Dari Sepiling ke Tokyo, tak pernah aku terbayang untuk bawa anak-anak murid di pedalaman melihat dunia luar sejauh ini. Kejayaan ini merupakan titik permulaan untuk kami mencipta kejayaan lain, tidak kira kecil atau besar ia bakal mencoretkan kenangan manis buat anak-anak SK Long Sepiling setelah mereka meninggalkan sekolah. Begitu juga dengan kami guru-guru, setelah kami dipanggil pulang ke kampung halaman, ia akan meninggalkan kenangan yang sangat manis buat kami. Pertama kali aku mendapat Surat tertera "Anda di tempatkan di SK Long Sepiling" tak dapat aku bayangkan pada masa itu apa yang bakal aku lalui. Tahun 2015 boleh aku katakan SK Long Sepiling mula mengorak langkah dengan kami menyertai pertandingan Young Change Maker dibawah bimbingan Cikgu Fadhli. Walaupun kami tidak menang tetapi persembahan adik Anilov Fabien Tingang telah membuka mata beberapa pihak NGO. Anak murid SK Long Sepiling, bukan tak tahu, cuma mereka tak berpeluang dan tak ada pengalaman. The Power of Hands membawa anak-anak murid kami dari Pedalaman (Sekolah Kebangsaan Long Sepiling) Ke Tokyo. Dalam perjalanan ini, apa yang aku belajar adalah untuk percaya pada diri sendiri dan percaya yang anak-anak murid aku juga boleh. Mudah-mudahan ada antara mereka yang akan jadi TV producer. Amin. IDEA CERITA THE POWER OF HANDS Team kami terdiri daripada Cikgu Fadli, Aku, Anilov Fabien Tingang, Juwita, Fiona dan Michael. Idea untuk cerita KWN aku dan Cikgu Fadli. Kami mencari ilham sama-sama di tepi Sungai Tinjar. Hasilnya ada 2 story board yang kami hantar kepada Panasonic iaitu, "Hear My Voice" dengan tema Enviroment dan "The Power of Hands" dengan tema komunikasi. Akhirnya cerita The Power of Hands terpilih dan SK Long Sepiling dijemput untuk ke Nilai Spring Resort. Hanya seorang guru dan 2 orang murid dijemput untuk menghadiri training. Itu lah pengalaman pertama anak-anak murid aku Juwita dan Fiona naik kapal terbang. Aku teringat masa mula pergi ke KWN Training di Nilai Spring Resort, hanya sekolah kami sahaja yang dari pedalaman. Kami dikeliling oleh sekolah yang hebat-hebat.Nak kata aku pandai bab-bab shooting, memang tak pandai. Tapi aku cuba untuk buat yang terbaik, cari info di laman-laman web berkaitan KWN bawa balik dan berkongsi dengan rakan guru dan murid. Dari situlah aku belajar teknik shooting. Masa di IPG dulu pun aku pernah belajar teknik shooting dalam subjek Teknologi dalam Pendidikan. Ini kali pertama murid-murid belajar teknik shooting. Diorang menonton video dan tunjukkan macam mana pergerakkan video untuk dapatkan shoot seperti yang diorang perhatikan. Juwita dan Fiona diberi peluang untuk masuk ke cockpit. Terima Kasih kepada Malaysia Airlines Berhad yang beri layanan VIP kepada kami semasa bertolak daripada Miri ke KL dan daripada KL ke Miri. KISAH SEMASA PENGGAMBARAN Teringat masa mula-mula kami shooting. Anilov dan Michael pelakon. Juwita pengarah dan Fiona sebagai camera women. Ada satu babak tu aku kurang berpuas hati, sebab babak tu babak serius babak marah, tapi diorang budak-budak ni tak nampak macam marah, siap senyum-senyum je. Pengarah pun biarkan je. Last sekali "cut....!" jerit pengarah. Dia senyum cikgu. Aku pun cakap "sekali lagi kita kena shooting". Anilov pun balas "kenapa kena shooting lagi?" Jawab aku "sebab tak berapa nak menjadi, Juwita menambah "diorang siap senyum lagi cikgu" Budak-budak ni ingat sekali shooting ni kiranya dah jadi. "Kamu ingat drama dalam TV tu shooting sekali ke jadi???" Memang budak-budak ni ingat sekali shoot je jadi terus. Kena ulang balik. "Kamu senang la jadi pengarah, pegang kamera ambil video, kami ni susah berlakon." Marah si Anilov, alamak dah merajuk pelakon cikgu. Kalau pelakon merajuk susah penerbit. Hahaha. Kena la belanja ais krim Malaysia nak pujuk balik. Sebelum ini kami menggunakan skrip bahasa Melayu, kemudian kami tukar kepada Bahasa Iban dan Bahasa Kayan, skrip bahasa Iban dibantu oleh Guru Besar dan Adik Juwita. Kemudian bab bahasa Kayan ni yang paling susah. Tak boleh nak direct translate dari bahasa Melayu ke Bahasa Kayan, kami buat rujukan dengan orang-orang kampung Long Sepiling, sehinggalah skrip yang lengkap diperolehi. Selain daripada shoot video, part untuk merakam suara latar juga susah. Suara latar Anilov yang kami gunakan. Michael bantu untuk merekod audio dengan bantuan aku. Apa yang susahnya, kau nak kena ada "feel" kalau sedih kau kena baca dalam nada yang sedih, kalau kau ceritakan part yang gembira kau kena baca dalam mood yang gembira. Berkali-kali kena rekod sampai la jadi. Video disebalik tabir KWN The Power of Hands DUGAAN DEMI DUGAAN Untuk hasilkan video durasi 5 minit bukan sesuatu yang mudah. Aku ingat lagi tarikh 31 Ogos, pada hari tu aku dan team KWN terpaksa shooting banyak scene. Kami berpanas dari pagi sampai ke petang, lepas tu aku yang teruk kena demam. Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk buat suntingan timbul pulak masalah teknikal, audio yang direkod ada yang mono dan stereo. Jadi video kalau pasang, kat speaker akan dengan kejap sebelah kiri kejap sebelah kanan. Stress. Hampir mengalah sampai terdetik dalam hati aku "hantar jelaaaaa" Aku tak mengalah tetap hantar jugak, buat elok-elok, tapi abaikan la audio tu. Bila dah hantar, pihak Panasonic Malaysia info, CD yang kami hantar tu hancur. Remuk hati aku, penat. Tapi aku cepat-cepat burn CD dan minta bantuan cikgu Khalid untuk pos ke Miri. Pos ke Miri, bukannya dekat, ambil masa 6 jam untuk sampai ke sana. HILANG SEGALA PENAT LELAH Tak lama selepas itu, aku terima e-mail dari pihak penganjur, SK Long Sepiling telah terpilih untuk ke pertandingan Peringkat Kebangsaan. Alhamdulillah hilang segala rasa penat dan lelah kami. 10 November 2016 tarikh yang sangat kami nanti-nantikan. Itulah pertama kali anak-anak murid aku menghadiri pertandingan di peringkat kebangsaan. Kami duduk di barisan hadapan sekali. Video kami disenaraikan antara yang terbaik. Pada mulanya kami dipanggil untuk menerima anugerah Skrip Terbaik dan kali kedua kami menaiki pentas untuk menerima Pemenang Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah. Syukur. Pada hari itu juga kami dimaklumkan oleh pihak penganjur yang kami akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Jepun pada tahun 2017. SUKARNYA UNTUK MU Perkara yang suka untuk aku beritahu, hanya seorang sahaja yang akan ke Tokyo bersama-sama seorang guru pengiring. Aku terangkan kepada anak-anak murid aku, terus terang. Supaya diorang tak de la rasa sedih dan kecewa. Jadi aku buat keputusan untuk pilih Michael, memandangkan dia belum pernah lagi naik pesawat dan belum pernah lagi jalan jauh. Yang lain-lain tu merasa dah naik belon. ![]() Kami diberi peluang untuk buat suntingan dan penambahbaikan. Masa tu aku, rombak balik jalan cerita dan aku gunakan peluang untuk baiki balik audio. Bukan senang la nak habaq untuk jadikan audio dari mono ke stereo, aku gunakan software dan setiap video klip terpaksa aku edit satu persatu sehingga la audio jadi stereo. Sebab tu la aku dapat hafal sebijik-sebijik skrip dalam video The Power of Hands, haha. Entah berapa ratus kali aku punya ulang main video. Biasanya daam hal ini, aku perlukan bantuan dari anak murid tahun 5 Juwita dan Fiona, pendengaran diorang sangat tajam. DARI SEPILING KE TOKYO 31 Julai tarikh yang amat aku nanti-nantikan. Itulah pengalaman pertama anak murid aku "Michael anak Nyamun" naik kapal terbang. Jauh, jauh meninggalkan kampung halamannya. Sebelum ini Michael tidak berkesempatan seperti kawan-kawan yang lain, Anilov, Fiona dan Juwita diorang dah pernah naik belon. Anilov kini dah bersekolah menengah, Juwita dan Fiona Tahun 6 dan akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Michael dan aku pergi ke Tokyo untuk mewakili Team KWN SK Long Sepiling.
Bersambung kisah perjalanan Michael ke Tokyo...
1 Comment
shaz
24/10/2017 04:09:25 pm
Assalam Cikgu,
Reply
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |