDI, SARAWAK. Kami ingin menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada FREE MARKET anda boleh jadi PENYUMBANG, menyumbang barangan, perkhidmatan atau tenaga. Anda juga boleh datang sebagai PENGUNJUNG dan bersama-sama kami untuk memeriahkan FREE MARKET MARUDI 2017.
0 Comments
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu kepada semua rakan pembaca blog ni. Dengan izin Allah s.w.t pada malam ini saya nak berkongsi satu ilmu yang dapat membantu murid lemah untuk membina sifir dua digit. Ada banyak cara yang rakan-rakan guru kongsikan, Tulang Napier salah satu darinya. Saya tak nak cerita dengan lebih lanjut siapa itu Napier, tetapi hasil ciptaan beliau telah membantu untuk menyelesaikan pengiraan matematik melibatkan operasi darab dan bahagi. Saya share cara untuk kongsikan, bahan file juga saya sediakan secara percuma untuk cikgu atau mak ayah download. Sempat lagi nak print untuk guna esok. Berikut merupakan kaedah yang saya selalu ajar kepada murid untuk bina sifir dua digit, tapi agak mengelirukan murid. Ada tak yang kongsikan cara yang sama seperti di bawah? Untuk gunakan Tulang Napier, pembaca sekalian boleh download. Kemudian setiap lajur sifir digunting, jadi akan ada 9 lajur sifir bermula dari sifir 1 hingga 9. Contoh jika nak bina sifir 17, ambil lajur sifir satu dan padankan dengan lajur sifir 7, jika nak bina sifir 28, ambil lajur sifir 2 dan lajur sifir 8 begitu juga dengan sifir 36, ambil lajur sifir 3 dan lajur sifir 36. Nak hasilkan sifir sama seperti selesaikan soalan darab Lattice Box, kena tambah ikut garis menyerong. Senang saja. Selain daripada itu, Tulang Napier ini juga boleh digunakan untuk mendarab. Tak percaya jom selesaikan soalan 89 x 56 dengan menggunakan Tulang Napier Download Tulang Napier di bawah, semoga bermanfaat, jangan buang gambar kartun saya dah ler... hehe... Jangan lupa share di FB anda! ![]()
Berminat untuk dapatkan buku "Murid Tanya, Cikgu Math Jawab"
Sila isi borang pesanan goo.gl/forms/dckqeqzJUPmdNoMR2 |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |