CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

TAHUN 3 - PENGURUSAN DATA

11/10/2019

0 Comments

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya mulakan kelas hari ini mengenai Pengurusan Data dengan bersoal jawab dengan murid "Apa itu data?"

Dengan gaya bersahaja seorang anak murid Tahun 3 saya menjawab "Data tu cikgu, 1 GB, 5GB 10GB yang kita pakai internet telefon"

Tahun 3 dah pernah belajar mengenai Pengurusan Data semasa di tahun 1 dan 2. Tetapi jawapannya memang lucu.

Maksud Data "data are individual pieces of factual information recorded and used for the purpose of analysis. It is the raw information from which statistics are created"

Tahun lepas saya ada menjalankan aktiviti berkaitan dengan Pengurusan Data. Boleh lihat bagaimana kaedah anak-anak murid Tahun 3 saya mengumpulkan data.

​Klik di sini untuk PdPc yang dijalankan pada tahun 2018

Aktiviti kelas bergabung ini dijalankan dengan memberikan input mengenai data, cara mengumpul, merekod, mengelas dan menganalisis data. Aktiviti ini dilanjutkan dengan murid-murid membina sendiri Carta Palang, Piktograf dan Carta Pai.
Picture
Picture
Hasil kerja anak murid tahun 3, alhamdulillah mereka masih ingat mengenai apa yang dipelajari semasa di tahun 2 pada tahun 2018
Picture
Lagi hasil kerja anak murid tahun 3, tanda gundal yang perlu diberikan bimbingan
Picture
Ini merupakan hasil kerja anak murid tahun 2 saya. Cara mereka mengumpul data dan merekod data sama seperti murid tahun 3 (semasa mereka di tahun 2 dahulu)

PLOT DATA

Picture
Murid dibimbing untuk memplot data menggunakan Microsoft Excel
Picture

HASIL KERJA MURID DALAM MICROSOFT EXCEL

Picture
Picture
0 Comments

Pengurusan Data

29/9/2018

0 Comments

 
PERKONGSIAN AKTIVITI TOPIK 8.0 PENGURUSAN DATA TAHUN 2 DAN 3
Silibus sekarang ini semakin hebat, saya tak nafikan. Sekarang bukan budak sahaja yang menimbal ilmu, malah saya sendiri sebagai kena mencari ilmu. Tajuk Pengurusan Data, sekarang ini tahun 1 sudah pun belajar, hebatkan. Namun apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca mengenai tajuk pengurusan Data, ada beberapa persoalan yang bermain difikiran saya.

(a) apa tujuan pengurusan data?
(b) apa itu data?
(c) kenapa nak belajar mengenai pengurusan data.

Saya lihat, anak murid saya sendiri tak dapat memahami tujuan mengapa perlu mengutip data dan mengapa perlu mengurus data. Oleh yang demikian saya telah merancang aktiviti supaya murid-murid saya dapat memahami apa itu data, pengurusan data dan cara mengumpul data.
Picture
Berikut aktiviti yang saya jalankan, mengenai Pengurusan Data. Aktiviti ini saya jalankan berperingkat-peringkat, pada hari yang berbeza-beza, sehingga mereka faham apa tujuan mengutip data dan kenapa perlu mengurus data.

Pada awal PdPc, saya tidak terus memperkenalkan tajuk, mengenai pengurusan data. Tapi lebih kepada sesi bersoal jawab.

"Siapa suka makan durian" soal saya, kemudian ada lah beberapa murid yang angkat tangan. Sekolah saya kecil saja, jadi tak susah nak dapatkan maklumat terus.

"Bayangkan kalau ramai, dapat kamu ingat berapa orang yang suka makan durian atau tidak?" 
"Tak...." Balas murid
"Bagaimana cara untuk kita ingat ya?" Soal saya.
"Kita tulis lah dalam kertas...." Respon anak murid saya.

Baiklah, saya teruskan dengan Aktiviti.
Aktiviti yang dijalankan berdasarkan
SP 8.1.1, 8.2.1 dan 8.3.1. Saya senaraikan langkah-langkah penerangan bermula dari A-O

(A) Ini merupakan bab yang digemari murid. Kali ini saya mengajar murid tahun 2 dan 3.

(B) Kelas saya mulakan dengan menyoal murid, mengenai makanan kegemaran mereka di sekolah.

(C) Kemudian mereka diperkenalkan dengan apa itu
1. Data
2. Mengumpul data
3. Bancian atau survey

(D) Ok, kemudian jom kita mengumpul data. Ada yang akan mengumpul data mengenai

1. Buah buahan kegemaran - KALANG
2. Jenis jenis mee yang digemari - RYAN
3. Susu kegemaran - DAU

(E) Bagaimana mereka hendak merekod data? Saya biarkan, ikut cara mereka.

(F) Saya ikut bersama murid murid dan lihat cara mereka mengumpul data.
Picture
Picture
Murid mendapatkan data diluar bilik darjah
(G) Setelah data dikumpul, murid masuk ke kelas, ada beberapa perkara yang saya nak tegur.
Tapi sebelum itu, saya tanya salah seorang murid. "buah apa yang paling digemari di sekolah kita ini?" Agak lama dia meneliti data yang dikumpul, agak tidak teratur, rujuk 2 gambar dibawah. Di sini saya akan tekankan betapa pentingnya kita menguruskan data dengan baik.
Picture
Picture
Pertama kali, beginilah keadaan data yang dicatat semasa proses mengumpul data.
Picture
(H) Bagaimana cara untuk memudahkan kita mengumpul data?
"Kita gunakan jadual cikgu!"
Ok jom buat jadual.

(I) Sebelum keluar kelas, saya tegur murid dengan menetapkan peraturan seperti berikut:
1. Ucap selamat sejahtera dan nyatakan tujuan kamu "Saya nak buat bancian mengenai...."
2. Catat data dengan menggunakan gundalan "tally marks"
Lebih mudah jika kamu guna gundalan dari tulis nama
3. Tetapkan pilihan, baca pilihan yang ada semasa bancian.
LANGKAH 1-3 Merupakan proses yang dilaksanakan semasa mengutip data dikenali sebagai bancian.


(J) Murid keluar kelas, mengumpul data dengan cara yang dibimbing.

(K) Setelah selesai mengutip data. Saya ulang langkah (G) Kali ini Respon murid lebih pantas, cara gundalan lebih mudah membantu mereka menguruskan data dengan teratur.

(L) Sambung hari lain, data-data yang kita kutip ini apa yang kita boleh buat?
"bagi tau kawan-kawan..." - Kongsikan maklumat yang diperolehi dengan orang lain.

(M) Kemudian saya bimbing murid cara untuk mempersembahkan data. Kali ini dengan data yang telah dikumpulkan, murid persembahkan dalam bentuk carta palang.
Dau anak murid saya tahun 2 kumpul maklumat mengenai Jenis Susu Kegemaran. Jika rujuk carta palang yang dihasilkan, Dau dapat nyatakan "susu coklat paling di gemari di SK Long Sepiling" . Boleh rujuk gambar 1, hasil kerja murid.
Picture
Picture
(N.) Gambar dibawah adalah kesimpulan dari aktiviti yang kita lakukan. Nampak tak ada perbezaan cara anak-anak murid saya mengurus data.
1. Pertama data kita tak tersusun, kemudian rakan kamu cadangkan buat dalam bentuk jadual.
2. Data kamu diuruskan dengan baik, kamu catat dalam jadual dan gunakan gundalan untuk membantu kamu merekod data.
3. Carta palang yang dihasilkan menarik, dan semua orang dapat faham maklumat/yang kamu ingin kongsikan. "jangan lupa tulis tajuk...."
​
Picture
Kemudian saya bandingkan ketiga-tiga hasil kerja murid. Nampak tak perbezaannya. Alhamdulillah, murid dah faham mengapa perlu mengurus data.
(O) Semasa membentang carta palang masing-masing murid mesti
1.menjelaskan tajuk,
2. apa yang ada pada paksi mengufuk dan paksi mencancang.
Kesimpulannya, mereka faham kenapa perlu guna gundalan, kenapa data ada dalam bentuk carta palang. Alhamdulillah mereka nak buat lagi... Seronok katanya...

​Selamat Mencuba

0 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart