Bahan-bahan asas 1. Beg plastik sampah 2. Telur 3. Benang 4. Pita pelekat 5. Surat Khabar 6. Gunting 7. Borang Senarai Bahan 1. Murid menonton video pendaratan Soyuz. Murid memerhatikan kaedah yang digunakan untuk menyelamatkan kapal angkasa supaya selamat mendarat. Ini yang mereka akan buat. 2. Bahan-bahan untuk membuat Parachute Soyuz Spacecraft telah disediakan bersama-sama dengan harga yang perlu dibayar oleh murid jika mereka menggunakan bahan tersebut. Harga saya cuma letak je tidak ada signifikan kepada apa-apa pun. Cuma nak murid merancang dan berhati-hati memilih bahan dan merancang untuk meminimumkan kos pembinaan Parachute Soyuz Spacecraft. 3. Murid diedarkan dengan borang senarai bahan. Pada borang ini, murid akan menyenaraikan bahan dan harga. Setiap kali murid mengambil bahan, mereka akan membawa borang ini dan mencatatkan harga yang telah dibelanjakan. 4. Kemudian murid berada di dalam kumpulan untuk membina Parachute Soyuz Spacecraft. Pada masa ini kita dapat melihat kreativiti murid. 5. Menguji parachute, kemudian murid menguji parachute sebelum menggunakanya pada telur (Parachute Soyuz Spacecraft). Beberapa siri pengujian untuk memastikan parachute benar-benar selamat. 6. Pertandingan, pemenang dinilai berdasarkan kriteria berikut: (1) Soyuz Spacecraft selamat (telur tak pecah) (2) Lokasi Parachute Soyuz Spacecraft berada hampir dengan lokasi pendaratan (saya tandakan dengan bata). Ukur dan kira purata. (3) Kos pembinaan yang minimum.
0 Comments
Arduino Certification Program atau (ACP) merupakan inisiatif Arduino untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada penggunanya. ACP menawarkan 3 peringkat sijil iaitu ENTHUASIST, EDUCATOR dan PROFESSIONALS. Saya baru sahaja tamat berbengkel selama 3 hari di UPM Kampus Kejuruteraan. Bengkel Asas dan Lanjutan Arduino dan Micro:bit. Bengkel ini merupakan anjuran Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM) dengan penyertaan kira-kira 278 orang guru dan murid dari seluruh Malaysia. Semasa makan tengah hari, saya sempat berbual dengan salah seorang rakan, Cikgu Yuzlan dan dia ada berkongsi dengan saya mengenai Arduino Certification Program atau (ACP). Sebaik sahaja mendengar maklumat tersebut, saya cuba melayari laman web tersebut. MAKLUMAT MENGENAI UJIAN Untuk mendapatkan sijil, anda perlu menjawab soalan ujian secara atas talian. Format ujian adalah seperti berikut (a) Pelbagai jenis format soalan, objektif dan subjektif (b) 36 soalan (c) Penilaian merangkumi (i) teori dan pengenalan Arduino (ii) elektronik (iii) coding (d) masa menjawab - 75 minit 36 soalan akan menguji anda mengenai;
CARA UNTUK MENGAMBIL UJIAN Anda perlu membayar yuran sebanyak $30 bagi membolehkan anda untuk menduduki ujian. Tetapi jika anda tidak yakin untuk menjawab ujian, anda boleh cuba menjawab soalan "olok-olok", atau demo question. Markah minimum untuk lulus dan membolehkan anda layak memiliki sijil ialah 70%. Alhamdulillah, saya pun sudah memiliki "Arduino Fundamentals certification on Electronics and Physical Computing " Anda boleh cuba dengan klik di sini. Jika anda sudah bersedia anda boleh terus menjawab soalan. Selamat mencuba! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini saya nak kongsikan cara bagaimana Kelab STEM kami mengumpul dana untuk menghantar pasukan yang terdiri dari murid-murid ke pertandingan. Pada tahun 2018, Kelab Kreatif berjaya mengumpul dana daripada individu dan NGO dan juga kerajaan tempatan. Pada tahun 2019, Kelab STEM ditubuhkan bagi mendedahkan murid dengan Pendidikan STEM serta mendedahkan murid dengan inovasi dan robotik. Pada tahun ini, saya memulakan inisiatif lain bagi mencari dana untuk menampung perbelanjaan kami ke pertandingan berikut: 1. Petrosains RBTX Challenge di Kuching pada 14 Julai 2019 (4 murid dan 2 orang guru penasihat) 2. Junior Innovate di Miri pada 2 hingga 4 Ogos 2019 (4 murid dan 2 orang guru penasihat) 3. Petrosains RBTX Challenge Tracer Open Category (4 murid dan 2 orang guru penasihat) Untuk makluman pembaca semua, jika anda pernah bertugas di pedalaman antara perkara yang perlu guru-guru fikirkan adalah kos pengangkutan untuk membawa murid-murid kami ke sesuatu pertandingan. Ia memperuntukan belanja yang sangat tinggi. Pada tahun ini, Inisiatif tersebut adalah dengan mengemukakan projek Kelab STEM di Laman Web 100% Project. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya mula memuat naik Proposal Projek pada 24 April 2019 kemudiannya projek ini akan dinilai sebelum dia diluluskan. Saya menanti berbulan-bulan penuh debaran. Langkah pertama anda perlu mendaftar di Laman Web 100% Project. Kemudian "START YOUR PROJECT" Masukkan detail project dan bajet untuk projek secara detail bagi memudahkan proses review. Pastikan anda masukkan semua maklumat yang diminta termasuk akaun media sosial anda. Langkah pertama saya namakan projek saya sebagai "Sepiling Young Engineer" supaya murid-murid ada feel lain macam sikit. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan menunggu akhirnya permohonan projek saya telah diluluskan. Sekarang, saya sedang berkempen bagi mencapai sasaran iaitu sebanyak RM6015. Berikut merupakan contoh Projek Saya (Sepiling Young Engineers) yang dipaparkan di Laman Web 100%Project Bagi projek yang ingin mengumpul dana lebih dari RM5000.00, anda wajib memuat naik pautan video mengenai projek anda. Selain daripada projek Kelab Robotik anda juga boleh menggunakan platform ini untuk mengumpul dana bagi keperluan lain juga. Berikut saya kongsikan kertas kerja untuk memohon sumbangan bagi ke pertandingan robotik ![]()
Kami juga masih menjalankan kempen. Teruskan sokong kami setakat ini kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM1170, dan kami masih lagi memerlukan sejumlah wang sebanyak RM4845.00. Bantu kami untuk realisasikan impian anak-anak murid SK Long Sepiling! KLIK PADA GAMBAR dan jangan lupa sumbangkan untuk anak-anak murid SK Long Sepiling ye. Terima kasih.
|
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |