Assalamualaikum dan Kembali bersua. Bismillahirahmanirrahim Cikgu ajar murid perpuluhan mengelirukan murid- Cikgu dalam artikel ini merujuk kepada "saya". Saya kongsikan pengalaman "saya" ketika berhadapan dengan murid yang keliru dengan tajuk perpuluhan. Saya ingin kongsikan pengalaman saya semasa mengajar tajuk perpuluhan terutamanya bermula murid masuk tahap 2 sehinggalah ke tahun 6. Beberapa faktor yang menyebabkan murid saya melakukan kesalahan adalah disebabkan "guru itu sendiri". Maksudnya saya sendiri laa. Penerangan yang saya sampaikan kepada murid menyebabkan murid keliru dan selain daripada itu, murid juga melihat nombor perpuluhan hanya nombor perpuluhan semata-mata, ia dicipta untuk menyusahkan. Hebat benar keluhan anak murid saya. Perpuluhan Bahagi PerpuluhanBahagi perpuluhan dengan perpuluhan merupakan kemahiran yang dipelajari semasa di tahun 6. Contoh soalan seperti di bawah, murid diminta untuk mencari hasil bahagi nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan. Perkara yang saya ajar ialah untuk membahagi nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan,"kamu kena ubah titik sampai boleh bahagi". Ada murid yang hanya menerima, tetapi yang tak boleh terima akan terus dibelengu persoalan "kenapa nak ubah titik perpuluhan?" Wah, dapat selesaikan soalan, namun ada murid yang masih tidak dapat menerima cara yang ditunjukkan. Penerangan di atas adalah penerangan secara prosedural. Ada cara yang boleh digunakan untuk menerangkan kepada murid dengan menggunakan bahan konkrit. Tapi saya tinggalkan dan saya anggap rakan pembaca ada terangkan semasa mengajar kemahiran pecahan wajar bahagi pecahan wajar, "kenapa ada jawapan nombor bulat?" 12/10 ÷ 2/100 = ( ada berapa 2/100 dalam 12/10) - kaedah bahagi pengukuran (boleh google mengenai measurement division ) Dengan menukarkan nombor perpuluhan kepada nombor pecahan, murid dapat menerima "mengapa perlu ubah titik perpuluhan?" (tukar perpuluhan kepada pecahan, darab nombor dengan 10,100 dan 100 dsb) semua kemahiran mereka dah belajar sebelum tahun 6. Darab Perpuluhan dengan PerpuluhanSebelum belajar operasi darab perpuluhan dengan perpuluhan, saya imbas balik apa yang saya ajar semasa penambahan perpuluhan dengan perpuluhan. Ya! Bila tambah nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan, susun ikut titik, atau ikut nilai tempat dengan betul! Siap marah lagi kat murid. Haha. Baiklah, bagaimana pula dengan pendaraban nombor perpuluhan dengan perpuluhan? Jawapan di atas benar Saya berhadapan dengan murid yang menyusun nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan yang lain mengikut nilai tempat. Kalau ikut operasi tambah, tak salah, dan memang itu yang saya ajar. Tapi kenapa "hukum" berubah, bila darab tak boleh nak susun ikut nilai tempat? Soal murid sambil garu kepala. Apa laaa cikgu ni... Kenapa hasil darab Salah? Cara yang benar, untuk pendaraban nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan abaikan nilai tempat. Penerangan operasi pendaraban nombor perpuluhan dengan perpuluhan dengan menukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan. Nampak lebih jelas operasi dan di mana titik perpuluhan perlu diletakkan pada jawapan.
Semuanya bersebab. Cuba kaitkan dengan apa yang murid pernah belajar. Kalau tak ingat. Hmmmm... Tajuk yang sangat mencabar untuk saya, kerana saya ada anak murid yang tidak boleh terima cara pengiraan tanpa sebab. Selain daripada itu, jika saya ajar cara prosedural tanpa mereka faham, susah untuk mereka ingat. Tetapi kalau mereka dah faham, pakailah kaedah apa pun, insyaAllah boleh jawab. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Salam Aidil Adha. Berminat untuk dapatkan buku "Murid Tanya, Cikgu Math Jawab" Sila isi borang pesanan goo.gl/forms/dckqeqzJUPmdNoMR2
8 Comments
Mega Mat Taib
3/9/2017 12:48:10 pm
Penerangan yg amat jelas dan mudah difahami
Reply
Nour Hanis Nabilah
3/9/2017 04:51:47 pm
Tq..atas penerangan di atas
Reply
A
4/9/2017 02:00:46 am
Very good
Reply
Faizah
5/9/2017 05:56:11 pm
Awesome!!! congrats.
Reply
Kamarudin
9/9/2017 05:04:43 pm
Good sharing
Reply
Good
10/9/2017 03:56:53 pm
Good shraing
Reply
Noraini
12/4/2018 08:40:35 am
Mumtaz!!!
Reply
Izmir charkuetiau
18/5/2020 11:06:56 pm
Hang memang power wan..aku pun dah lupa topik ni.
Reply
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |