CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Disebalik Rangkaian Nombor Tahun 1

8/4/2017

7 Comments

 

Saya akan berkongsi dengan anda tentang bagaimana saya mengajar  rangkaian nombor untuk tahun 1. Untuk pengetahuan rakan-rakan guru sekalian, anak murid tahun 1 saya dua orang je. Jadi dalam kelas tu tak de la riuh rendah.

Jom kita teliti SK dan SP 

Standard Kandungan
1.5 Rangkaian Nombor

Standard Pembelajaran
1.5.1 Membilang nombor.
1.5.2 Melengkapkan sebarang rangkaian nombor.

Untuk mengajar tentang rangkaian nombor, pengetahuan sedia ada murid ialah murid boleh mengira dengan betul menggunakan bahan konkrit dan mengenal simbol nombor.

 Catatan yang terdapat pada DSKP
Membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat secara tertib menaik dan menurun dengan menggunakan pelbagai objek, gambar dan garis nombor. 

Peringkat-peringkat Mengajar Rangkaian Nombor
Berdasarkan catatan pada DSKP, saya merancang untuk membahagikan PdPc ini kepada beberapa peringkat iaitu

Pertama : Membilang  menggunakan bahan konkrit
Kedua : Membilang menggunakan bahan konkrit dan piktorial (Murid kira kemudian tulis nombor)
Ketiga : Menggunakan gambar rajah (pada peringkat ini saya memperkenalkan garis nombor)
Keempat : Membilang berdasarkan simbol nombor sahaja (garis nombor)

Saya mulakan dengan membilang mengikut tertib menaik terlebih dahulu.

Aktiviti Mengajar Rangkaian Nombor

Aktiviti Peringkat Pertama (Konkrit) :
Aktiviti pertama saya memberikan murid blok dienes dan menyuruh murid menyatakan bilangan blok diens. Berdasarkan pemerhatian saya, murid membilang blok dienes satu per satu. Murid dapat membilang satu-satu dengan baik. Kemudian saya menyoal murid "ada tak cara lain untuk membilang dengan lebih cepat?" Pelbagai jawapan yang mereka berikan antaranya

a) cakap laju-laju, sebut satu, dua, tiga empat cepat-cepat (aduhai la anak murid ku)
b) kita ambil la macam dua-dua kira (jawapan ini yang saya dapat dari anak murid perempuan saya)

Berdasarkan idea yang diberikan oleh murid saya, mereka mengubah cara mengira dengan cara dua-dua. Tidak dinafikan pada peringkat awal, murid masih lagi terpaksa membilang blok diens dengan menyebut satu persatu ' satu... dua... tiga... empat..." Tetapi idea membilang secara dua-dua murid dapat mengaplikasikannya dengan mengambil  dua-dua blok diens dan membilang blok-blok tersebut.

Aktiviti Peringkat Kedua :
Murid membilang blok dienes dan menulis nombor. Pada peringkat ini murid menulis nombor mengikut bilangan blok dienes 2,4 dan seterusnya.

Picture

Aktiviti Peringkat Ketiga (Piktorial) :
​Menggunakan gambar rajah (pada peringkat ini saya memperkenalkan garis nombor). Bahan-bahan yang saya gunakan semasa menjalankan aktiviti ini ialah gunting, gam, gambar sekumpulan objek (2 gambar bunga, 4 gambar mee, 5 gambar burger dan 10 gambar buah epal). Bukan saja-saja pilih ye, ada sebabnya tu. Murid menggunting gambar dan menampal gambar pada garis nombor. Selepas menampal gambar tersebut murid akan menulis berapa bilangan gambar yang telah ditampal.

Picture

Jika diteliti semula catatan pada DSKP ​murid membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat. Pada aktiviti gunting tampal ini saya perhatikan anak murid saya tidak lagi membilang gambar tersebut selepas mereka melengkapkan 2,4,6,8 dan 10. Kedua murid saya menulis 12,14,16,18,20,22 dan seterusnya tanpa membilang satu persatu. Begitu juga semasa mereka melengkapkan rangkaian nombor lima-lima, sepuluh-sepuluh.

Agenda Tersembunyi 


Saya menyoal anak murid saya bagaimana kamu melengkapkan rangkaian nombor tanpa kamu mengira?

Respon yang diberikan "cikgu cuba tengok nombor dia ulang-ulang macam membilang lima-lima, nombor 5 dengan 0 dia ulang-ulang"

Saya menyoal lagi "bagaimana dengan membilang dua-dua dan sepuluh-sepuluh"

Respon mereka "sama cikgu, kalau bilang dua-dua lepas 10 dia ulang balik nombor 2,4,6,8 tu yang saya salin macam ni cikgu...lepas 10, saya tulis 1, saya salin 2...jadi 12, saya tulis 1 saya salin 4... jadi 14."

Picture

Saya dapati anak murid saya yang ni yang buat kerja menyalin, patut la dia cepat siap. 

Aktiviti Peringkat Ketiga (Abstrak) :
Pada peringkat ini nak menguji sama ada berkesan atau tidak aktiviti pengajaran saya yang sebelum ini. Sebelum murid belajar untuk melengkapkan rangkaian nombor, saya imbas kembali dengan aktiviti gunting dan tampal, kemudian barulah mereka melengkapkan rangkaian nombor.

a) rangkaian nombor membilang dua-dua : bermula dengan 2
b) rangkaian nombor membilang lima-lima : bermula dengan 5
c) rangkaian nombor membilang sepuluh-sepuluh : bermula dengan 10
d)  rangkaian nombor membilang empat-empat : bermula dengan 4

Jadi disebalik membilang nombor dan melengkapkan rangkaian nombor bagi membilang secara dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat ada sesuatu yang tersembunyi. Secara tidak langsung, aktiviti yang saya buat berulang-ulang kali menyebabkan murid saya berjaya mengenal pasti pola-pola yang terbentuk semasa mereka membilang secara dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat.

a) rangkaian nombor membilang dua-dua : 2,4,6,8,10,12,14,16,18,20,22
nombor 2,4,6,8 dan 0 berulang mengikut turutan

b) rangkaian nombor membilang lima-lima : 5,10,15,20,25,30,35,40
0 dan 5 berulang mengikut turutan

c) rangkaian nombor membilang sepuluh-sepuluh : 10,20,30,40,50,60,70,80
hanya tambah 0

d)  rangkaian nombor membilang empat-empat : 4,8,12,16,20,24,28,32,36
4,8,2,6 dan 0 juga berulang tetapi tidak mengikut turutan yang teratur seperi membilang dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat.

Untuk anak murid tahun satu, istilah atau perkataan yang mereka ada sangat terhad. Contohnya murid saya menyatakan,

"sama cikgu, kalau bilang dua-dua lepas 10 dia ulang balik nombor 2,4,6,8 tu yang saya salin macam ni cikgu...lepas 10, saya tulis 1, saya salin 2...jadi 12, saya tulis 1 saya salin 4... jadi 14."

Mungkin tak salah untuk saya perkenalkan perkataan "pola" kepada murid saya.

​Pola - Nombor-nombor yang disusun dalam corak tertentu dikenali sebagai urutan (sequence). Corak urutan nombor (number sequence) boleh ditentukan dengan menambah, menolak, mendarab atau membahagikan ‘nombor dalam urutan yang sebelumnya’, dengan bilangan/nombor-nombor tertentu.

Saya ada terbaca satu kajian iaitu tentang Multi Sensory Activity. Dalam kajian tersebut ada menyatakan kebaikan jika guru menjalankan aktiviti yang banyak melibatkan Multi Sensory.  Multi Sensori melibatkan lebih dari 2 deria contohnya melihat, mendengar dan merasa (menggunakan tangan). Ia dapat menggalakan murid untuk membina pemikiran yang sistematik untuk menggambarkan sebarang nombor. Pada masa yang sama ia dapat membina bahasa matematik yang akan digunakan dalam menyelesaikan masalah.

Menarik bukan? Mungkin ada rakan-rakan guru yang berpengalaman di sini dan saya amat mengalu-alukan sebarang komen, idea atau pendapat. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.

7 Comments
Cikgu Titin
8/4/2017 04:04:55 pm

Terbaik cikgu.. mengajar rangkaian nombor ni memang agak susah sikit untuk murid tahun 1 apalagi murid kelas lemah

Reply
Cikgu Saffuan
8/4/2017 04:36:55 pm

Ya, saya setuju dengan pendapat cikgu... saya pun mengambil masa yang lama untuk mengajar rangkaian nombor, susah nak jelaskan kepada murid terutamanya murid tahun 1 yang baru mengenal nombor...

Reply
Puspa
8/4/2017 04:48:30 pm

terima kasih sbb beri gambaran cara nk ajar rangkaian no...tp boleh saya tahu berapa lama murid cg ambil untuk dpt menguasai /kenalpasti pola no tu...adakah mereka dpt kenalpasti pola tu dlm satu sesi pdp...

Reply
Cikgu Saffuan
8/4/2017 04:52:05 pm

saya mengambil masa yang lama dalam 2 minggu... pada mulanya saya mula mengajar rangkaian nombor tanpa menggunakan apa-apa bahan...

seterusnya saya ubah cara mengajar, benda yang sama saya sampaikan pada pelajar cuma pendekatan yang saya gunakan berbeza
- gunakan blok dienes
-guna lego
-gunakan blok dienes dan murid tulis
-gunakan gambar
-gunakan nombor sahaja...

pola yang berjaya murid kenal pasti bukan berlaku dalam satu pdp..

Reply
Muzlin
8/4/2017 06:15:05 pm

Saya baru masuk tjuk ni minggu lps..kena ulg lagi sb murid tak berapa fhm..terima ksih ats perkongsian

Reply
AGNESS NYADANG
14/11/2018 10:05:25 am

Sangat membantu ni cikgu, terima kasih atas perkongsian ini, saya bukan cikgu, tapi saya struggle sangat bab mengajar anak2 di rumah. Penulisan cikgu ni sangat membantu dan saya akan cuba buat aktiviti ini dengan anak2. Terima kasih cikgu.

Reply
KHADIJAH ZAKARIA
20/4/2020 01:27:56 pm

T.kasih atas nota. Cara cikgu memudahkan saya mengajar anak saya semasa PKP. Sesungguhnya susah sekiranya tiada guru untuk mengajar.

Reply



Leave a Reply.

    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart