CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

AKTIVITI MATEMATIK PAK21 - INKUIRI NOMBOR GENAP DAN NOMBOR GANJIL

17/1/2020

0 Comments

 
Picture
Syukur kepada Allah s.w.t hari ini saya melaksanakan aktiviti Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri berkaitan dengan nombor genap dan nombor ganjil bersama-sama dengan murid tahun 4.Berikut merupakan penerangan ringkas aktiviti yang saya laksanakan di dalam kelas.

1. Murid dalam kumpulan besar (17 Orang) membentuk kumpulan yang terdiri 2 orang ahli.
2. Bilangan murid dikurangkan kepada 1 dan membentuk kumpulan yang terdiri 2 orang ahli, seorang murid mencatat
(i) bilangan murid keseluruhan 
(ii) bilangan kumpulan yang dapat dibentuk
(iii) bilangan murid yang tiada pasangan (sama ada 0 atau 1)

3. Kemudian aktiviti diteruskan dengan lembaran yang akan guide murid kepada apa itu nombor genap dan nombor ganjil. 
4. Perkara utama yang perlu ambil perhatian oleh guru ialah "Pengetahuan sedia ada murid" bagi membolehkan murid menghubungkait pengetahuan dahulu dengan perkara baharu yang mereka belajar. Contohnya pengetahuan sedia ada bagi aktiviti ikuiri hari ini ialah "pembahagian secara pengukuran".
Picture
Picture
Picture

Muat Turun Lembaran Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri - Nombor Genap Nombor Ganjil

pmsi_nombor_genap_nombor_ganjil.pdf
File Size: 73 kb
File Type: pdf
Download File

0 Comments

AKTIVITI MATEMATIK PAK21 - INKUIRI PECAHAN SETARA

7/7/2019

0 Comments

 
Baru-baru ini saya menjalankan aktiviti Pecahan Setara. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran matematik secara inkuiri. Pecahan setara mula diperkenalkan kepada murid tahun 3.

INKUIRI DALAM MATEMATIK
Inkuiri bukanlah sesuatu yang baru, boleh rujuk dalam DSKP sebelum dan selepas semakan. Ada dinyatakan keperluan melaksanakan PdPc Inkuiri Matematik. Rujuk pada DSKP ada menjelaskan mengenai keperluan inkuiri dalam PdPc Matematik. Antaranya

1. Murid dapat menguasai kemahiran abad ke-21
2. Melahirkan murid-murid yang mempunyai profil "Bersifat ingin tahu"
3. KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti pembelajaran secara inkuiri
4. Inkuiri sebagai salah satu pendekatan PdPc
5. Pendekatan STEM melalui PdPc yang mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dan salah satunya melalui inkuiri
Picture
Dalam Pembelajaran Inkuiri Matematik, ia akan dimulakan dengan sesuatu persoalan (pernyataan masalah), pengenalan atau eksperimen. Untuk PdPc Pecahan Setara, saya menggunakan pernyataan masalah sebagai permulaan. 

"Adam, Darryel dan Ryan menerima coklat bar yang sama. Adam makan separuh bahagian coklat, Darryel makan 2/4 bahagian coklat dan Ryan makan 4/8 bahagian coklat. Ryan makan bahagian coklat paling banyak diantara mereka."

Berdasarkan situasi diatas mereka akan menjalankan beberapa tugasan untuk membuktikan pernyataan bahawa Ryan makan bahagian coklat paling banyak diantara mereka sama ada benar atau salah. 

Cooperative investigation merupakan elemen penting, di mana murid-murid cuba membuktikan pernyataan tersebut benar atau salah berdasarkan maklumat. Bagaimana mereka lakukannya? Murid menggunakan bahan, membuat perwakilan gambar rajah untuk menggambarkan penyataan masalah. 
Picture
Kemudian murid-murid juga melaksanakan tugasan yang diberikan, tugasan ini membimbing murid untuk membuktikan pernyataan benar atau salah. Pada akhir PdPc murid membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. 

Gambar-gambar dibawah menunjukkan bagaimana murid menggunakan lakaran gambar rajah yang bermakna untuk membuktikan pernyataan pada awal sesi PdPc inkuiri matematik benar atau salah. 
Picture
Picture
Picture
Ini merupakan kesimpulan yang ditulis oleh murid tahun 3. Dapatkah anda memahaminya terutamanya pada ayat ini " tiba-tiba sama bahagian iaitu tengah-tengah..." Mungkin mereka dapat menerangkannya secara lisan, tetapi disebabkan kekurangan perbendaharaan kata. Saya minta murid terangkan.
Picture
Gambar di atas menunjukkan cara murid menerangkan, dia menyusun gambar ketiga-tiga pecahan untuk menerangkan " tiba-tiba sama bahagian iaitu tengah-tengah..." Saya kongsikan video dan juga lembaran inkuiri untuk pembaca semua gunakan dalam kelas.
pmsi_pecahan_setara.pdf
File Size: 796 kb
File Type: pdf
Download File

Berikut merupakan aktiviti Inkuiri Pecahan Setara yang dilaksanakan oleh rakan saya Cikgu Balan di SK Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, saya dapat maklumbalas positif dari Cikgu Balan.
Picture
Picture
0 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart