Guru yang banyak berfikir dari murid! - Perkongsian Dr. Ihsan Ismail Ketua Pusat STEM Negara23/3/2020 Syukur hari ketiga saya mengikuti sesi perkongsian secara atas talian dan hari ini saya sempat mendengar sesi perkongsian bersama Dr. Ihsan Ketua Pusat STEM Negara. Moderator hari ini merupakan Ikon Pendidikan yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Hailmi. Lebih menarik lagi, sesi Webinar pada hari ini siap ada Kahoot! oleh Cikgu Aman. Kalau ada hadiah mesti lagi menarik! Hehe. LATAR BELAKANG PUSAT STEM NEGARA Bermula pada tahun 2017 yang digerakan oleh MOSTI. Di Malaysia juga telah wujud Akademi Sains yang turut sama-sama membantu untuk menggerakan Pendidikan STEM di Malaysia.Malaysia mula bergerak untuk mempromosikan pendidikan STEM bermula 2017, pada tahun 2018 KPM meneruskan usaha untuk meluaskan inisiatif STEM di Malaysia. MURID KURANG MINAT DENGAN SAINS DAN MATEMATIK "Isu utama di kebanyakkan sekolah di Malaysia bilangan murid yang berminat dengan Sains Tulen dan Matematik menunjukkan pengurangan." Trend pengurangan ini bukan sahaja di Malaysia, malah di negara lain seperti Amerika Syarikat. Masa kini kita berada di era IR4.0 dan negara memerlukan murid yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang sains dan matematik. KENAPA PERLU STEM? Anak-anak perlu disediakan dengan pendidikan yang "berbeza" bagi memenuhi keperluan tenaga kerja pada masa akan datang. Antara kemahiran yang diperlukan ialah pemikiran analitikal dan mempunyai kemahiran boleh melaksanakan inovasi. Elemen PAK-21 sememangnya ada dalam Pendidikan STEM. Kenapa Pendidikan menjadi platform utama? Kesedaran dan minat perlu dipupuk bermula dari peringkat sekolah. Oleh sebab itu KPM mula mengorak langkah untuk merangka strategi dan apa yang perlu dilakukan. Pendidikan dilihat sesuai untuk menjadikan platform utama memupuk minat murid terhadap STEM bermula dari peringkat rendah lagi. (1) Tingkatkan kesedaran murid, guru, ibu pada dan orang awam tentang kepentingan STEM. (2) Pembelajaran masih lagi berorientasi peperiksaan, murid hilang minat. (3) Perlu ada bahan berkaitan dengan STEM. (4) Pusat STEM menjadi pusat pengumpulan bahan berkaitan dengan STEM. USAHA PUSAT STEM Antara usaha Pusat STEM dengan melaksanakan program kesedaran atau aktiviti berikut: ICSTEM Kolokium Pendidikan STEM Indeks STEM - Murid IBSE IBME STEMEC Tahun ini STEM4ALL melibatkan pelbagai latar belakang. Selain daripada itu wujud Kolaborasi antara Agensi dengan Sekolah Luar Bandar/Pedalaman seperti Yayasan Petronas dan keutamaan diberikan kepada sekolah yang murid B40 sekolah rendah dan menengah. PEMBELAJARAN SECARA INKUIRI Pusat STEM memberikan penekanan pembelajaran secara ikuiri. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri menggunakan model 5E iaitu Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate melalui aktiviti secara hands-on supaya murid seronok dan belajar sesuatu yang bermakna. Namun wujud kekangan kerana ada guru yang nak melaksanakan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Fokus kini lebih juga kepada subjek Matematik Tambahan, Reka Bentuk Teknologi dan Pra-Sekolah. APA SUMBANGAN SUBJEK BUKAN STEM? Penglibatan bukan hanya melibatkan guru subjek STEM tetapi juga melibatkan guru subjek lain seperti Bahasa Malaysia atau Pendidikan Islam. Perlaksanaan kolaborasi yang menekankan kemahiran murid boleh menerangkan, berkomunikasi dengan baik memerlukan bimbingan dari guru Bahasa Melayu. Betapa penting juga sumbangan subjek lain dalam memberikan sumbangan kepada subjek STEM. SOALAN MENARIK! "apakah langkah-langkah yang diambil oleh Pusat STEM untuk murid-murid berkeperluan khas selaras dengan PPPM yang mensasarkan "No one left behind"? Pusat STEM sudah mengadakan program untuk murid berkeperluan khas. Pada tahun ini Pusat STEM akan melibatkan guru dan murid berkeperluan khas dengan lebih meluas lagi melalui program STEM4ALL. Dr Ihsan berkata, kebanyakkan sekolah sudah pun melaksanakan program berkaitan dengan STEM berbanding tahun sebelum ini. Pusat STEM sangat komited untuk turun padang ke sekolah bagi menyokong program STEM di sekolah. GURU YANG BANYAK BERFIKIR DARI MURID "Adakah bilangan pelajar bidang STEM semakin kurang kerana sukatan yang terlalu susah? cth di peringkat sek rendah soalannya dah macam tahap menengah. Pelajar jadi tidak minat bila soalan terlalu susah dan result semakin teruk." Murid tidak dapat menjawab soalan-soalan KBAT. Apabila murid diberikan soalan KBAT guru yang banyak membimbing untuk menjawab soalan secara latih tubi. Akhirnya guru yang banyak berfikir dari murid! Dr Ihsan mengulas bahawa minat murid berkurang disebabkan oleh penyampaian PdPc guru yang mementingan "Chalk and Talk". HARAPAN KETUA PUSAT STEM NEGARA Dr Ihsan berharap agak semua guru di Malaysia terus komited untuk melaksanakan pendidikan bermakna dan menyeronokkan di sekolah. "Biar sampai murid demam pun rasa nak pergi sekolah disebabkan seronok belajar..." Buatlah perubahan yang sedikit dalam pengajaran, perubahan yang sedikit akan memberikan perubahan besar buat anak-anak murid.
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |