Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana masih dikurniakan kesihatan. Saya harap semua pembaca juga berada dalam lindungan Allah s.w.t. Pada masa ini, pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi mengisi masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Lihatlah cikgu di Malaysia memamg "tidak boleh duduk diam" Memang semangat. Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan cikgu-cikgu kita ada bermacam-macam platform yang mereka gunakan untuk terus berkongsi diantaranya ada yang menggunakan Streamyard, Zoom dan Microsotf Teams. Zaman teknologi memang banyak manfaatnya lebih-lebih lagi semasa situasi sekarang ini. Hari ini guru-guru dapat mendengar perkongsian daripada Cikgu Hailmi, guru yang tidak asing lagi dalam dunia pendidikan. Baru-baru ini beliau bersama Cikgu Sam tersenarai sebagai Top-50 Global Teacher Prize 2020. Untuk makluman semua sesi ini dilaksanakan dengan menggunakan Microsoft Team dengan penyertaan lebih daripada 250 orang peserta. Semasa sesi perkongsian ini, peserta dapat mendengar pengalaman bagaimana Cikgu Hailmi memulakan kerjaya sebagai seorang guru sehinggalah Cikgu Hailmi yang kita semua kenal sekarang. Beliau kini dikenali, banyak membuat perkongsian malah guru ini telah berada di persada dunia. Berikut merupakan perkongsian yang sempat saya catat. Untuk sampai ke tahap ini, Cikgu Hailmi berkata ia bukanlah sesuatu yang mudah, ini merupakan kali ke-5 beliau memohon untuk Global Teacher Prize, alhamdulillah pada tahun 2020 beliau terpilih bersama dengan Cikgu Sam. Sebelum mengakhiri perkongsian GTP 2020, beliau tinggalkan pesanan buat semua guru. Berikut 5 pesanan yang sangat bermakna buat kita semua, niat kenalah betul, supaya apa yang kita buat ikhlas dan diterima Allah s.w.t. Besar pahala kita sebagai seorang pendidik, selain daripada itu, guru-guru perlulah istiqamah dalam kerja yang kita lakukan. Satu lagi pesanan Cikgu Hailmi,
"Buat kerja bukan untuk dapat anugerah tetapi buat kerja sampai orang bagi anugerah..." Buatlah sesuatu bersungguh-sungguh bukan mengejar sesuatu. InsyaAllah lepas ini kita akan berpeluang mendengar perkongsian daripada Cikgu Sam.
0 Comments
|
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |