Hi everyone I made this game using mBlock. So you need to install mBlock before you download and play this game. ![]()
0 Comments
Pada minggu lepas saya telah melaksanakan Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri Mengenai Nombor Genap dan Nombor Ganjil . Ia merupakan aktiviti secara berkumpulan yang pertama saya laksanakan setelah berpindah di sekolah baru. Bila murid dah ramai macam-macam kerenah dan paling best macam-macam idea yang mereka ada. PdPc yang lepas murid melaksanakan aktiviti untuk mengenal pasti nombor genap dan nombor ganjil dan ia dilaksanakan berdasarkan DSKP Matematik Semakan Tahun 4. 1.2.1 Mencirikan nombor genap dan nombor ganjil 1.2.2 Mengelaskan nombor genap dan nombor ganjil Ini merupakan kemahiran yang paling penting untuk guru bimbing melalui aktiviti PdPc yang bermakna. Alhamdulillah aktiviti yang dijalankan membantu dan ada beberapa perkara yang perlu saya baiki pada masa yang akan datang. Sebelum melaksakanan aktiviti ini, perkara yang paling penting ialah pengetahuan sedia ada murid, iaitu mengenai operasi bahagi secara pengukuran ataupun "measurement division". Berdasarkan aktiviti ini; (a) murid membuat kesimpulan bahawa sebarang nombor yang berakhir dengan 0,2,4,6,8 ialah nombor genap manakala sebarang nombor ganjil yang berakhir dengan 1,3,5,7,9 adalah nombor ganjil. (b) ada sebilangan murid yang mendefinisikan nombor genap sebagai nombor-nombor yang ada di dalam sifir 2 (c) malah ada sebahagian kecil yang mendefinisikan nombor ganjil sebagai nombor-nombor yang ada di dalam sifir 3. Apa pendapat anda? Boleh diterima atau tidak? Bolehkah murid mengubah sesuatu nombor menjadi nombor genap atau nombor ganjil? Sebelum menjalankan aktiviti berikut, saya menggunakan gambar rajah blok dienes sebagai bahan untuk murid mengkaji sama ada nombor tersebut genap atau ganjil. Pengetahuan sedia ada mereka semasa mereka menjalankan aktiviti (a) membentuk kumpulan yang terdiri daripada 2 ahli dan (b) mengkaji nombor genap atau ganjil dengan menggunakan perwakilan gambar rajah. Gambar rajah yang saya gunakan merupakan gambar rajah bagi mewakili nombor yang mempunyai 3 digit. Ada gambar rajah mewakili nombor genap dan ada yang mewakili nombor ganjil. .Berikut merupakan nombor yang saya gunakan (1) 246 (2) 236 (3) 333 (4) 300 Tujuan nombor berikut digunakan adalah untuk melihat bagaimana murid berfikir dan bagaimanakah mereka menggunakan gambar rajah dienes untuk membuktikan sama ada ia nombor genap atau nombor ganjil. Jangkaan saya, ada murid yang akan berfikir seperti berikut. 1. Jika ada digit, 1,3,5,7, atau 9 pada mana-mana nilai tempat nombor itu nombor ganjil, contohnya 236 ialah nombor ganjil, kerana ada digit 3. 2. Nombor genap atau ganjil boleh ditentukan dengan hanya merujuk pada nilai tempat sa sahaja. Jangkaan saya mengena, ada murid yang berfikir seperti yang saya senaraikan di atas. Jadi murid yang berfikir seperti nombor 1, dia kena buktikan sama ada ia benar atau salah! Aktiviti Mencipta nombor genap atau nombor ganjil Saya edarkan beberapa keping kad yang bernombor antara 0 hingga 9 kepada setiap kumpulan, kemudian murid - murid mencabut sekeping kad dan menyatakan sama ada ia nombor genap atau nombor ganjil. Bagaimana jika murid mencabut nombor 0, adakah sifar ini nombor genap atau nombor ganjil? Kemudian murid mencabut lagi sekeping kad, dan jadikan nombor 2 digit, gabungan 2 kad yang mewakili 2 digit akan membentuk sama ada ia nombor genap atau nombor ganjil. Kemudian murid bina nombor dengan menggunakan kad-kad tersebut sehingga menjadi nombor 5 digit. "Bolehkah kamu mengubah sesuatu nombor menjadi nombor genap atau nombor ganjil?" Soalan ini saya tanya kepada murid, bolehkah kamu mengubah sesuatu nombor menjadi nombor genap atau nombor ganjil. Saya perhatikan ada antara murid-murid yang 1. Mengubah semua nombor contohnya (tukar genap menjadi ganjil) 17 562 diubah menjadi 16 725 2. Mengubah pada nilai tempat sa sahaja 17 562 diubah menjadi 17 625 Pada akhir aktiviti murid dapat mencirikan nombor genap dan nombor ganjil dan mengelaskan nombor genap dan nombor ganjil. Nombor genap boleh dikenal pasti dengan hanya melihat digit apakah yang berada pada nilai tempat sa. Jika ia berakhir atau digit-digit ini iaitu 0,2,4,6 dan 8 salah satunya berada pada nilai tempat sa, maka ia nombor genap. Muat Turun Lembaran Aktiviti![]()
![]()
Syukur kepada Allah s.w.t hari ini saya melaksanakan aktiviti Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri berkaitan dengan nombor genap dan nombor ganjil bersama-sama dengan murid tahun 4.Berikut merupakan penerangan ringkas aktiviti yang saya laksanakan di dalam kelas. 1. Murid dalam kumpulan besar (17 Orang) membentuk kumpulan yang terdiri 2 orang ahli. 2. Bilangan murid dikurangkan kepada 1 dan membentuk kumpulan yang terdiri 2 orang ahli, seorang murid mencatat (i) bilangan murid keseluruhan (ii) bilangan kumpulan yang dapat dibentuk (iii) bilangan murid yang tiada pasangan (sama ada 0 atau 1) 3. Kemudian aktiviti diteruskan dengan lembaran yang akan guide murid kepada apa itu nombor genap dan nombor ganjil. 4. Perkara utama yang perlu ambil perhatian oleh guru ialah "Pengetahuan sedia ada murid" bagi membolehkan murid menghubungkait pengetahuan dahulu dengan perkara baharu yang mereka belajar. Contohnya pengetahuan sedia ada bagi aktiviti ikuiri hari ini ialah "pembahagian secara pengukuran". Muat Turun Lembaran Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri - Nombor Genap Nombor Ganjil![]()
Assalamualaikum, hari ini saya melaksanakan aktiviti berkumpulan untuk murid-murid kesayangan tahun 2. PdPc hari ini berkaitan dengan menyusun kumpulan objek/Nombor mengikut tertib menaik atau menurun. Jadi saya sediakan lembaran aktiviti yang menarik untuk kumpulan objek/Nombor mengikut tertib menaik atau menurun dengan menggunakan gambar Adi Wira kegemaran mereka. Muat turun lembaran aktiviti menyusun kumpulan objek/nombor mengikut tertib menaik atau menurun![]()
|
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |