Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian 6 Aplikasi Percuma yang menarik untuk belajar pecahan. Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan menyeronokkan, murid-murid pun tak bosan nak belajar pecahan. Semua aplikasi ini best, tapi saya paling suka yang last, jom kita tengok satu persatu! 1. INTERCATIVE FRACTIONIntercative Fraction yang sangat sesuai untuk murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang baru nak belajar pecahan. 2. INTERACTIVE FRACTION WALLInteractive Fraction Wall ini sesuai untuk murid belajar teroka mengenai pecahan setara dan menyamakan penyebut pecahan. 3. MATHGAME.COM Identify FractionMathgame.com ada banyak aplikasi dalam talian yang boleh digunakan. Antaranya aplikasi yang bantu untuk menguji kefahaman murid mengenai perwakilan gambar rajah. Sesuai untuk murid tahun 1. 4. EQUIVALENT FRACTION NCTMEquivalent Fraction murid dapat belajar untuk meneroka lebih daripada 1 pecahan setara. 5. Math Learning Centre - FRACTIONmathlearningcentre.com membantu murid untuk belajar operasi asas tambah dan tolak pecahan. 6. TEACHCONCEPTUAMATH.COMAplikasi ini teachconceptuamath.com paling best sebab ada melibatkan semua operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi pecahan. Murid-murid juga boleh semak jawapan dan dapat maklum balas jika jawapan murid-murid salah.
0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya dapat banyak permintaan dalam ruangan komen Youtube untuk ajar pecahan. Video yang saya kongsikan mengenai operasi tolak pecahan berdasarkan contoh yang ada di dalam buku teks Matematik Tahun 4 (Semakan 2017) bagi membantu guru atau ibu bapa untuk mengajar anak-anak semasa PKP. Cara yang saya gunakan berbeza dengan cara yang ada di dalam buku teks. Selamat menonton. Tolak Pecahan Wajar, Nombor Bercampur dan Nombor BulatAssalamualaikum dan Salam Sejahtera Dalam penulisan kali ini saya kongsikan video PdPc saya berkaitan dengan operasi melibatkan pecahan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam penulisan kali ini saya ingin berkongsi mengenai operasi bahagi melibatkan pecahan. Ada murid yang dapat menguasai kemahiran bahagi pecahan dengan baik. Namun, ada juga segelintir pelajar yang menghadapi masalah, antaranya apabila melibatkan banyak langkah step. Sepatutnya Matematik diajar ada disiplinnya tersendiri ye, bukan sekadar menghafal langkah dan menyelesaikannya. Berikut saya kongsikan beberapa video yang dapat menerangkan sedikit sebanyak mengenai pembahagian pecahan. Di harap video ini dapat membantu murid memahami apa maksud disebalik langkah-langkah yang mereka perlu hafal. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |