CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

TAHUN 2 - LATIHAN TAMBAH (PKP_1)

24/3/2020

0 Comments

 
Muat turun latihan di sini
tahun_2_-_modul_latihan_penambahan__pkp_1_.pdf
File Size: 28 kb
File Type: pdf
Download File

Picture
0 Comments

Latihan Tambah Tahun 2

3/3/2020

0 Comments

 
Picture
latihan_tambah_tahun_2.pdf
File Size: 71 kb
File Type: pdf
Download File

0 Comments

Operasi Tambah

25/2/2020

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah sedar tidak sedar kita sudah pun berada di penghujung bulan Februari. Saya pun dah hampir 2 bulan berada di sekolah baru dengan pengalaman yang baru. Alhamdulillah, banyak yang saya dapat belajar terutamanya daripada anak-anak murid saya.
Picture
Picture
Kali ini saya menggunakan modul yang saya buat untuk penambahan. Saya sering melihat murid mengira terutamanya operasi tambah masih menggunakan jari malah ia berlarutan sehingga mereka di tahap 2. Bagi saya ia tidak salah, cuma ada kaedah lain yang dapat membantu mereka untuk mengira dengan lebih pantas dan tepat.

Mungkin anda pernah mendengar isitilah "make ten" atau jadikan 10, apa yang saya gunakan adalah dari penambahbaikkan dari "make ten" dengan menghasilkan modul yang tersusun dari awal sehingga murid boleh mengaplikasikan kemahiran menambah dengan cara ini. Alhamdulillah di sekolah lama saya, murid sudah pun mengira dengan pantas dan tepat tanpa menggunakan jari seawal tahun 2 lagi. 

Cuma di sekolah baru, saya baru saja memperkenalkan kaedah ini dan banyak perkara yang perlu saya perbaiki dari segi kandungan modul dan cara penyampaian saya. Hari ini saya menyampaikan kaedah ini kepada 2 kelas tahun 2 iaitu 2Y dan 2Z. Bagi saya yang paling berjaya penyampaian saya di kelas 2Z, kerana saya telah memperbaiki lagi penyampai selepas saya mengajar di 2Y. 

Sasaran saya ialah murid-murid yang sangat lemah dalam kemahiran operasi tambah lebih-lebih lagi yang melibatkan pengumpulan semula. Jadi hari ini, di kelas 2Z saya akan menyemak kerja murid-murid yang lemah terlebih dahulu. Paling penting, aspek kawalan kelas, jadi saya gunakan Teori Behaviorisme di dalam kelas. Hehe.

Bagaimana "Make 10" ini membantu murid?

Untuk menambah dengan menggunakan kaedah ini, pastikan murid mempunyai kemahiran subitizing. Ada satu artikel yang menyatakan bahawa haiwan juga mempunyai kemahiran dalam mengira, seperti kucing, yang dapat tahu jika seekor anaknya hilang. 

Apa itu Subitizing?
Subitizing is the ability to recognize a small group of objects without counting. It is a fundamental skill in the development of number sense.

Saya tidak jumpa isitilah dalam bahasa Melayu namun saya berpendapat ia dari perkataan "sub" yang dalam bahasa Melayu bermaksud 
Definisi : (dlm kata majmuk bererti) ba­hagian kecil drpd; separuh; di bawah: subtropika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kemahiran ini penting untuk membina kemahiran deria nombor. Semasa saya menjalankan aktiviti penambahan tadi, murid-murid yang menghadapi masalah penambahan adalah mereka yang lemah dalam kemahiran Subtizing. Contohnya ada dua situasi murid yang lemah

(a) jika ada 4 penutup botol, mereka perlu mengira satu persatu.
(b) Jika murid ini tidak mengira satu persatu, bilangan penutup botol yang mereka nyatakan salah.

Dua situasi di atas, telah saya jumpa pada murid saya semasa kelas hari ini. ​Murid-murid yang lemah akan mengira satu persatu berulang kali walaupun mereka tahu jika semua petak diisi dengan penutup botol maka bilangannya 10. 
Picture
Aktiviti Operasi Tambah (Dengan Mengumpul Semula)
Picture
Picture
Picture
Picture
Penambahan Mengumpul Semula

Fokus saya untuk kemahiran ini hanya melibatkan penambahan 2 nombor sahaja.
Pernah terfikir tak jawapan yang paling maksimum/minimum untuk penambahan mengumpul semula?
9 + 9 = 18 ( ini paling maksimum )
5 + 6 atau 6 + 5 = 11 ( ini paling minimum )


Jika di senaraikan 
9 + 9 = 18
9 + 8 = 17 sama dengan 8 + 9 = 17
9 + 7 = 16 sama dengan 7 + 9 = 16
9 + 6 = 15 sama dengan 6 + 9 = 15
9 + 5 = 14 sama dengan 5 + 9 = 14
9 + 4 = 13 sama dengan 4 + 9 = 13
9 + 3 = 12 sama dengan 3 + 9 = 12
9 + 2 = 11 sama dengan 2 + 9 = 11
(8 penambahan mengumpul semula dengan 9)

8 + 8 = 16
8 + 7 = 15 sama dengan 7 + 8 = 15
8 + 6 = 14 sama dengan 6 + 8 = 14
8 + 5 = 13 sama dengan 5 + 8 = 13
8 + 4 = 12 sama dengan 4 + 8 = 12
8 + 3 = 11 sama dengan 3 + 8 = 11
(6 penambahan mengumpul semula dengan 8)

7 + 7 = 14
7 + 6 = 13 sama dengan 6 + 7 =13
7 + 5 = 12 sama dengan 5 + 7 =12
7 + 4 = 11 sama dengan 4 + 7 =11

(4 penambahan mengumpul semula dengan 7)

6 + 6 = 12
6 + 5 = 11 sama dengan 5 + 6 =11
(2 penambahan mengumpul semula dengan 6)


Kesimpulannya hanya 20 pasangan nombor bagi hasil tambah lebih besar dari 10 ( penambahan dengan mengumpul semula). 

Bagaimana Operasi Tambah dengan Cara "Make 10"?

​
Kaedah menambah ini boleh digabungkan dengan kemahiran murid belajar mengenai kombinasi nombor, terutamanya kombinasi 2 nombor yang menghasilkan jawapan 10. 

Contoh penambahan

9 + 6 = 15
Dengan menggunakan penutup botol murid akan susun seperti berikut 9 penutup botol bahagian atas, berwarna kuning dan 6 penutup botol di bawah pada bahagian warna merah 

[gambar]
Bahagian atas, warna kuning bagaimana murid boleh jadikan bahagian atas bilangan penutup botol bersamaan dengan 10? Bimbing murid untuk gerakkan 1 penutup botol dari bawah pada bahagian berwarna merah, iaitu dari 6.

ini bermaksud

9 + 6 = 15
(9 + 1) + (6 -1 ) = 15 
6 beri 1 penutup botol pada 9.
Modul Penambahan 
Picture
Penutup botol yang saya kumpulkan sampai 500 biji penutup botol minuman, supaya murid-murid tidak berkongsi bahan. 
Picture
Picture
Picture

Strategi Operasi Tambah "Make 10"

0 Comments

AKTIVITI MATEMATIK PAK21 - Penyelesaian masalah tambah

17/6/2019

0 Comments

 
Picture
JURNAL PEMBELAJARAN MATEMATIK
Pada hari ini saya tidak minta untuk murid tulis apa yang mereka belajar, saya berikan jurnal berbentuk penyelesaian masalah tambah. Murid akan catat penyelesaian masalah melibatkan operasi tambah  yang mereka fikir dan buat.

Sebarang aktiviti yang dirancang perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.


Syaratnya:
(1) nombor yang terhasil mestilah nombor 4 digit.
(2) digit pada petak tidak boleh menggunakan nombor yang sama berulang kali.
Hasil tugasan tersebut saya akan kongsikan nanti😊
Tapi sebelum itu kami mulakan aktiviti membina 2 nombor 4 digit. Kemudian tambah Kedua-dua nombor tersebut tanpa sebarang syarat.

Berdasarkan pemerhatian saya,
(1) jawapan murid melebihi 10 000.
(2) aktiviti ini mudah, murid hanya menambah nombor yang dihasilkan sahaja.

Cadangan penambahbaikkan
(1) buat soalan seperti jurnal penyelesaian masalah (Gambar 1)
(2) syarat untuk menghasilkan nombor - satu nombor boleh ada digit yang sama.
(3) untuk meningkatkan aras kesukaran, syarat (2) ditukar, kedua-dua nombor tidak boleh mempunyai digit yang sama.
Picture
Picture
0 Comments
<<Previous
    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart