CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Dari Sekolah Pedalaman ke Tokyo (Bahagian 1)

4/8/2017

1 Comment

 
Picture
Dari Sepiling ke Tokyo, tak pernah aku terbayang untuk bawa anak-anak murid di pedalaman melihat dunia luar sejauh ini. Kejayaan ini merupakan titik permulaan untuk kami mencipta kejayaan lain, tidak kira kecil atau besar ia bakal mencoretkan kenangan manis buat anak-anak SK Long Sepiling setelah mereka meninggalkan sekolah. Begitu juga dengan kami guru-guru, setelah kami dipanggil pulang ke kampung halaman, ia akan meninggalkan kenangan yang sangat manis buat kami.

Pertama kali aku mendapat Surat tertera "Anda di tempatkan di SK Long Sepiling" tak dapat aku bayangkan pada masa itu apa yang bakal aku lalui. Tahun 2015 boleh aku katakan SK Long Sepiling mula mengorak langkah dengan kami menyertai pertandingan Young Change Maker dibawah bimbingan Cikgu Fadhli. Walaupun kami tidak menang tetapi persembahan adik Anilov Fabien Tingang telah membuka mata beberapa pihak NGO.

Anak murid SK Long Sepiling, bukan tak tahu, cuma mereka tak berpeluang dan tak ada pengalaman. ​The Power of Hands membawa anak-anak murid kami dari Pedalaman (Sekolah Kebangsaan Long Sepiling) Ke Tokyo. Dalam perjalanan ini, apa yang aku belajar adalah untuk percaya pada diri sendiri dan percaya yang anak-anak murid aku juga boleh. Mudah-mudahan ada antara mereka yang akan jadi TV producer. Amin. 
​
IDEA CERITA THE POWER OF HANDS

Team kami terdiri daripada Cikgu Fadli, Aku, Anilov Fabien Tingang, Juwita, Fiona dan Michael.

Idea untuk cerita KWN aku dan Cikgu Fadli. Kami mencari ilham sama-sama di tepi Sungai Tinjar. Hasilnya ada 2 story board yang kami hantar kepada Panasonic iaitu,  "Hear My Voice" dengan tema Enviroment dan "The Power of Hands" dengan tema komunikasi. Akhirnya cerita The Power of Hands terpilih dan SK Long Sepiling dijemput untuk ke Nilai Spring Resort. Hanya seorang guru dan 2 orang murid dijemput untuk menghadiri training. Itu lah pengalaman pertama anak-anak murid aku Juwita dan Fiona naik kapal terbang. 

Aku teringat masa mula pergi ke KWN Training di Nilai Spring Resort, hanya sekolah kami sahaja yang dari pedalaman. Kami dikeliling oleh sekolah yang hebat-hebat.Nak kata aku pandai bab-bab shooting, memang tak pandai. Tapi aku cuba untuk buat yang terbaik, cari info di laman-laman web berkaitan KWN bawa balik dan berkongsi dengan rakan guru dan murid. Dari situlah aku belajar teknik shooting. Masa di IPG dulu pun aku pernah belajar teknik shooting dalam subjek Teknologi dalam Pendidikan.

Picture
Ini kali pertama murid-murid belajar teknik shooting. Diorang menonton video dan tunjukkan macam mana pergerakkan video untuk dapatkan shoot seperti yang diorang perhatikan.
Picture
Juwita dan Fiona diberi peluang untuk masuk ke cockpit. Terima Kasih kepada Malaysia Airlines Berhad yang beri layanan VIP kepada kami semasa bertolak daripada Miri ke KL dan daripada KL ke Miri.
KISAH SEMASA PENGGAMBARAN

Teringat masa mula-mula kami shooting. Anilov dan Michael pelakon. Juwita pengarah dan Fiona sebagai camera women. Ada satu babak tu aku kurang berpuas hati, sebab babak tu babak serius babak marah, tapi diorang budak-budak ni tak nampak macam marah, siap senyum-senyum je. Pengarah pun biarkan je. Last sekali "cut....!" jerit pengarah. Dia senyum cikgu. Aku pun cakap "sekali lagi kita kena shooting". Anilov pun balas "kenapa kena shooting lagi?" Jawab aku "sebab tak berapa nak menjadi, Juwita menambah "diorang siap senyum lagi cikgu" 

Budak-budak ni ingat sekali shooting ni kiranya dah jadi. "Kamu ingat drama dalam TV tu shooting sekali ke jadi???" Memang budak-budak ni ingat sekali shoot je jadi terus. Kena ulang balik. "Kamu senang la jadi pengarah, pegang kamera ambil video, kami ni susah berlakon." Marah si Anilov, alamak dah merajuk pelakon cikgu. Kalau pelakon merajuk susah penerbit. Hahaha. Kena la belanja ais krim Malaysia nak pujuk balik. 

Sebelum ini kami menggunakan skrip bahasa Melayu, kemudian kami tukar kepada Bahasa Iban dan Bahasa Kayan, skrip bahasa Iban dibantu oleh Guru Besar dan Adik Juwita. Kemudian bab bahasa Kayan ni yang paling susah. Tak boleh nak direct translate dari bahasa Melayu ke Bahasa Kayan, kami buat rujukan dengan orang-orang kampung Long Sepiling, sehinggalah skrip yang lengkap diperolehi. 
Picture
Picture
Picture
Selain daripada shoot video, part untuk merakam suara latar juga susah. Suara latar Anilov yang kami gunakan. Michael bantu untuk merekod audio dengan bantuan aku. Apa yang susahnya, kau nak kena ada "feel" kalau sedih kau kena baca dalam nada yang sedih, kalau kau ceritakan part yang gembira kau kena baca dalam mood yang gembira. Berkali-kali kena rekod sampai la jadi.
Video disebalik tabir KWN The Power of Hands
DUGAAN DEMI DUGAAN

Untuk hasilkan video durasi 5 minit bukan sesuatu yang mudah. Aku ingat lagi tarikh 31 Ogos, pada hari tu aku dan team KWN terpaksa shooting banyak scene. Kami berpanas dari pagi sampai ke petang, lepas tu aku yang teruk kena demam. Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk buat suntingan timbul pulak masalah teknikal, audio yang direkod ada yang mono dan stereo. Jadi video kalau pasang, kat speaker akan dengan kejap sebelah kiri kejap sebelah kanan. Stress. Hampir mengalah sampai terdetik dalam hati aku "hantar jelaaaaa"

Aku tak mengalah tetap hantar jugak, buat elok-elok, tapi abaikan la audio tu. Bila dah hantar, pihak Panasonic Malaysia info, CD yang kami hantar tu hancur. Remuk hati aku, penat. Tapi aku cepat-cepat burn CD dan minta bantuan cikgu Khalid untuk pos ke Miri. Pos ke Miri, bukannya dekat, ambil masa 6 jam untuk sampai ke sana.
HILANG SEGALA PENAT LELAH

Tak lama selepas itu, aku terima e-mail dari pihak penganjur, SK Long Sepiling telah terpilih untuk ke pertandingan Peringkat Kebangsaan. Alhamdulillah hilang segala rasa penat dan lelah kami. 
Picture
10 November 2016 tarikh yang sangat kami nanti-nantikan. Itulah pertama kali anak-anak murid aku menghadiri pertandingan di peringkat kebangsaan. Kami duduk di barisan hadapan sekali. Video kami disenaraikan antara yang terbaik. Pada mulanya kami dipanggil untuk menerima anugerah Skrip Terbaik dan kali kedua kami menaiki pentas untuk menerima Pemenang Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah. Syukur. Pada hari itu juga kami dimaklumkan oleh pihak penganjur yang kami akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Jepun pada tahun 2017.

SUKARNYA UNTUK MU
​

Perkara yang suka untuk aku beritahu, hanya seorang sahaja yang akan ke Tokyo bersama-sama seorang guru pengiring. Aku terangkan kepada anak-anak murid aku, terus terang. Supaya diorang tak de la rasa sedih dan kecewa. Jadi aku buat keputusan untuk pilih Michael, memandangkan dia belum pernah lagi naik pesawat dan belum pernah lagi jalan jauh. Yang lain-lain tu merasa dah naik belon. 
Picture
Picture
Kami diberi peluang untuk buat suntingan dan penambahbaikan. Masa tu aku, rombak balik jalan cerita dan aku gunakan peluang untuk baiki balik audio. Bukan senang la nak habaq untuk jadikan audio dari mono ke stereo, aku gunakan software dan setiap video klip terpaksa aku edit satu persatu sehingga la audio jadi stereo. Sebab tu la aku dapat hafal sebijik-sebijik skrip dalam video The Power of Hands, haha. Entah berapa ratus kali aku punya ulang main video. Biasanya daam hal ini,  aku perlukan bantuan dari anak murid tahun 5 Juwita dan Fiona, pendengaran diorang sangat tajam.

DARI SEPILING KE TOKYO
31 Julai tarikh yang amat aku nanti-nantikan. Itulah pengalaman pertama anak murid aku "Michael anak Nyamun" naik kapal terbang. Jauh, jauh meninggalkan kampung halamannya. Sebelum ini Michael tidak berkesempatan seperti kawan-kawan yang lain, Anilov, Fiona dan Juwita diorang dah pernah naik belon. Anilov kini dah bersekolah menengah, Juwita dan Fiona Tahun 6 dan akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Michael dan aku pergi ke Tokyo untuk mewakili Team KWN SK Long Sepiling. 

​Bersambung kisah perjalanan Michael ke Tokyo...
1 Comment

Pengalaman Bertugas di Sarawak

14/4/2017

31 Comments

 
"Sarawak tanah airku, negeriku tanah air ku Sarawak..."

Gema lagu Ibu Pertiwiku... Pagi Isnin yang hening, aku duduk ditepi sekali dekat dengan pintu, kadang-kadang aku melihat keluar, hijau pemandangan jauh dari kota...

Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun ke 3 aku berbakti di Bumi Kenyalang. Masa isi untuk memohon penempatan aku lansung tak mintak untuk mengajar di Sarawak, tapi semuanya ketentuan Allah s.w.t. Di awal perjalanan semestinya aku sangat teruja dan tak sabar-sabar nak menjejakkan kaki ke sekolah.


Tapi, bila dah sampai dan melalui hari pertama di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, tiba-tiba aku bermonolog; 
"boleh ke aku nak survive di sini?"

"Akui anih perah liveng, usi tek taban nep akui kuman... duduk jauh beribu batu, ayah di pusara ku tinggalkan, ibu seorang kasih ku kenang..."


Dulu boleh dikatakan tiap-tiap petang aku duduk termenung di tepi sungai, sambil layan sunset, sambil fikir bila nak beli tiket flight nak balik ke kampung. Hahaha. Itu cerita dulu, sekarang ni aku enjoy mengajar di Sarawak. Ada banyak benda yang aku ingin belajar.

Situasi di tempat kelahiran, Pulau Pinang sangat berbeza dengan keadaan di Sarawak yang majoritinya orang Kristian dan etnik yang tidak sama budaya dengan orang Melayu. Pernah dulu sebelum sampai ke Sarawak, ada orang cerita "kalau ke rumah panjang, kena paksa minum tuak..." 

Sekolah Kurang Murid

"Ya Allah ya Tuhanku, bagi la aku dapat posting ke sekolah yang budak tak ramai..."

Percaya atau tidak, tu antara doa aku, ternyata termakbul. Sekolah Kebangsaan Long Sepiling pada tahun 2017 ada 10 orang murid sahaja dari tahun 1 sehingga la tahun 6. Kelas tahun 1,3,4 dan 6 ada la 2 orang dan kelas tahun 5 cuma ada seorang je budak. Bila aku cerita kat orang yang ada 10 orang budak ramai yang cakap macam ni;


"seronoknya, senang nak ajar..."
"mesti tak stress kan, budak tak ramai..."
"10 orang je, ko ajar apa? Dah macam tuisyen la"
Picture
Sorang je anak murid tahun 5, memang macam tusyen kan
Tak dinafikan, pada mulanya aku fikir senang nak ajar kalau budak tak ramai, tapi sebenarnya aku silap. Budak ramai ke, budak tak ramai ke, kerjaya guru ni tetap ada cabarannya. Macam-macam perangai budak-budak, ada yang nak perhatian, kadang-kadang budak ni kuat merajuk sebab dia nak kita pujuk dia, mungkin dia kurang kasih sayang.

Mungkin ada kawan-kawan yang mengajar di sekolah kurang murid boleh memahami keadaan aku sekarang. Tambahan pula tuntutan pendidikan zaman sekarang yang nak KBAT, PdPc, PAK21 dan macam-macam lagi, aku kalau boleh tak nak anak-anak murid aku ketinggalan walaupun ada seorang je anak murid dalam kelas.


Read More
31 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart