JURNAL PEMBELAJARAN MATEMATIK Penambahan Anu Hari ini kami berbicang mengenai penambahan anu. Hari ini juga murid belajar cara untuk menyelesaikan masalah secara melalui penaakulan. Saya berikan ayat matematik 24 365 + B = 56 789 dan minta mereka selesaikan. 2/3 murid tambah 56 789 + 24 365 1/3 murid tambah guna kaedah cuba jaya sehingga dia dapat semua nilai B. Andaikan 24 365 + B = 56 789 A + B = C dan untuk cari B = C + A benar? Kami berbincang dekat 30 minit untuk soalan ini. Hasil perbincangan boleh rujuk jurnal terbaik salah seorang murid saya pada gambar pertama.
Hari ini penulisan jurnal murid dibimbing menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan perbincangan kami. Penambahbaikkan 1. Dari saya tulis pada papan putih, saya boleh cetak 5 kad Kad 1. 24 365 Kad 2. Simbol + Kad 3. B Kad 4. 56 789 2. Terfikir juga murid akan susun kad macam ini, 24 365 + 56 789 = B 56 789 + 24 365 = B B + 24 365 = 56 789 Tapi kalau seperti ini? B + 56 789 = 24 365 pun boleh jadi juga😂
0 Comments
Hari ini saya kongsikan dengan pembaca sekalian mengenai cara dan peringkat-peringkat untuk menyebut nombor mengikut tahap kesukaran. Pengetahuan sedia ada murid (a) Nilai nombor (b) Tahu kedudukan sesuatu nombor pada garis nombor dengan urutan yang betul. Peringkat-peringkat Menyebut Nombor Untuk menyebut angka, murid saya kata senang je cikgu. Tapi saya dah prepare dengan "level" atau tahap kesukaran ala macam main game la. Level 1 senang, level berikutnya makin susah. Sebelum itu, saya perkenalkan murid dengan carta nilai tempat. Berikut Merupakan Carta nilai tempat yang saya gunakan untuk membantu murid menyebut nombor dengan betul. Peringkat menyebut angka ini saya kenal pasti dari kesilapan yang selalu murid lakukan. Saya terangkan kepada mereka bagaimana nilai tempat boleh wujud salah satunya "Understanding Place Value" bab dalam Buku Understanding Mathematics for Young Children karya Derek Haylock dan Anne D. Cockburn. Kalau di pelajar IPG, saya belajar semasa tahun pertama ijazah. Saya kongsikan tips untuk ajar murid sebut angka boleh guna mula dari tahun 3. Peringkat 1 Saya mulakan dengan semua nilai tempat tiada angka "0" dan "1" ini kita akan gunakan untuk level seterusnya Contoh: (a) 234 765 (b) 987 345 Biasanya murid tak ada masalah untuk sebut melainkan mereka tak tahu nilai tempat Peringkat 2 Saya mula guna angka "1" tapi saya hanya letak pada nilai tempat ratus ribu dan ratus sahaja. Ada sebabnya. Contoh: (a) 156 378 (b) 124 167 Biasa murid akan sebut (a) satu ratus lima puluh enam ribu tiga ratus tujuh puluh lapan (b) satu ratus dua puluh empat ribu satu ratus enam puluh tujuh. Betulkan sebutan murid jika ada yang sebut seperti (a) dan (b) Peringkat 3 Saya akan gunakan digit 0 lebih dari 1 pada mana mana nilai tempat Contoh: (a) 103 453 (b) 200 205 Level ni ada juga murid yang terbabas ada yang akan sebut seperti ini (a) sepuluh tiga ribu empat ratus lima puluh tiga (b) dua ratus dua puluh lima Jika ada yang masih sebut seperti ini, gunakan carta nilai tempat, boleh rujuk buku teks matematik tahun 5. Ia sangat membantu kalau ada jelaskan angka ikut kumpulan. Peringkat 4 Ini paling best, saya gunakan digit 1 pada nilai tempat puluh ribu dan puluh Contoh: (a) 112 234 (b) 114 218 Ini ramai murid terbabas minggu lepas ada yang terkena, ramai yang tewas di level 4. Mereka sebut seperti ini (a) seratus satu puluh dua ribu dua ratus tiga puluh empat (b) seratus satu puluh empat ribu dua ratus satu puluh lapan. Jika ada kes seperti ini bimbing dengan ingatkan mereka cara menyebut nombor melibatkan "belas" tak kiralah jika digit 1 berada di nilai tempat puluh ribu atau puluh diikuti digit lain pada nilai tempat sa sama ada ribu atau sa, kita sebut "belas" Mengenal angka NOTA Mengenal angka kiranya boleh sebut dan menulis angka dengan betul. Berikut merupakan jenis-jenis kesilapan yang murid sering lakukan (a) ada sifar pada nilai tempat tertentu 50 122 Murid sebut sebagai x "lima puluh seratus dua puluh dua" ✔"lima puluh ribu seratus dua puluh dua" (b) melibatkan 1 pada nilai tempat puluh pada sebarang kumpulan, 32 211 x "tiga puluh dua ribu dua ratus satu puluh satu" ✔"tiga puluh dua ribu dua ratus sebelas" (c) salah eja😂 Nilai tempat "ribu" diperkenalkan bermula murid dari tahun 3. Saya pernah terbaca satu artikel mengenai nilai tempat, guru matematiknya tidak memperkenalkan terus kepada nilai tempat "ribu" Bagaimanakah caranya? Carta nilai tempat, berdasarkan buku Mathematics Scott Foresman.Addison Wesley Angka ini kelaskan mengikut "period" bermula dari (a) Ones Period (b) Thousands Period (c) Millions Period (d) Billion Period dan seterusnya... Setiap period ada nilai tempat yang sama dan berulang-ulang iaitu ones "sa", tens "puluh" dan hundreds "ratus" Jika anda rujuk buku teks Matematik bermula dari darjah mungkin anda perasan digit pada nilai tempat ribu dijarakkan sedikit. Contohnya 1 234 atau ada negara yang menggunakan tanda "," 1,234 Kemudian cuba tengok buku teks tahun 5 murid belajar hingga angka 1 000 000, angkanya ditulis seperti ini. 124 345, 124 berada pada "Thousands Period" 345 berada pada "Ones Period" Sebab itu 124 345 disebut sebagai Seratus dua puluh empat RIBU tiga ratus empat puluh lima. Untuk murid tahun 3 saya kenalkan carta nilai tempat dan ajar mereka sebut sampai Juta. Mula-mula mereka tak tahu nak sebut. Tapi bila diterangkan mengikut period atau saya sebut sebagai kumpulan, mereka boleh sebut dengan betul. Murid tahun 6 saya ajar sebut sehingga billion. Muat turun carta nilai tempat ![]()
Assalamualaikum dan Kembali bersua. Bismillahirahmanirrahim Cikgu ajar murid perpuluhan mengelirukan murid- Cikgu dalam artikel ini merujuk kepada "saya". Saya kongsikan pengalaman "saya" ketika berhadapan dengan murid yang keliru dengan tajuk perpuluhan. Saya ingin kongsikan pengalaman saya semasa mengajar tajuk perpuluhan terutamanya bermula murid masuk tahap 2 sehinggalah ke tahun 6. Beberapa faktor yang menyebabkan murid saya melakukan kesalahan adalah disebabkan "guru itu sendiri". Maksudnya saya sendiri laa. Penerangan yang saya sampaikan kepada murid menyebabkan murid keliru dan selain daripada itu, murid juga melihat nombor perpuluhan hanya nombor perpuluhan semata-mata, ia dicipta untuk menyusahkan. Hebat benar keluhan anak murid saya. Perpuluhan Bahagi PerpuluhanBahagi perpuluhan dengan perpuluhan merupakan kemahiran yang dipelajari semasa di tahun 6. Contoh soalan seperti di bawah, murid diminta untuk mencari hasil bahagi nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan. Perkara yang saya ajar ialah untuk membahagi nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan,"kamu kena ubah titik sampai boleh bahagi". Ada murid yang hanya menerima, tetapi yang tak boleh terima akan terus dibelengu persoalan "kenapa nak ubah titik perpuluhan?" Wah, dapat selesaikan soalan, namun ada murid yang masih tidak dapat menerima cara yang ditunjukkan. Penerangan di atas adalah penerangan secara prosedural. Ada cara yang boleh digunakan untuk menerangkan kepada murid dengan menggunakan bahan konkrit. Tapi saya tinggalkan dan saya anggap rakan pembaca ada terangkan semasa mengajar kemahiran pecahan wajar bahagi pecahan wajar, "kenapa ada jawapan nombor bulat?" 12/10 ÷ 2/100 = ( ada berapa 2/100 dalam 12/10) - kaedah bahagi pengukuran (boleh google mengenai measurement division ) Dengan menukarkan nombor perpuluhan kepada nombor pecahan, murid dapat menerima "mengapa perlu ubah titik perpuluhan?" (tukar perpuluhan kepada pecahan, darab nombor dengan 10,100 dan 100 dsb) semua kemahiran mereka dah belajar sebelum tahun 6. Darab Perpuluhan dengan PerpuluhanSebelum belajar operasi darab perpuluhan dengan perpuluhan, saya imbas balik apa yang saya ajar semasa penambahan perpuluhan dengan perpuluhan. Ya! Bila tambah nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan, susun ikut titik, atau ikut nilai tempat dengan betul! Siap marah lagi kat murid. Haha. Baiklah, bagaimana pula dengan pendaraban nombor perpuluhan dengan perpuluhan? Jawapan di atas benar Saya berhadapan dengan murid yang menyusun nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan yang lain mengikut nilai tempat. Kalau ikut operasi tambah, tak salah, dan memang itu yang saya ajar. Tapi kenapa "hukum" berubah, bila darab tak boleh nak susun ikut nilai tempat? Soal murid sambil garu kepala. Apa laaa cikgu ni... Kenapa hasil darab Salah? Cara yang benar, untuk pendaraban nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan abaikan nilai tempat. Penerangan operasi pendaraban nombor perpuluhan dengan perpuluhan dengan menukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan. Nampak lebih jelas operasi dan di mana titik perpuluhan perlu diletakkan pada jawapan.
Semuanya bersebab. Cuba kaitkan dengan apa yang murid pernah belajar. Kalau tak ingat. Hmmmm... Tajuk yang sangat mencabar untuk saya, kerana saya ada anak murid yang tidak boleh terima cara pengiraan tanpa sebab. Selain daripada itu, jika saya ajar cara prosedural tanpa mereka faham, susah untuk mereka ingat. Tetapi kalau mereka dah faham, pakailah kaedah apa pun, insyaAllah boleh jawab. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Salam Aidil Adha. Berminat untuk dapatkan buku "Murid Tanya, Cikgu Math Jawab" Sila isi borang pesanan goo.gl/forms/dckqeqzJUPmdNoMR2 OPERASI BERGABUNG TAHUN 5 Operasi Bergabung Darab dan Tambah Aktiviti murid untuk memahami urutan operasi bergabung
|
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |