BELAJAR DARI BUKU Salah satu cara anda boleh belajar dari buku, tetapi jika anda baru nak belajar bahasa Korea, saya sarankan tonton video di Youtube. Di bawah ini, merupakan buku yang saya rasakan lengkap untuk anda belajar bahasa Korea sebagai seorang beginners. Perkara yang paling penting (1) anda perlu tahu membaca dalam Hangul dan kemudian (2) asas tatabahasa disamping (3) menguasai vocabulary minimum 2000 vocabulary. ![]()
![]()
![]()
BELAJAR DARI VIDEO Salah satu sumber penting bagi saya, anda perlu belajar melalui audio, kerana anda perlu tahu sebutan yang betul disamping melatih pendengaran anda dan membiasakan anda mendengar dan memahami dialog atau ayat dalam bahasa Korea. Salah satu sumber yang saya suka adalah dari Youtube Channel berikut. Boleh subscribe. Kalau nak cari video untuk belajar, cari cikgu di atas. Walaupun 100% isi kandungan disampaikan dalam bahasa Korea, anda rasa seolah-olah anda boleh faham. BELAJAR DARI SOALAN TOPIK YANG LEPAS Apa tujuan anda belajar bahasa Korea? Persoalan ini yang saya tanya, aku belajar ada target tertentu dan paling utama saya nak menduduki peperiksaan atau TOPIK. Kebanyakkannya sumber aku akan belajar dari Youtube yang berkaitan dengan TOPIK. Sebenarnya banyak sumber yang anda boleh perolehi secara percuma. Di samping bahan-bahan yang boleh didapati secara percuma, saya juga belajar dari beberapa buah buku. Saya bukanlah cemerlang, tapi tak salah jika nak berkongsi, mana tahu ada rakan-rakan yang boleh menduduki TOPIK dan mendapat keputusan yang lebih cemerlang dari saya. Akhir sekali, usaha tangga kejayaan. Semoga maju jaya.
5 Comments
12/12/2020 01:34:55 pm
Can you please teach me korean
Reply
RABIATUL
16/7/2021 05:48:33 pm
me too
Reply
ainul madiha
19/3/2021 01:58:50 pm
can you teach me korean ?
Reply
Rinafadilla Mohdfauza
4/10/2021 08:45:13 pm
I want to learn korean
Reply
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |