Alhamdulillah sesi persekolahan masuk minggu kedua. Pada masa ini guru-guru sangat sibuk dengan persiapan awal persekolahan. Tahun ini aku mula berkhidmat di sekolah baru yang muridnya ramai berbanding di SK Long Sepiling dahulu. Cabaran utama bila murid ramai, nak hafal nama murid. Bagaimana cara mudah untuk hafal nama murid? Bagi seorang guru sangat penting untuk tahu nama murid. Murid akan rasa lebih dihargai apabila nama mereka dikenali oleh guru. Selain daripada membina hubungan antara guru dan murid, tahu nama murid dapat membantu untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Suasana di sekolah kurang murid, kelas tahun 2 aku hanya ada 2 orang murid, tak sampai sehari aku dah boleh hafal nama.Berbeza dengan persekitaran di sekolah yang ramai murid. Kali ini jumlah 2 buah kelas murid tahun 2 hampir 40 orang, itu dikira sedikit. Masalah aku nak hafal nama murid, kelebihan aku boleh ingat dan cam wajah. Aku jenis orang visual boleh ingat dan hafal melalui imej.Jadi aku buat plan, tulis nama murid dan gabungan imej berdasarkan ingatan aku dengan bantuan pelan yang ada nama. Pelan di atas ini aku buat dan cetak, bawa dalam kelas dan ia lebih mudah untuk aku panggil nama murid. Kemudian pada waktu rehat, aku akan Jalan-jalan dan cuba kenal pasti murid yang aku ajar dengan namanya sekali. Aku anggap macam game! Alhamdulillah, setakat ini lebih separuh nama murid aku dah berjaya hafal. Selamat mencuba!
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |