Pada hari ini saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian tentang operasi bahagi. Saya berpendapat operasi bahagi adalah operasi matematik yang susah untuk diperkenalkan kepada murid-murid. Operasi bahagi diperkenalkan kepada murid bermula dari Tahun 1 lagi. "Pada peringkat pengenalan kepada operasi bahagi adakah guru memperkenalkan terus kepada kaedah atau menekankan konsep bahagi?" Pada tahun 2015 saya ditugaskan untuk mengajar murid tahun 3,4,5 dan 6. Bagi kelas tahun 3 itu lah pertama kali saya mengajar tajuk bahagi. Berdasarkan apa yang telah saya ajar kepada murid, saya lebih tekankan kepada kaedah. Hasilnya anak murid saya sukar untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi, dari memahami soalan hinggalah untuk menyelesaikan soalan dengan menggunakan kaedah lazim. "Murid saya tak faham, kenapa darab lepas tu tolak, lepastu darab,lepas tu tolak..." Jika murid saya bermasalah, bermakna konsep dalam tajuk bahagi belum lagi kukuh. Mari kita teliti apa yang telah disusun sebagai panduan pada DSKP Tahun 1 Semakan, DSK Tahun 2 dan DSK Tahun 3. Untuk mengajar konsep bahagi, standard kandungan dan standard pembelajaran telah disusun cantik dan diatur secara berperingkat. "Yang penting, SK dan SP jangan di"skip" supaya saya dapat menyampaikan "konsep bahagi" dengan baik." KONSEP BAHAGI Saya berpendapat konsep bahagi telah mula diperkenalkan sejak dari tahun 1. Cuba rakan-rakan teliti DSKP Matematik Tahun 1 Semakan KSSR. Gunakan objek, gambar dan garis nombor untuk memahami tolak berturut-turut sebagai "konsep bahagi" ia dinyatakan dengan jelas. DSKP MATEMATIK Tahun 1 (Semakan) DSK MATEMATIK Tahun 2 (Yang kita gunakan sebelum tahun 2017) Mungkin rakan-rakan guru boleh ramal DSKP Matematik Tahun 2 untuk 2018. Berdasarkan DSK Matematik Tahun 2, konsep bahagi diperkenalkan kepada murid dengan mengelas kepada kumpulan 2-2,5-5, 10-10 dan 4-4. DSK MATEMATIK Tahun 3 Mengajar konsep bahagi telah bermula dari tahun 1 (2017) dengan memperkenalkan penolakan berturut-turut sebagai konsep bahagi. Kemungkinan DSKP Matematik Tahun 2 akan sama seperti DSK Tahun 2. Jika diteliti DSKP dan DSK telah menyusun secara berperingkat untuk memperkenalkan kosep Bahagi Peringkat 1 - Menolakan berturut-turut Peringkat 2 - Mengelaskan kepada kumpulan Peringkat 3 - Aplikasi (Piktorial & Abstrak) Peringkat 1 - Menolakan berturut-turut Pada peringkat ini sebaiknya gunakan bahan konkrit supaya murid dapat memahami konsep bahagi.Wujudkan satu situasi seperti berikut "Bocey ada 8 ketul Ayam, dia ingin mengagihkan 8 ketul ayam secara sama banyak kepada dua orang rakannya Fattah dan Amin, berapa ketul ayam masing-masing akan dapat?" Bimbing murid menolak satu persatu macam dalam cerita P.Ramlee, Nujum Pak Belalang "satu untuk kau... satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku..." Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid, guru boleh membimbing murid untuk menolak dua-dua (murid sudah mempelajari membilan 2-2, 5-5,10-10 dan 4-4 dalam tajuk 1) Peringkat 2 - Mengelaskan kepada kumpulan Jika diteliti pada DSK, mengelaskan kepada kumpulan dibahagikan kepada 2 Yang di ajar semasa tahun 2 : mengelaskan kepada kumpulan 2-2, 5-5, 10-10 dan 4-4 Yang di ajar semasa tahun 3 : mengelaskan kepada kumpulan 3-3,6-6,7-7,8-8 dan 9-9. Peringkat 3 - Aplikasi (Piktorial & Abstrak) Pada peringkat aplikasi, saya berpendapat ia adalah peringkat peralihan murid menyelesaikan soalan bahagi dari piktorial kepada penyelesaian yang berbentuk abstrak. Kaedah yang digunakan pada gambar rajah di bawah lebih kepada penyelesaian mengikut konsep bahagi secara piktorial. Bahagi menggunakan kaedah di bawah tidak memerlukan murid menggunakan sifir. Bahagi dengan menggunakan kaedah di bawah lebih kepada abstrak. Murid menggunakan sifir untuk menyelesaikan masalah. Pada peringkat aplikasi abstrak guru boleh perkenalkan pelbagai kaedah seperti kaedah suur memandangkan murid telah memahami konsep bahagi dengan baik. ![]() Untuk pembacaan lanjut boleh layari laman web berikut helpingwithmath. Banyak lagi laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk mengajar bahagi dengan menggunakan blok dienes terutamanya bahagi yang melibatkan nombor lebih dari 2 digit, pengumpulan semula dan berbaki.
Pengenalan kepada tajuk bahagi, antara konsep dan kaedah semestinya konsep sangat penting, jika saya terus mengajar murid menghafal kaedah membahagi kemungkinan besar mereka tidak faham apa proses yang sedang berlaku semasa membahagi. Pelbagai kaedah bahagi yang boleh cikgu senaraikan, semuanya tidak salah, tetapi di peringkat manakah kaedah-kaedah bahagi yang cikgu tahu boleh digunakan. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit idea untuk mengajar bahagi dan pencetus untuk perbincangan yang lebih lanjut. Insya-Allah saya cuba aplikasikan apa yang tertulis di dalam jurnal ini.
1 Comment
[GtS]HyPerSWAT
7/2/2020 10:12:23 am
Susah
Reply
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |