Hari ini kami jalankan aktiviti menganggar dengan menggunakan alatan yang ada di dalam bilik darjah. Murid dibimbing untuk menganggar dengan menggunakan set rujukan.
Apa itu set rujukan? Set rujukan yang kita tahu kuantitinya dan dapat membantu membuat anggaran. Contohnya "jika saya memandu kereta dengan kelajuan lebih kurang 80km/j dan perjalanan saya dari Miri ke Bintulu mengambil masa 3 jam maka jarak perjalanan saya lebih kurang 240km" 80km/j itu adalah set rujukan. Langkah 1 Memperkenalkan set rujukan adalah menganggar tanpa set rujukan. Pada masa ini saya sediakan sebekas pen dan murid di minta untuk menganggar bilangan pen. Anggaran yang dibuat adalah munasabah. Langkah 2 Menganggar tanpa set rujukan dengan bilangan atau kuantiti yang sangat banyak. Saya gunakan lebih kurang 160 biji manik. Ini saya punya trick dan ada sebabnya saya tak gunakan set rujukan. Tanpa set rujukan, anggaran murid berikan ada yang munasabah dan ada yang tidak. Anggaran berada dalam julat yang sangat besar. Agak sukar untuk menganggar tanpa set rujukan! Langkah 3 Ok kali ini saya sediakan set rujukan dengan bantuan murid. 100 biji manik diisi dalam bekas A (sebagai set rujukan). Kemudian saya tuang lagi, separuh daripada bekas set rujukan di dalam Bekas B. Kemudian saya perhatikan murid, dengar apa yang mereka katakan, yang gunakan perkataan "kurang daripada" bekas ini "macam separuh" Yes!!! Kemudian saya minta murid tuliskan anggaran masing-masing pada papan putih. Cuba bandingkan julat anggaran "tanpa set rujukan" dan "dengan set rujukan". Murid kira bilangan manik dan plot anggaran pada garis nombor untuk melihat anggaran yang munasabah. Langkah 4. Saya hanya memanipulasikan bilangan manik sahaja ada set untuk menganggar kurang daripada set rujukan dan ada set untuk menganggar lebih dari set rujukan. Saya masih gunakan garis nombor untuk membandingkan nilai sebenar dan anggaran. KESIMPULAN Hari ini murid belajar menganggar dengan set rujukan. Beberapa perkataan diperkenalkan seperti "munasabah". Ada murid yang menggunakan perkataan yang mereka pernah belajar di tahun 1 seperti "separuh" malah perkataan seperti "ngam" atau tepat pun ada murid gunakan Penambahbaikkan 1. Esok saya akan sediakan stick note, dan mereka akan tulis nilai anggaran dan akan ditampal pada garis nombor papan putih. Kemudian bandingkan dengan kuantiti sebenar. Tujuannya untuk mengelakkan murid tiru jawapan kawan. 2. Sebelum menganggar minta murid untuk bandingkan dengan set rujukan dengan menggunakan perkataan seperti "lebih daripada" "kurang daripada" atau "lebih kurang" sebelum menulis nilai anggaran.
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |