CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Terima Kasih Sepiling, Jumpa Lagi!

9/1/2020

1 Comment

 
Permulaan Tahun 2020 bermula dengan aku bermesyuarat di sekolah baru, Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid, di Marudi. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Baram kira-kira 3 jam dari Long Sepiling jika menggunakan jalan sungai.  1 Januari 2020 aku bertolak ke Sekolah Kebangsaan Long Sepiling untuk mengambil barang-barang aku di kuaters serta Nota Serah Tugas. Perasaan pulang ke SK Long Sepiling kali ini sangat berbeza. Sangat Sayu.

Aku menerima surat penempatan semula atau redeployment pada minggu kedua semasa cuti sekolah ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands. Aku bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t walaupun sedikit berat untuk meninggalkan sekolah lama, aku terima dengan hati yang terbuka dengan harapan aku dapat belajar sesuatu di sekolah baru.
Picture
Pada waktu sebelah malam sehari sebelum aku meninggalkan sekolah, aku berpeluang memberikan sepatah dua kata terakhir sebelum pergi. "Inilah guru-guru yang tinggal, hormat mereka, jangan lawan cakap Guru, guru-guru kamu ini semuanya berpisah dengan keluarga sebab nak didik kamu semua" Aku mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar yang banyak memberikan dorongan dan peluang untuk aku menimba ilmu di luar sepanjang aku berkhidmat.

Seronok dapat hadiah dari Guru Besar
Dapat surat dari anak murid
Rasa sangat dihargai

Picture
Picture
Picture
Surat daripada anak murid saya

"Cikgu jangan buang surat ini, sebab kalau cikgu baca surat ini cikgu akan ingat tentang kami di sini. Cikgu jangan sedih, selagi cikgu hidup saya masih dapat jumpa cikgu. Maafkan saya cikgu. Hanya maut boleh pisahkan kita. Jangan lupa kami. I love You. You My Hero."
Tibanya hari terakhir

Letih mengangkat barang dari 

rumah ke jeti sekolah
Jeti sekolah ke ekspress
Ekspress ke wharf
Wharf ke kereta
Kereta ke depan rumah
Depan rumah ke atas rumah

Terima kasih tak terhingga kepada yang membantu. Aku tak mampu nak buat semua ini seorang diri. 
Picture
Picture
Hari ini hari yang amat menyedihkan. Sampai aku tak mampu nak mengalirkan air mata. Hari perpisahan dengan sekolah pertama aku jejakkan kaki, sekolah pertama aku bergelar seorang guru. Lebih sedih lagi, meninggalkan anak-anak murid yang sekian lama membesar di depan mata aku. Dari belum mengenal A, B, C dan 1,2,3 sampai dah pandai sifir dan membaca. Inilah kegembiraan seorang guru.

Ada anak-anak murid di sini menumpang kasih sayang guru-guru mereka, guru-guru ibarat ibu dan ayah. Betapa guru-guru di SK Long Sepiling sayangkan anak-anak murid mereka. Aku pun begitu, suka menyakat anak-anak di Sepiling. Ada sahaja aku suka kenakan anak-anak ini. Kalau pergi mana mana mesti teringat nak beli cenderamata. Duit raya pun asing siap siap untuk anak-anak murid di Long Sepiling walaupun mereka tak menyambut Hari Raya. Cikgu nak bagi feel sambutan Hari Raya dengan siap bawa kuih raya lagi dari kampung


Waktu itu, terlintas di fikirkan aku, kenangan manis kami bersama-sama. Kebanyakkanya kenangan manis bersama-sama anak murid. Sama-sama naik kapal terbang, Sama-sama kita berjalan, malah sama-sama kita mencipta kejayaan.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. 5 tahun masa di Sepiling hanyalah pinjaman. Aku lebih ingatkan kenangan manis dari yang pahit terpaksa aku tempuhi. Akhirnya hari ini segala-galanya berakhir. Tapi kenangan di sana akan tetap segar dalam ingatan.

Jangan sedih, dalam hidup ia sudah menjadi adat. Ada pertemuan dan ada perpisahan. Bagi aku, aku kena cepat untuk move on, beradaptasi dengan suasana baru. Ada ramai anak-anak murid di sini dan aku ingin mencurahkan ilmu selagi hayat dikandung badan. Semoga "keluarga" baru di Marudi, menerima kehadiran anak perantauan yang kerdil ini. Semoga kita dapat cipta kenangan manis di sini InsyaAllah ☺️
1 Comment

Pengalaman 3 Tahun Berkhidmat di Pedalaman

6/5/2018

0 Comments

 
Picture
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca sekalian. Di saat pagi yang hening, aku cuba mengimbas kembali pengalaman yang telah aku tempuhi selama 3 tahun bergelar guru, guru yang berkhidmat di pedalaman Sarawak. Hari demi hari aku tempuhi sehinggakan aku sudah sebati dengan kehidupan di sini. Kisah ini aku nukilkan ia ia menjadi kenangan manis yang kekal terpahat dalam ingatan aku.

Dimulakan kisah,

“Aku tak mau kena posting di Kapit, Song, Belaga dan Baram” Bisik aku di dalam hati. Aku hanya mampu berharap, tetapi sebaik sahaja aku dapat tahu sekolah yang bakal aku berkhidmat, aku perlu redha. Tempat posting masing-masing akan diketahui setelah semua guru tiba di Kuching nanti. Sekali lagi, aku hanya mampu berharap. 

Di Hotel Grand Margeritta 

Aku berbaris untuk menerima surat penempatan. Sampai giliran aku, surat penempatan diserahkan kepada aku. Aku menarik nafas dalam-dalam. Pelahan-lahan anak mata aku melihat ke kiri dan kanan dari atas ke bawah, membaca satu persatu isi kandungan surat penempatan. Tertera nama sekolah pertama aku. SK Long Sepiling, Baram, Sarawak.
 
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan TANPA persoalan terhadap apa yang ditentukan TUHAN…” ~Ibnu Mussal~
 
KISAH SEBELUM INI 
[SETELAH 4 BULAN]
[PENGALAMAN BERTUGAS DI SARAWAK]

​Gema lagu Ibu Pertiwiku. Pada pagi Isnin yang hening, semasa di perhimpunan aku duduk di barisan paling kanan, dekat dengan pintu. Kadang-kadang mataku mencuri-curi melihat keluar, hijau pemandangan jauh dari kota. Tiba-tiba terlintas di benak fikiran aku, semasa mengisi permohonan penempatan aku lansung tak mintak untuk mengajar di Sarawak. Kalau boleh nak mengajar di sekolah yang betul-betul depan pintu rumah. Tapi semuanya ketentuan Allah s.w.t.
 
Semasa mula di awal perjalanan, aku sangat teruja dan tak sabar-sabar nak menjejakkan kaki ke sekolah. Tapi, bila dah sampai dan melalui hari pertama di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, aku bermonolog; "boleh ke aku nak survive di sini?" Persoalan itu mula bermain di fikiran aku. Serius aku rasa tertekan. Adakah aku seorang saja yang ada rasa seperti ini?
 
“My first year it was completely frustrated…”  Itu pula kata-kata yang diluahkan oleh Jaime Escalante dalam temu ramah bersama beliau mengenai On Being Teacher.
 
Jaime Escalante meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera demi menjadi seorang insan bergelar guru. Beliau yang berasal dari Bolivia memulakan kerjaya di Sekolah Tinggi Garfield. Kedatangan Escalante di sekolah tersebut mengubah kepercayaan guru-guru yang telah lama berkhidmat di situ terhadap kemampuan pelajar lemah untuk lulus dalam subjek matematik. Escalante juga mengubah tanggapan pelajar, terhadap diri mereka dan juga tanggapan ibu bapa terhadap kemampuan anak-anak mereka.
 
 Seramai 18 orang anak didik Escalante lulus dalam Advance Placement Programme Calculus Exam, peristiwa tersebut telah membuka mata ramai pihak sehingga ke pihak atasan. Kisah Escalante diabadikan dalam filem Stand and Deliver 1988 yang menjadi inspirasi kepada guru-guru.
 
Sepanjang 3 bulan pertama aku melalui saat yang begitu sukar. Ia seperti kata-kata yang diluahkan Escalante “My first year it was completely frustrated…” Kesukaran yang pertama aku hadapi ialah aku perlu sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Kesukaran yang kedua aku hadapi ialah mencari rentak untuk mengajar murid-murid di sini. Bukan senang untuk mengajar dan mendidik.
 
Pada awal perkhidmatan, aku berada pada peringkat guru novis. Antara masalah yang dihadapi guru novis seperti aku adalah untuk menghadapi masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah dan bilik darjah. Hari pertama aku tiba di sekolah, aku rasa seronok dan gembira. Mungkin pada hari pertama aku rasakan seperti seorang pelawat. Rasa risau bermula sebaik sahaja aku mula mengajar.
 
Suatu ketika dahulu, aku fikirkan murid tidak ramai lebih mudah untuk mengajar, sebenarnya tidak. Pada masa aku berfikir sedemikian, aku mungkin tidak mempertimbangkan latar belakang murid yang berbeza kebolehan. Aku pernah berkongsi masalah dengan mak, yang aku sukar untuk mengajar anak murid aku, alhamdulillah perasaan risau sedikit menghilang.
 
Namun perasaan risau tetap muncul apabila aku mendengar respon daripada kenalan apabila mereka tahu aku mengajar di sekolah kurang murid. Paling ramai murid di dalam kelas hanyalah 2 orang murid sahaja.
 
Kenalan 1: “Budak sorang, kau ajar apa kat sekolah? Makan gaji buta?”
Kenalan 2: “Senangnya mengajar, dah macam tuition”
Kenalan 3: “Budak tak ramai, ni mesti kena ajar sampai diorang score, kalau tak score tak tahu la…”
 
Pada peringkat awal aku belum dapat menentukan arah aku dalam dunia pendidikan. Cita-cita aku besar, angan-angan hendak menjadi seorang guru seperti dalam movie Teacher’s Diary atau menjadi seperti Jaime Escalante. Banyak kali cubaan untuk mendidik anak murid seperti aku mahu, seperti dalam movie yang aku tonton, aku gagal. Apabila gagal, aku mula untuk berhenti mencuba. Baru 3 bulan, aku sudah mengalah. Perjalanan aku masih jauh, aku kecundang lebih awal dari yang aku sangkakan.
“… jika seorang guru mempunyai Acuan pendidikan, dia tidak akan runsing dengan tekanan yang dihadapi olehnya kerana dia tahu ke mana Acuannya sedang membawanya.” 
~Mat Lutfi~
 
Aku mengimbau kembali movie Stand and Deliver. Ia merupakan adaptasi kisah sebenar seorang guru, Jaime Escalante yang meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera untuk menjadi seorang guru. Kedatangan Escalante di sekolah barunya melawan arus guru-guru lain yang telah lama berkhidmat di situ dari aspek kepercayaan mereka terhadap kemampuan pelajar lemah untuk lulus dalam subjek matematik. Adakah kedatangan aku ke sini membawa perubahan seperti Escalante? Aku sendiri tidak pasti.
Picture

Kisah Escalante selama 2 jam merangkul kisah kejayaan beliau mengubah keputusan anak muridnya dari gagal kepada cemerlang. Aku mencari maklumat mengenai kisah hidup Escalante, dan aku menemui temu bual bersama beliau. Hakikatnya ia bukan semudah itu, kejayaan beliau bukan mengambil masa 2 jam, tetapi ia usaha bertahun-tahun secara berterusan. Escalante juga memberitahu yang dia sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan dan kesilapan itu diperbetulkan.
 
Aku seorang guru novis, mungkin banyak kesilapan yang aku buat. Pada masa yang sama aku perlu belajar daripada kesilapan. Aku mula mengorak langkah, belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran. Aku mula belajar untuk mengenali anak-anak murid aku. Paling penting aku perlu belajar untuk tidak cepat menyerah kalah.

Alhamdulillah sepanjang 3 tahun di sini, aku menyaksikan beberapa kejayaan yang berjaya dilakarkan oleh anak-anak didik aku dan kejayaan kami tiada maknanya tanpa sokongan orang-orang di sekeliling kami yang sentiasa memberi ruang, membantu sekolah kecil ini untuk mengecapi cita-cita. Selama 3 tahun, ada kenangan manis aku bersama-sama anak murid. Selain daripada itu banyak perkara yang aku belajar dan pengalaman di sini sedikit sebanyak mendidik aku untuk menjadi seorang guru.

Aku kongsikan gambar-gambar yang sempat aku rakam sepanjang 3 tahun aku berada di SK Long Sepiling
Picture
Hari pertama aku jejakkan kaki, bangunan ini yang aku nampak. Tapi, yang aku nampak hanyalah "kosong". Aku bakal menghabiskan masa di sini pergi dan balik sekolah
Picture
Dengan budak 9 orang, tak banyak yang dapat aku buat, nak hantar satu team bola sepak pun tak cukup! Kemudian sesuatu berlaku!
Picture
Aku melihat rakan aku Cikgu Fadli bersemangat menghantar murid untuk ke Young Change Maker Award. Kami tidak menang, tapi "cerita" Anilov anak murid kami menambat hati beberapa insan.
[kisah adik Anilov]
Picture
Dari kisah adik Anilov, mereka datang dari Kuala Lumpur ke Sepiling
Picture
Mereka tidak datang dengan tangan kosong, malah lebih dari yang kami sangka. Alhamdulillah, set robotik dan banyak lagi bantuan lain.
Picture
Dan anak-anak Long Sepiling masih lagi menerima sumbangan
Picture
Kami tidak berhenti di situ sahaja, ini team pertama KWN SK Long Sepiling. Aku ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan anak murid. 
Picture
Aku hadir bersama pengalaman pertama mereka.
Picture
Picture
Segala penat lelah, anak-anak pedalaman ini berjaya mengharumkan nama Sarawak
Picture
Picture
Bahkan mereka mengharumkan nama negara di persada antarabangsa
Picture
Sekali lagi aku diberi peluang sebagai insan semasa pengalaman pertama mereka. Michael bergambar di Tokyo sempena pertandingan KWN di Panasonic Centre, Jepun.
Picture
Kejayaan diraikan bersama rakan-rakan
Picture
Ada banyak perkara yang aku ingin kongsikan bersama mereka. Murid tengah belajar cara untuk set up Green Screen
Picture
Diorang happy jer bila dapat bergambar yang konon-konon di Jepun
Picture
Ada sesuatu yang aku kena belajar dari mereka. Buat manik, Orang Ulu memang pakar buat manik, tapi aku rasa macam mustahil ja.
Picture
Dengan gigih aku belajar, alhamdulillah aku dah pandai buat ajat manik
Picture
Selepas 2 tahun dapat set robotik, ini kali pertama kami join pertandingan robotik. Aku pandai? Tak, belajar dari Youtube
Picture
Hasil sumbangan orang ramai, team kami semaking berkembang. InsyaAllah kami akan menyertai pertandingan robotik di Kuching pada bulan Julai nanti.
Segala pengalaman yang aku lalui ada kalanya amat perit. Ada kalanya aku bahagia, ada masa aku cepat mengalah, cepat rasa sedih. Tetapi aku teringat kata-kata Jaime Escalante “Don’t quit, if you quit, you disintergrate yourself…” Di sini aku mesti kuat. Kisah yang aku tulis adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah guru lain yang mengajar di pedalaman. Ingatlah, ada yang jauh lebih sukar dari yang aku alami.
 
Aku menulis coretan kisah aku di sekolah pedalaman bukan bermakna aku guru yang hebat. Aku ingin berkongsi dan kisah ini sebagai coretan kenangan manis aku bersama anak-anak murid dan kenangan pahit dan manis yang aku tempuhi semasa aku bertugas di sini.
 
Setiap pengalaman yang disajikan, berbeza latar belakang budaya dan tempat. Aku hanya guru biasa, yang punya cerita suka dan duka, untuk dikongsi bersama. Anak-anak murid pedalaman, seperti juga anak-anak murid yang lain tidak kira di mana jua, mereka punya perasaan yang sama. Rasa sayang, rasa hormat terhadap guru. Itulah episod-episod kenangan manis aku di sini. Sekian.
0 Comments

Kisah Team Robotik Sepiling

19/4/2018

0 Comments

 
Picture
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke SK Long Sepiling, sejujurnya aku datang hanya untuk mengajar. Dengan budak yang tak berapa ramai, aku sendiri tak pernah terfikir untuk bawa murid-murid menyertai pertandingan atau aktiviti di luar sekolah. Jadi aku pergi ke sekolah, habis sekolah, balik. 

Tahun 2015 benar-benar merubah tanggapan aku. Rakan setugas aku Cikgu Fadli serahkan borang pencalonan untuk Young Change Maker Award. Niat bukan untuk menang atau menempa nama, tetapi sekadar mencuba dan membawa anak-anak pedalaman SK Long Sepiling bersama-sama kisah mereka di Long Sepiling.

Anilov tercalon sebagai 10 finalist  Young Change Maker. Itulah kali pertama SK Long Sepiling bawa murid naik belon. Semasa Anugerah Young Change Maker di Kuala Lumpur, kami tidak menang. Tapi kesannya ,kami dapat sehinggalah saat aku menulis entry ini. Syed Azmi dan rakan-rakannya mendengar kisah Anilov, kemudian datang ke sekolah dengan membawa bantuan hasil sumbangan orang ramai.

Bermula daripada itu, kami mencari peluang supaya kami boleh membawa anak-anak murid SK Long Sepiling, bergiat aktif dalam kokurikulum, mencungkil minat dan bakat anak-anak kami. Pertandingan sukan, mewarna, video, hour of code dan perkhemahan semuanya kami cuba, bukan untuk menang tetapi buka jalan dan beri peluang pada anak-anak kami.

Tahun 2018, aku menerima mesej, daripada rakan aku yang bertugas di Sabah, bertugas di sekolah pedalaman seperti aku. Pertandingan Robotik Petrosains RBTX. Anak-anak murid SK Long Sepiling pandai ke buat robot dan coding? Aku sendiri tak pandai sangat coding. Tapi tahun ini, target SK Long Sepiling untuk menyertai pertandingan robotik. Lama aku terfikir.

TERINGAT CERITA LAMA
Semasa aku di sekolah rendah, aku tidak pernah bergiat aktif dalam kokurikulum, begitu juga semasa di sekolah menengah. Mengimbas kembali kisah tahun 2006, semasa aku di tingkatan 5 di MRSM Balik Pulau Cikgu Samsul Bahrin berjaya mencungkil bakat aku. Aku dipaksa untuk menyertai pertandingan Forum, dan aku paling takut bila kena bercakap di atas pentas.

Cikgu Samsul Bahrin cukup terkenal dengan "garang". Aku sendiri pun takut dengan dia. Tapi semasa berlatih untuk Forum, Cikgu Samsul Bahrin sebaliknya. Dia banyak bagi dorongan dan tunjuk ajar. Aku masih ingat lagi, semasa aku lupa, cikgu Samsul pegang bahu aku "Saffuan, hang ok ka? Hang lapaq nasi kandaq ka? Relaks, tenang, tarik nafas dalam-dalam..." 

Di sebalik "garang" beliau seorang yang penyayang. Jasa cikgu saya ingat sampai hari ini. Peringkat Kelompok M3, MRSM Balik Pulau, Johan. Aku meraih keyakinan, peringkat negeri kami Naib Johan. 

Picture
Cikgu Shamsul, paling kiri dalam gambar
CUNGKIL BAKAT
Anak-anak murid SK Long Sepiling pandai ke buat robot dan coding? Persoalan aku, seolah-olah menyekat peluang mereka. Kenapa tak cuba, masuk pertandingan bukan untuk menang, tapi cuba untuk belajar. Aku beritahu Guru Besar, dia benarkan. Aku mula mendaftar dengan Yuran RM100 dari wang aku sendiri. Kemudian aku beli Set Robotik dan peralatan untuk pertandingan juga dengan wang aku sendiri.

Aku belajar melalui telegram mengenai peralatan robotik dengan cikgu di Sabah, kami tak pernah berjumpa tapi dia banyak membantu. Aku belajar coding di youtube, baca beberapa nota di laman web. Aku kena tahu sikit sebelum aku ajar murid. Aku pun tak pasti entah betul entah tidak apa yang aku faham tentang coding.

Aku plan untuk adakan bengkel robotik di sekolah. Aku gunakan masa hujung minggu dan boleh mengisi masa lapang murid-murid dengan perkara berfaedah. Cewah. Selepas kali kedua berbengkel, kami berjaya siapkan kereta Robo Tracer, dengan bahan terbuang, kotak tart nenas. Langkah seterusnya ialah untuk belajar coding. Aku buka laptop, tunjuk code, terus berpeluh muka budak-budak ni.
Picture
"Apu... banyak betul perkataan kena taip... satu benda pun saya tak faham...." Itu respon Michael salah seorang peserta pertandingan Robotik.

Adam dan Darryel, "Mati la saya... tak pandai saya taip cikgu..."


Aku ambil masa untuk fahamkan diorang, macam-macam analogi yang aku buat. Sampai la mereka tahu kenapa untuk buat begini, kenapa kena buat void_setup, kenapa kena declare dahulu? Kenapa itu kenapa ini? Cara nak tengok sensor robot semua, sampai la diorang dapat. Tak banyak, sedikit pun aku dah syukur.

Dah nama "cungkil bakat" kena la cungkil... bukannya cari bakat...
Picture
BENGKEL ROBOTIK
Aku ada hantar kertas kerja untuk memohon sumbangan kepada Guru Besar, beliau akan menolong mencari dana untuk projek kami. Tapi, kami tak ada rezeki. Tarikh bengkel semakin dekat, dan perbelanjaan ke bengkel sangat besar. Mana aku nak cari duit untuk bawa murid? Itu baru bengkel, belum lagi perbelanjaan ke Kuching.

Setelah berbincang dengan guru besar, aku post di FB untuk memohon sumbangan. Aku memang perlukan untuk bawa anak-anak murid ke Miri bagi menghadiri bengkel robotik anjuran Petrosains (penganjur pertandingan). Alhamdulillah tidak sampai 2 jam, sumbangan yang dikumpulkan melebihi RM3000.00. Tidak dengan wang ringgits, ada individu yang ingin menyumbang kepakaran dan juga buku rujukan untuk pasukan kami. Terima kasih!

Aku sangat terharu kerana yang membantu terdiri dari orang yang aku tak kenal, ada yang dari rakan-rakan aku, keluarga, pensyarah, tidak kira bangsa. Paling terharu, aku terima mesej dari ibu salah seorang murid yang terlibat dengan pertandingan Robotik.

"Akui cuba menolong semampu akui deng kah... Demi minat nan..."
"Saya cuba tolong semampu yang saya boleh... demi minat itu..."

Alhamdulillah, sokongan anda, like dan share, hasil sumbangan anda semua telah berjaya merealisasikan impian kami, impian anak-anak SK Long Sepiling.  Kami akan menghantar 2 pasukan robotik di Kuching nanti. Pada minggu hadapan, seramai 5 orang murid akan menyertai bengkel robotik di Miri. ​
0 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart