Dalam dunia ini ada ramai guru malah sesiapa sahaja boleh menjadi guru. Tetapi guru yang bagaimana? Adakah sekadar pergi sekolah kemudian pulang. Adakah kita sebagai guru mengajar bersama-sama "roh" seorang guru? Adakah anak-anak murid kita dapat merasakan naluri seorang guru yang mengajar dan mendidik dengan penuh kasih sayang? Alhamdulillah, hari ini saya sempat mendengar perkongsian daripada Cikgu Samuel Isaiah. Cikgu Samuel pernah memenangi anguerah antaranya Ikon PAK-21. Saya kagum dengan beliau sebab sepanjang perkongsian beliau apa yang saya nampak dan boleh pelajari antaranya (1) Setiap program/intervensi ada nama - bagi saya ia akan nampak lebih jelas lagi apa yang saya lakukan. Tapi saya percaya Cikgu Sam buat yang terbaik. (2) Ada penilaian dan eviden, boleh tengok macam mana cara Cikgu Sam buat. (3) Beliau PECAYA dengan apa yang dilakukan kerana dia ada buat research, pembacaan, kertas kerja dan ada evidens! Cikgu Sam juga menggalakkan guru untuk membaca dan expose yourself. Kenapa perlu expose kerana perlu mendapatkan kritikan dan bimbingan daripada orang lain. Cikgu Sam berkata beliau pada awalnya tidak mempunyai hala tuju seperti sebahagian guru yang masing-masing mempunyai sasaran. Namun bagi saya apa yang beliau lakukan berfokus dan JELAS. Dalam segala hal yang kita lakukan fikirkanlah "murid" itu keutamaan kita sebagai seorang guru! Akhir sekali pesanan beliau buat semua guru-guru di Malaysia Don't Kejar AWARD, Go kejar your KIDS! Sempat Cikgu Sam menambah diruangan komen! Mungkin saya terlupa.
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |