CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

AKTIVITI MATEMATIK PAK21 - PENYELESAIAN MASALAH BENTUK 3D

1/7/2019

0 Comments

 
Picture
AKTIVITI PAK-21
Penyelesaian Masalah Isi Padu Kubus 3D murid meneroka bagaimana mereka boleh menghasilkan bentuk 3D yang mempunyai isi padu 48 cm3. Pembelajaran Secara Inkuiri hari ini lebih kepada perlaksaan Pembelajaran Secara Inkuiri Berstruktur. Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (PMSI) Berstruktur murid-murid melakukan penyelidikan berdasarkan persoalan dan langkah-langkah telah ditetapkan oleh guru. 
Situasi
Murid diberikan tugasan untuk menghasilkan bentuk 3D yang mempunyai isi padu 48cm3.
Aktiviti: Penyelesaian Masalah Isi padu

Tugasan 1
Selepas membaca situasi tugasan murid menyenaraikan persoalan berkaitan tugasan. Ini merupakan ciri-ciri PMSI Berstruktur.

√ Macam mana nak buat? 
√ Bentuk 3D? Bentuk apa yang kena buat?
√ Apa ukurannya?

Tugasan 2
Murid menjawab sendiri persoalan yang dilontarkan. Berdasakan pemerhatian,
(1) Macam mana nak buat?
Lukislah pada kertas
(2) Bentuk 3D? Bentuk apa yang kena buat?
Silinder?
Piramid? 
Macam mana nak kira ukuran isi padu silinder piramid? Ok, Kubus dan kuboid. Mungkin boleh!
(3) Apa ukurannya? 
Kubus cuba buat 2x2x2
Mana boleh kubus, kubus semua sisi sama panjang!

Berikan justifikasi berdasarkan persoalan ke (3)
Kubus tak sesuai, mustahil nak dapat 48cm3
2x2x2 = 8cm3
3x3x3 = 27cm3
4x4x4 = 64 cm3 ini dah lebih 48cm3

Bentuk yang boleh buat KUBOID
TAPI, berapa ukurannya?
(mula menulis panjang, lebar dan tinggi secara kaedah cuba jaya)

Tugasan 3
Murid lukis bentangan 3D dengan ukuran yang mereka tetapkan. Pada bentangan mereka kena tahu garisan mana yang akan menjadi lebar, panjang dan tinggi serta berapa permukaan yang perlu dilukis.

Tugasan 4
Setelah siap bentangan, cantum dan hasilkan bentuk 3D.
😊
Picture
Picture

Tugasan 5
Kesimpulannya, mustahil untuk hasilkan kubus yang mempunyai isi padu 48cm3. Kuboid isi padu sama iaitu 48cm3 tetapi ketiga-tiga kuboid yang kami hasilkan berbeza panjang, lebar dan tinggi. Kemudian tulis dalam Jurnal apa yang telah mereka belajar hari ini.
Picture
0 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart