Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini saya nak kongsikan cara bagaimana Kelab STEM kami mengumpul dana untuk menghantar pasukan yang terdiri dari murid-murid ke pertandingan. Pada tahun 2018, Kelab Kreatif berjaya mengumpul dana daripada individu dan NGO dan juga kerajaan tempatan. Pada tahun 2019, Kelab STEM ditubuhkan bagi mendedahkan murid dengan Pendidikan STEM serta mendedahkan murid dengan inovasi dan robotik. Pada tahun ini, saya memulakan inisiatif lain bagi mencari dana untuk menampung perbelanjaan kami ke pertandingan berikut: 1. Petrosains RBTX Challenge di Kuching pada 14 Julai 2019 (4 murid dan 2 orang guru penasihat) 2. Junior Innovate di Miri pada 2 hingga 4 Ogos 2019 (4 murid dan 2 orang guru penasihat) 3. Petrosains RBTX Challenge Tracer Open Category (4 murid dan 2 orang guru penasihat) Untuk makluman pembaca semua, jika anda pernah bertugas di pedalaman antara perkara yang perlu guru-guru fikirkan adalah kos pengangkutan untuk membawa murid-murid kami ke sesuatu pertandingan. Ia memperuntukan belanja yang sangat tinggi. Pada tahun ini, Inisiatif tersebut adalah dengan mengemukakan projek Kelab STEM di Laman Web 100% Project. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya mula memuat naik Proposal Projek pada 24 April 2019 kemudiannya projek ini akan dinilai sebelum dia diluluskan. Saya menanti berbulan-bulan penuh debaran. Langkah pertama anda perlu mendaftar di Laman Web 100% Project. Kemudian "START YOUR PROJECT" Masukkan detail project dan bajet untuk projek secara detail bagi memudahkan proses review. Pastikan anda masukkan semua maklumat yang diminta termasuk akaun media sosial anda. Langkah pertama saya namakan projek saya sebagai "Sepiling Young Engineer" supaya murid-murid ada feel lain macam sikit. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan menunggu akhirnya permohonan projek saya telah diluluskan. Sekarang, saya sedang berkempen bagi mencapai sasaran iaitu sebanyak RM6015. Berikut merupakan contoh Projek Saya (Sepiling Young Engineers) yang dipaparkan di Laman Web 100%Project Bagi projek yang ingin mengumpul dana lebih dari RM5000.00, anda wajib memuat naik pautan video mengenai projek anda. Selain daripada projek Kelab Robotik anda juga boleh menggunakan platform ini untuk mengumpul dana bagi keperluan lain juga. Berikut saya kongsikan kertas kerja untuk memohon sumbangan bagi ke pertandingan robotik ![]()
Kami juga masih menjalankan kempen. Teruskan sokong kami setakat ini kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM1170, dan kami masih lagi memerlukan sejumlah wang sebanyak RM4845.00. Bantu kami untuk realisasikan impian anak-anak murid SK Long Sepiling! KLIK PADA GAMBAR dan jangan lupa sumbangkan untuk anak-anak murid SK Long Sepiling ye. Terima kasih.
1 Comment
30/12/2019 11:25:32 am
Assalamualaikum cikgu saffuan. Tahniah diucapkan. Saya baru dilantik sebagai guru kelab stem dan robotik sekolah menengah. Saya mohon perkongsian aktiviti yg boleh dijalankan sepanjang tahun.terima kasih
Reply
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |