CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Tahun 3 | Menukar unit ukuran panjang melibatkan meter dan sentimeter

26/3/2020

0 Comments

 
Video berikut menunjukkan kaedah untuk murid menukar unit ukuran panjang melibatkan meter dan sentimeter 
. Murid dapat hafal hubungan unit antara meter dan sentimeter tetapi tidak tahu operasi apa yang akan digunakan bagi menukar operasi meter kepada sentimeter. Tahun 3 murid belajar untuk enukar unit ukuran panjang melibatkan gabungan unit meter dan sentimeter.

0 Comments

AKTIVITI MATEMATIK PAK-21 - Mencipta Pembaris dengan Unit Sendiri

4/2/2019

0 Comments

 
Aktiviti mencipta Pembaris sendiri dengan unit sendiri.
Sebelum murid tahu gunakan pembaris, unit piawai, mereka perlu lalui pengalaman bagaimana orang zaman dahulu menggunakan ukuran bukan piawai dalam kehidupan seharian sehinggalah manusia mencipta pembaris.
​
Murid diperkenalkan dengan ukuran bukan piawai tak seragam seperti jengkal,kaki, dan hasta. Selepas mencatat ukuran, murid bandingkan ukuran.
Picture
Kemudian murid membandingkan ukuran objek yang dicatatkan pada jadual. Objek yang sama, unit ukuran yang sama, tetapi nilai ukuran yang dicatat tidak sama. Masalah dengan ukuran seperti yang dinyatakan ialah saiz jengkal setiap individu adalah berbeza."7 jengkal Cikgu tak sama dengan 7 jengkal saya... Jengkal Cikgu besar... Panjang..."
Picture
Picture
Picture
Bagaimana manusia mengatasi masalah ini. Jika di England sekitar abad ke-13, mereka menggunakan tubuh badan King Henry l sebagai rujukan. Bermula dari tengah hidung hingga ke ibu jari ketika tangan diluruskan, ia disebut 1 yard. Setelah menggunakan tubuh badan King Henry l sebagai rujukan, tidak ada lagi masalah, ukuran tidak sama panjang.

Kemudian murid diperkenalkan dengan unit bukan piawai seragam. Sejak dari Tahun 1 lagi murid sudah belajar mengukur panjang objek dengan menggunakan klip kertas atau duit syiling.
Picture
Picture
Picture
Masalah ukuran panjang objek tidak sama berjaya diatasi dengan menggunakan objek yang seragam sebagai ukuran. Tetapi, ada masalah baru timbul, tak kan setiap kali nak ukur panjang objek nak kena bawa pin, klip kertas yang banyak ke merata tempat semata-mata nak ukur.
​

Kemudian, murid gunakan objek seperti klip kertas, letak dan tanda pada objek, ulang dan ulang sehingga dapat ukurannya. Timbul idea untuk cipta alat yang dinamakan "pembaris". Murid cipta pembaris dengan menggunakan objek seperti klip kertas, cotton bud sebagai rujukan untuk hasilkan pembaris.
Picture
Picture
Picture
Picture
Murid gunakan pembaris tersebut untuk mengukur objek. Wah senang boleh dibawa ke mana-mana. Semasa murid mengukur, mereka dapati objek tidak sampai kesenggatan, contoh aktiviti sebentar tadi murid ukur lebar kerusi , ukurannya "5 lebih sikit"
Picture
Picture
Picture
Masalah baru timbul, kerana ukuran tidak tepat. Bagaimana untuk atasi masalah ini? "cikgu, buat la garis kecil mcm pembaris..." ini berdasarkan pengalaman murid melihat pembaris, tetapi tidak tahu fungsi sebenar garisan kecil atau disebut sebagai senggatan.
Picture
Murid kemudiannya membahagikan jarak antara 0 dan 1 kepada 10 bahagian yang sama saiz, sama jarak antara garisan, seperti pembaris. Maka dari sini wujudnya sistem perpuluhan ringkasan kepada penulisan pecahan persepuluh.

Kemudian, murid gunakan pembaris yang telah dibaiki ketepatan bacaannya. "lebar kerusi, 5 3/10 pengorek telinga cikgu..." atau 5.3 pengorek telinga.
Picture
Melalui aktiviti ini murid akan dapat mengukur dengan betul, faham fungsi senggatan, tahu hubungan unit (semasa buat senggatan murid dah dapat agak 0-1 sepuluh, 0-2 dua puluh) dan secara tidak langsung dapat menulis ukuran menggunakan sistem perpuluhan.
Picture
Picture
Picture
0 Comments

AKTIVITI MATEMATIK PAK-21 - MENCIPTA ALAT PENIMBANG

10/11/2018

0 Comments

 
Aktiviti Mencipta Alat Penimbang Berat Menggunakan Bahan Terpakai

Berat sering digunakan, namun istilah yang lebih tepat ialah jisim. Berat dipengaruhi oleh daya tarikan graviti dan unit SI bagi berat ialah Newton, N. 1kg bersamaan 9.81N. Jisim objek malar dan tidak dipengaruhi daya tarikan graviti. Unit SI bagi jisim adalah kg.

Daya tarikan graviti di permukaan bumi tidak sama. Tarikan graviti di kutub bumi lebih kuat berbanding di kawasan lain. Oleh sebab itu, sukatan 'berat' merujuk kepada jisim.
​
Sebelum murid belajar membaca skala pada timbangan, proses murid mengenal berat melalui pengalaman mereka:

(a) membandingkan secara lansung.
Pegang buku latihan dengan kamus, murid rasai sendiri objek. Murid menggunakan perbendaharaan kata seperti ringan dan berat untuk membuat perbandingan. Contohnya kamus lebih berat daripada buku latihan.
Picture
(b) membandingkan jisim objek dengan unit sebarang. Matematik sesuatu yang bersifat kuantitatif. Jika objek itu berat, berapa beratnya/jisim? Jika ringan, berapa ringan? Manusia pada zaman dahulu mula menggunakan objek lain sebagai rujukan untuk menentukan jisim objek.
​

Contohnya murid menyukat jisim pemadam menggunakan neraca dan duit syiling 10 sen sebagai unit rujukan. Berat pemadam bersamaan dengan 5 keping duit syiling 10 sen.
Picture

​(c) Menimbang dengan menggunakan unit piawai.
Dalam aktiviti ini saya gunakan "Slotted weight scale" 50g, 20g, 10g dan 5g bersama-sama neraca yang dihasilkan murid. Sebelum murid menggunakan slotted weight, murid membandingkan berat slotted weight dengan memegangnya, contoh sebelah tangan kanan 50g dan sebelah lagi 5g. Diharapkan ia dapat membantu murid menganggar jisim objek yang akan ditimbang.

Contohnya murid menyukat jisim 4 biji guli, murid memasukkan 1 keping 5g, dan masukkan lagi kepingan 5g sehingga neraca tersebut sama paras, tidak berat sebelah. Kemudian murid menimbang guli tersebut menggunakan penimbang kg(maksimum 1000g). Pada masa ini murid belajar melihat senggatan pada alat penimbang.
Picture
0 Comments
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart