Hari ini saya nak kongsikan video Matematik Tahun 4 pembelajaran mengenai tambah masa dan waktu tahun 4 yang melibatkan unit-unit berikut; (a) Hari dan Jam (b) Minggu dan Hari (c) Tahun dan Bulan (d) Dekad dan Tahun (e) Abad dan Tahun MATEMATIK TAHUN 4 | Masa dan Waktu | Hari dan JamMATEMATIK TAHUN 4 | Masa dan Waktu | Minggu dan HariMATEMATIK TAHUN 4 | Masa dan Waktu | Tahun dan BulanMATEMATIK TAHUN 4 | Masa dan Waktu | Dekad dan TahunMATEMATIK TAHUN 4 | Masa dan Waktu | Abad dan Tahun
1 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Division is one of the four basic operations of arithmetic. Before you learn about division method, you learn division as repeated substraction. Division, partition suggest dividing into parts or division as a measurement process. How to solve division problems (Long Division Method)How to solve division problems (Kaedah Pagar)Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dalam penulisan kali ini saya kongsikan video PdPc saya berkaitan dengan operasi melibatkan pecahan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah hari ini saya telah melaksanakan aktiviti anggaran untuk murid tahun 4 dan murid tahun 2. Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, kebanyakkan murid (a) susah untuk membuat anggaran dan (b) tidak tahu untuk menggunakan set rujukan untuk membuat anggaran. Selain daripada itu, aktiviti yang saya jalankan dahulu tidak membantu murid untuk memberi anggaran yang munasabah, kebanyakkanya hentam. Saya pernah menulis mengenai pengalaman saya mengajar murid menganggar di dalam buku terbitan saya. Menganggar mempunyai hubungkait dengan kemahiran murid boleh membilang secara berkumpulan, jadi PdPc kali ini saya menggunakan gambar rajah bagi membantu murid membuat hubungkait kemahiran membilang secara berkumpulan iaitu 2-2, 5-5, 4-4, 9-9 dan juga 3-3 dengan kemahiran menggunakan set rujukan untuk membuat anggaran. Pengetahuan sedia ada murid yang dapat membantu murid membuat aktiviti anggaran adalah kemahiran membilang seperti yang saya nyatakan serta kemahiran mengukur. Berikut merupakan lembaran aktiviti yang saya gunakan untuk membimbing murid membuat anggaran dengan menggunakan set rujukan. Berdasarkan pemerhatian saya semasa PdPc sedang berlansung saya perhatikan terdapat beberapa cara murid membuat anggaran. (1) membuat anggaran dengan cara membilang terlebih dahulu petak set rujukan, menggunakan jari atau pensel bagi memindahkan "ukuran" pada petak set rujukan ke petak kosong. (2) membuat lakaran garisan pada petak kosong (3) Hentam - bagi yang hentam, ni biar dia hentam. Contohnya, rujuk gambar slide 9, ada murid anggar 1 kad berwarna sudah mencukupi untuk menutup seluruh bahagian petak kosong. Layankan sahaja, tetapi buktikan apa yang mereka anggar "tidak munasabah" Untuk murid tahun 2, bimbing mereka membuat anggaran dengan menyatakan secara kualitatif iaitu "lebih", "lebih kurang" sebagaimana yang dinyatakan dalam DSKP, kemudian barulah membuat anggaran secara kuantitatif. Ini juga membantu murid untuk membuat anggaran yang munasabah. Alhamdulillah, murid-murid tahun 2 juga kebanyakkanya berjaya membuat anggaran dengan anggaran yang munasabah. Aktiviti di Dalam Kelas (1) Langkah pertama saya tayangkan slide (sama seperti gambar di atas, lembaran kerja aktiviti menganggar), murid cuba meneka -> menganggar. (2) Saya hanya paparkan petak kosong tanpa ada set rujukan (petak yang diisi dengan kotak berwarna). Dapatkah kamu anggarkan berapa kotak berwarna yang diperlukan untuk memenuhi petak kosong? Murid jawab susah. (3) Saya edarkan lembaran aktiviti, tapi saya tak edarkan petak berwarna, takut nanti murid tak gunakan kemahiran yang saya nyatakan untuk menganggar. (4) Selepas aktiviti menganggar, saya edarkan kotak berwarna, dan barulah murid potong dan tampal pada lembaran aktiviti, kemudian kira kuantiti sebenar serta bandingkan dengan kuantiti anggaran. (5) Murid berkongsi bagaimana mereka membuat anggaran. Ini penting supaya aktiviti yang dijalankan murid - murid menggunakan kemahiran yang seperti yang diharapkan. Di bawah ini gambar semasa aktiviti bersama-sama murid tahun 2, saya tak sempat nak ambil gambar sangat sebab nak kawal murid tahun 2 bukan senang ye. Alhamdulillah mereka dapat ikut PdPc dengan baik. Malah ada antara murid yang saya memang tak sangka, rupanya ada kemahiran menganggar dengan baik. Siap melompat bila dah kira kuantiti sebenar sama dengan kuantiti anggaran. Muat Turun Lembaran Kerja Aktiviti Menganggar Tahun 2 dan Tahun 4![]()
|
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |