CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Latihan Matematik - Tahun 4 Tulis Angka dalam Perkataan

14/1/2020

2 Comments

 
Picture

Muat Turun Latihan Matematik - Tahun 4 Tulis Angka dalam Perkataan Di sini

Soalan Kuiz Menulis Angka Dalam Perkataan
tahun_4_-_tulis_angka_dalam_perkataan.pdf
File Size: 22 kb
File Type: pdf
Download File

Latihan Menulis Angka Dalam Perkataan dengan bantuan Jadual Nilai Tempat, pastikan ada guru beri bimbingan terutamanya nilai tempat pada kumpulan Ribu.
tahun_4_-_tulis_angka_perkataan.pdf
File Size: 52 kb
File Type: pdf
Download File

2 Comments

PEMBELAJARAN MATEMATIK SECARA INKUIRI

2/6/2019

0 Comments

 
Picture
Pengalaman Bengkel PMSI (Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri)

Alhamdulillah tamat berbengkel PMSI selama 5 hari. Banyak pengalaman yang saya dapat. Dari hari pertama kami jalankan aktiviti PMSI. Inkuiri Matematik bukanlah satu "kaedah" baru cuma bengkel ini menekankan bagaimana sepatutnya guru menyampaikan dan murid memperolehi ilmu matematik.


Read More
0 Comments

Mengajar Nilai Tempat Tahun 1

8/4/2017

4 Comments

 

Nilai Tempat dengan Model CPA

Maksud Nilai Tempat : the numerical value that a digit has by virtue of its position in a number.
 
Hari ini saya akan berkongsi dengan rakan-rakan bagaimana saya mengajar tajuk nilai tempat kepada anak murid tahun 1 saya.
 
Saya menggunakan Model CPA (Concrete – Pictorial – Abstract)
 
Peringkat Concrete
 
Pada peringkat Concrete saya memperkenalkan nilai tempat menggunakan Blok Dienes. Pada peringkat ini murid membilang satu-satu pada jadual nilai tempat. Blok Dienes yang berwarna merah diletakkan pada lajur nilai tempat sa.

Sistem Nombor Asas Sepuluh

Kenapa sistem nombor yang kita gunakan ada nilai tempat sa, puluh, ratus dan sebagainya? Kita sekarang ini menggunakan sistem nombor asas 10 ia sistem nombor yang digunakan oleh orang-orang Arab dan kini ia digunakan secara meluas.

Secara ringkasnya, jika kita mengira biji getah contohnya dengan menggunakan sistem nombor asas 10, bila cukup atau genap bilangan biji getah yang ke sepuluh, ia akan dikumpulkan/gabung menjadi 1 kumpulan sepuluh. Pengiraan diteruskan sehingga ada 10 kumpulan sepuluh, maka 10 kumpulan sepuluh akan dikumpul/gabung menjadi 1 kumpulan seratus. Jika pengiraan diteruskan lagi sehingga ada 10 kumpulan seratus, ia akan digabungkan menjadi 1 kumpulan seribu dan seterusnya.

Dalam sistem nombor asas 10, setiap kedudukan digit boleh mempunyai nilai integer antara 0 hingga 9. Contoh Nilai tempat sa, nombor yang boleh diletakkan di nilai tempat sa ialah antara 0 hingga 9 sahaja. Jika melebihi 9, ia akan dikira mula dikira di kedudukan yang lebih tinggi iaitu di nilai tempat puluh. Oleh sebab itu wujud nilai tempat untuk menunjukkan nilai digit bagi sesuatu nombor. Contohnya 123, 1 pada nilai tempat ratus menunjukkan nilai digitnya ialah 100, 2 pada nilai tempat puluh menunjukkan nilai digitnya 20 dan 3 pada nilai tempat sa menunjukkan nilai digitnya 3.

Anda boleh layari blog taughtco.com untuk mendalami lagi sistem nombor asas 10.
​​

Muat Turun Jadual Nilai Tempat

Jadual Nilai Tempat.docx
File Size: 43 kb
File Type: docx
Download File

Apabila Blok Dienes cukup bilangan yang ke sepuluh ia akan digabungkan dan dipindahkan ke nilai tempat puluh. Kemudian saya membimbing murid dengan soal jawab.
 
Saya: “ada berapa biji blok dienes di nilai tempat puluh?’
Murid: Ada 10 biji blok dienes cikgu
 
Saya: “Ada berapa puluh di nilai tempat puluh?”
Murid: “ada sepuluh cikgu…” Jawapan mereka sama seperti soalan yang saya ajukan sebelumnya.
 
Pada masa ini saya membimbing murid dengan mencantumkan blok Dienes yang berwarna merah dan menggantikannya dengan blok Dienes yang berwarna biru. Blok Dienes berwarna biru ia telah dicantum.
 
Saya: “Ada berapa puluh di nilai tempat puluh?”
Murid: “Ada satu cikgu, ada satu sepuluh…” jawab salah seorang anak murid saya.
 
Saya betulkan dengan menyebut “ada 1 puluh”
  
Peringkat Pictorial
 

Pada peringkat pictorial, saya menggunakan projektor dan komputer riba. Pada peringkat ini saya menggunakan bahan konkrit, bahan grafik (blok dienes yang dilukis pada aplikasi Paint X lite) dan menggabungkan nombor dengan grafik.
Picture
Picture

Murid membina nombor menggunakan bahan konkrit. Saya paparkan pada skrin nombor 17 mereka membina nombor tersebut menggunakan lego.

Picture
Kemudian saya meminta murid membina nombor 23. Murid lelaki saya mencantumkan sehingga 20 dan 3. Manakala murid perempuan membina 2 puluh lego dan 3 sa. Saya betulkan kembali konsep bagi anak murid lelaki.
Picture
Murid lelaki membetulkan semula lego yang dibina supaya lego yang di bina ada menunjukkan 2 puluh dan 3 sa.
 
Peringkat Abstract
 

Bagi peringkat abstract saya suka menggunakan imaginasi dan mengimbas semula apa yang telah dipelajari.
 
Saya memaparkan nombor dua digit iaitu 23 pada skrin. Kemudian saya menyoal murid.
 
Saya: Apakah nilai tempat bagi digit dua?
Cuba ingat semula semasa kita buat nombor tu menggunakan lego.
 
Senangkan peringkat abstract, jika konsep murid secara concrete kukuh, murid dapat menggunakan imaginasi mereka untuk membayangkan 23 sebagai gambaran pada minda mereka.
 
Sebenarnya menarik sangat untuk mengajar nilai tempat. Setelah anak murid saya benar-benar kukuh dengan nilai tempat. Saya akan move on dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan. Biasanya saya akan suka timbulkan kontrovesi supaya mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
 
Eh salah la cikgu, bukan macam tu.
 
Antara permainan yang saya buat murid perlu mencari nombor yang mempunyai digit yang sama pada nilai tempat dan nilai digit.
Picture
Bahan yang diperlukan simple jer. 10 Bekas botol, pen marker, sticky note dan blok Dienes.
Picture
Saya menyediakan 10 bekas yang diisi blok Dienes. 5 Bekas yang mempunyai digit yang sama pada nilai tempat sa dan nilai tempat puluh dan 5 bekas lagi tidak mempunyai digit yang sama pada nilai tempat sa dan nilai tempat puluh.
 
Murid dikehendaki menulis kuantiti blok Dienes pada bekas dengan menggunakan sticky note dan pen marker. Langkah ini memudahkan murid dapat mengenal pasti bekas mempunyai digit yang sama pada nilai tempat sa dan nilai tempat puluh.
 
5 Bekas yang mempunyai digit yang sama pada nilai tempat sa dan nilai tempat puluh, nombor-nombor berikut ialah

a) 11 ada dua bekas
b) 44 ada dua bekas
c) 55 satu bekas je
 
Bekas a) dan bekas b) sangat senang, tak perlu kira, murid tengok pun dah dapat agak ada berapa puluh. Saya sengaja sediakan bekas dengan kuantiti blok Dienes seperti di atas sebab saya nak tengok ada tak anak murid saya membuat anggaran (walaupun kita tak ajar, tapi anak-anak murid ni dapat terokai sendiri, cuma dia tak tahu bahawa itu anggaran sedangkan yang mereka lakukan adalah proses menggangar. Alhamdulillah, anak murid perempuan saya dia berjaya menganggar bekas a) dan b).

Picture
Murid mengambil bekas dan mengira bilangan blok dienes. Mereka mengira berdasarkan "berapa bilangan puluh" dan "berapa bilangan sa"
Picture
Picture
Murid mengira, menulis dan kemudiannya menampal sticky note pada bekas yang mengandungi blok dienes.
Picture
OK, selepas semua bekas berjaya di ambil dan murid telah menulis bilangan blok dienes. Next, tukar tempat dan semak jawapan yang kawan masing-masing tulis. Semasa murid menyemak, secara tidak lansung mereka dah mengira dan menulis 10 nombor.
Picture
Kemudian giliran saya pula yang menyemak, semak ye bukan buat "semak" hihi.
Picture
Picture
Tekunnya diorang menjawab soalan. Sebelum saya tamatkan kelas, saya cuba imbas semula aktiviti yang telah dijalankan dengan sesi soal jawab menggunakan bahan-bahan yang telah dilakukan semasa aktiviti. Saya menyoal murid tentang nilai tempat pada nombor yang telah mereka tulis.
4 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart