Pada 29 hingga 31 Julai 2019, telah berlansung Bengkel Asas dan Lanjutan Pengaturcaraan Arduino, Micro:bit dan Seminar From Local to Commercial anjuran Persatuan Guru STEM Malaysia. Asalnya hanya nak sertai bengkel ini, kemudian Encik Noorsuhaily Pengerusi PGSM menawarkan untuk saya sertai keahlian PGSM, banyak faedah dan yuran hanya RM50 seumur hidup! Bengkel ini dijalankan secara hands-on, belajar pengaturcaraan melalui beberapa projek dan kemudiannya para peserta cuba menjawab kuiz. Bukannya kuiz soalan objektif atau Kahoot ye, peserta diminta untuk menghasilkan satu projek dengan menggabungkan 2 projek yang telah dipelajari. Bengkel Arduino ini dikendalikan oleh Smart Academic and Engineering Management (SAEM). Gambar di atas ini merupakan hasil kepada soalan kuiz yang diberikan kepada peserta. Peserta bengkel dikehendaki untuk menggabungkan 2 projek, code dan komponen elektronik menjadi satu projek baru. Nak kena faham betul-betul code ini baru boleh buat. Terima sijil dari penceramah. Memang best, tak terasa bosan sebab bengkel dikendalikan secara hands-on BENGKEL MICROBIT Pada hari kedua, semua peserta yang jumlahnya kira-kira 300 orang termasuk guru dan murid didedahkan dengan Micro:bit. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan Micro:bit dan saya dapati ia memang menarik dan mudah untuk digunakan. Sebelum ini saya pernah mempelajari cara-cara menggunakan Microbit, tetapi pada masa itu hanya software online sahaja yang boleh digunakan. Namun sekarang ini sudah ada software offline yang boleh dimuat turun secara percuma dan ia sesuai digunakan bagi pengguna Windows dan Apple. Kami dikehendaki untuk menghasilkan projek "Cat Feeder" tetapi semua peserta perlu melakukan sedikit olahan, kreatif dan lain dari yang lain. Untuk cat feeder ini, kami menggunakan kertas aluminium sebagai pengesan jika kucing menghampiri tempat makanannya. Alhamdulillah, projek kami menang dan terpilih untuk dibentangkan dihadapan Timbalan Naib Canselor UPM. Bergambar kenangan bersama Waris Chandra dari Micro:bit Educational Foundation Bergambar kenangan dengan Dr. Othman Talib atau dikenali sebagai Dr. OT memang terkenal beliau ini dengan teknik menulis tesis. Malah saya juga memiliki 4 buah buku beliau sebagai rujukan semasa pengajian saya di peringkat Sarjana. Produk Cat Feeder yang akan dibentangkan dihadapan Timbalan Naib Canselor Bergambar kenangan bersama-sama rakan kumpulan Micro:bit Cikgu Hasli dari Tawau, Cikgu Suhil dari Kelantan dan Cikgu Yuzlan dari Terengganu. Kenangan membentang projek dihadapan Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Profesor Dato' Dr. Ir. Renuganth Varatharajoo Kesimpulannya, 3 hari berbengkel memang tak terasa penat, malah banyak ilmu baru yang diperolehi sepanjang berbengkel.
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |