Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk menemubual bersama-sama 2 orang Guru KOMTEP (Korean Malaysian Teacher Exchange Programme) 2019. Saya sebenarnya mengenali Cikgu Amir melalui Facebook dan saya menghubungi Cikgu Amir beberapa hari lepas, alhamdulillah Cikgu Amir bersetuju untuk sertai sesi Live di Youtube. Saya pun mengambil kesempatan untuk cuba satu aplikasi atas talian iaitu StreamYard. Memang menarik untuk digunakan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Cikgu Amir dan Cikgu Azmanuddin sudah berada selama hampir 2 bulan di Korea Selatan. Sudah pasti banyak pengalaman menarik untuk dikongsikan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menemubual kedua-dua orang guru hebat ini secara Live! Jom ikuti perkongsian menarik mereka dalam KOMTEP 2019.
0 Comments
Selepas beberapa hari di Marudi, selepas 3 jam mengharungi Sungai Baram dan Sungai Tinjar. Inilah sekolah pertama saya! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan PISMP ambilan Jun 2015 di atas berita penempatan ke sekolah mulai 4 November 2019 nanti. Gunakanlah masa yang ada ini sebaik mungkin sebagai persiapan sebelum bertugas nanti. Kisah saya 5 tahun yang lalu, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saya ada menghasilkan game Koordinat hasil ubah suai projek dari Scratch. Jika anda biasa dengan Scratch anda boleh terus download dan main Game Koordinat ini. Jika anda belum mempunyai Software Scratch Boleh Download di Sini [ SCRATCH OFFLINE ] cara main game koordinatdownload game koordinat di sini![]()
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya mulakan kelas hari ini mengenai Pengurusan Data dengan bersoal jawab dengan murid "Apa itu data?" Dengan gaya bersahaja seorang anak murid Tahun 3 saya menjawab "Data tu cikgu, 1 GB, 5GB 10GB yang kita pakai internet telefon" Tahun 3 dah pernah belajar mengenai Pengurusan Data semasa di tahun 1 dan 2. Tetapi jawapannya memang lucu. Maksud Data "data are individual pieces of factual information recorded and used for the purpose of analysis. It is the raw information from which statistics are created" Tahun lepas saya ada menjalankan aktiviti berkaitan dengan Pengurusan Data. Boleh lihat bagaimana kaedah anak-anak murid Tahun 3 saya mengumpulkan data. Klik di sini untuk PdPc yang dijalankan pada tahun 2018 Aktiviti kelas bergabung ini dijalankan dengan memberikan input mengenai data, cara mengumpul, merekod, mengelas dan menganalisis data. Aktiviti ini dilanjutkan dengan murid-murid membina sendiri Carta Palang, Piktograf dan Carta Pai. PLOT DATAHASIL KERJA MURID DALAM MICROSOFT EXCEL |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |