CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Cikgu Ajar Perpuluhan Mengelirukan Murid

2/9/2017

8 Comments

 
Picture
Assalamualaikum dan Kembali bersua.
Bismillahirahmanirrahim
​
Cikgu ajar murid perpuluhan mengelirukan murid- Cikgu dalam artikel ini merujuk kepada "saya". Saya kongsikan pengalaman "saya" ketika berhadapan dengan murid yang keliru dengan tajuk perpuluhan.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya semasa mengajar tajuk perpuluhan terutamanya bermula murid masuk tahap 2 sehinggalah ke tahun 6. Beberapa faktor yang menyebabkan murid saya melakukan kesalahan adalah disebabkan "guru itu sendiri". Maksudnya saya sendiri laa.

Penerangan yang saya sampaikan kepada murid menyebabkan murid keliru dan selain daripada itu, murid juga melihat nombor perpuluhan hanya nombor perpuluhan semata-mata, ia dicipta untuk menyusahkan. Hebat benar keluhan anak murid saya.

Perpuluhan Bahagi Perpuluhan

Bahagi perpuluhan dengan perpuluhan merupakan kemahiran yang dipelajari semasa di tahun 6. Contoh soalan seperti di bawah, murid diminta untuk mencari hasil bahagi nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan.
Picture
Perkara yang saya ajar ialah untuk membahagi nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan,"kamu kena ubah titik sampai boleh bahagi". Ada murid yang hanya menerima, tetapi yang tak boleh terima akan terus dibelengu persoalan "kenapa nak ubah titik perpuluhan?" 
Picture
Wah, dapat selesaikan soalan, namun ada murid yang masih tidak dapat menerima cara yang ditunjukkan.
Picture
Penerangan di atas adalah penerangan secara prosedural. Ada cara yang boleh digunakan untuk menerangkan kepada murid dengan menggunakan bahan konkrit. Tapi saya tinggalkan dan saya anggap rakan pembaca ada terangkan semasa mengajar kemahiran pecahan wajar bahagi pecahan wajar, "kenapa ada jawapan nombor bulat?"

12/10 ÷ 2/100 = ( ada berapa 2/100 dalam 12/10) - kaedah bahagi pengukuran (boleh google mengenai measurement division ) 

Dengan menukarkan nombor perpuluhan kepada nombor pecahan, murid dapat menerima "mengapa perlu ubah titik perpuluhan?" (tukar perpuluhan kepada pecahan, darab nombor dengan 10,100 dan 100 dsb) semua kemahiran mereka dah belajar sebelum tahun 6.

Darab Perpuluhan dengan Perpuluhan

Sebelum belajar operasi darab perpuluhan dengan perpuluhan, saya imbas balik apa yang saya ajar semasa penambahan perpuluhan dengan perpuluhan. 

Ya! Bila tambah nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan, susun ikut titik, atau ikut nilai tempat dengan betul! Siap marah lagi kat murid. Haha.
Picture
Baiklah, bagaimana pula dengan pendaraban nombor perpuluhan dengan perpuluhan?
Picture
Jawapan di atas benar
Saya berhadapan dengan murid yang menyusun nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan yang lain mengikut nilai tempat. Kalau ikut operasi tambah, tak salah, dan memang itu yang saya ajar. Tapi kenapa "hukum" berubah, bila darab tak boleh nak susun ikut nilai tempat? Soal murid sambil garu kepala. Apa laaa cikgu ni...
Picture
Kenapa hasil darab Salah? 
Picture
Cara yang benar, untuk pendaraban nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan abaikan nilai tempat.
Picture
Penerangan operasi pendaraban nombor perpuluhan dengan perpuluhan dengan menukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan. Nampak lebih jelas operasi dan di mana titik perpuluhan perlu diletakkan pada jawapan. 

Semuanya bersebab. Cuba kaitkan dengan apa yang murid pernah belajar. Kalau tak ingat. Hmmmm...

Tajuk yang sangat mencabar untuk saya, kerana saya ada anak murid yang tidak boleh terima cara pengiraan tanpa sebab. Selain daripada itu, jika saya ajar cara prosedural tanpa mereka faham, susah untuk mereka ingat. Tetapi kalau mereka dah faham, pakailah kaedah apa pun, insyaAllah boleh jawab. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Salam Aidil Adha.

Berminat untuk dapatkan buku "Murid Tanya, Cikgu Math Jawab"
Sila isi borang pesanan goo.gl/forms/dckqeqzJUPmdNoMR2
Picture
8 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart