CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • SUKAN MEMANAH

Konsep Darab yang tiba tiba viral-Apa yang boleh kita pelajari?

21/7/2017

0 Comments

 
(Ini post saya di FB)
Picture
Konsep Darab Yang Tiba tiba viral

Konsep darab diperkenalkan mulai tahun 1 lagi (KSSR Semakan). Boleh rujuk DSKP, 2.0 Operasi Asas, Standard Kandungan 2.5 Tambah berulang, Standard Pembelajaran 2.5.1 Menulis ayat matematik tambah berulang dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat. Kemudian rujuk pada bahagian catatan, gunakan objek, gambar dan garis nombor.Memahami tambah berulang sebagai konsep darab.
Picture
Picture
Konsep asas pendaraban dimulakan dengan penambahan berulang kali contohnya 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10. Contoh boleh rujuk Buku Teks Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Jilid 1 muka surat 57. Setelah penambahan berulang kali diperkenalkan, murid dibimbing untuk menggunakan simbol darab 5x2=10. 5 mewakili kumpulan dan 2 pula bilangan ahli atau kumpulan x ahli = jumlah objek.

5x2=10 dan 2x5=10 ya kedua-dua jawapan tersebut sama! Untuk faham dengan lebih lanjut, boleh rujuk Buku Teks Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan muka surat 60 dan 61. Pada muka surat 60 terdapat 2 contoh yang menjelaskan 4x2 = 8 sama dengan 2x4=8. Nak lebih clear rujuk pada Nota Guru “Bimbing murid melakukan simulasi yang melibatkan kumpulan objek untuk menunjukkan bahawa hasil darab adalah sama walaupun kedudukan nombor yang didarab berubah”
Picture
Picture
Picture
Jangan lupa, konsep darab juga melibatkan susunan “baris dan lajur” sebagai mana yang dijelaskan pada muka surat 61. Contoh dalam buku teks melibatkan cara susunan bola pingpong. Boleh rujuk buku ye, murid dah tahu bilangan bola pingpong cuma yang dibincangkan adalah susunan yang berbeza 5 baris dengan setiap baris ada 2 biji pingpong (5x2=10) dan 2 baris dengan setiap baris ada 5 biji pingpong (2x5=10). Rujuk nota guru, bimbing murid melakukan simulasi yang melibatkan lajur dan baris untuk menunjukkan operasi darab dengan menggunakan nombor berbeza tetapi memberi hasil darab yang sama.
​
Contoh pada muka surat 61 menerangkan apa yang disebut sebagai “The commutative property of multiplication states that two numbers can be multiplied in either order.” Commutative property beri pendedahan kepada murid bahawa 5x2=10 dan 2x5=10 memberikan jawapan yang sama. Jadi tak ada la murid yang akan kata “6 x 8 tak sama dengan 8 x 6). Hasil darab sama turut diterangkan dalam buku teks Matematik Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Jilid 1 berdasarkan situasi yang berbeza (rujuk buku teks Matematik Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Jilid 1 muka surat 55)

Picture
Contoh tersebut juga boleh dikembangkan bagi melatih murid berfikir untuk menyelesaikan masalah. Contoh Adam ada 12 biji gula-gula, berapa cara Adam boleh bungkus gula-gula tersebut ke dalam plastik?
Ada banyak kemungkinan jawapan, 
a) 1 x 12 = 12 (1 Bungkus plastik dalamnya ada 12 biji gula-gula)
b) 2 x 6 = 12 (2 Bungkus plastik dengan setiap bungkus ada 6 biji gula-gula)
c) 3 x 4 = 12 (3 Bungkus plastik dengan setiap bungkus ada 4 biji gula-gula)
d) 4 x 3 = 12 (4 Bungkus plastik dengan setiap bungkus ada 3 biji gula-gula)
e) 6 x 2 = 12 (6 Bungkus plastik dengan setiap bungkus ada 2 biji gula-gula)
f) 12 x 1 = 12 (12 Bungkus plastik dengan setiap bungkus ada 1 biji gula-gula)
Kesimpulannya,
(1) Konsep darab diperkenalkan sebagai penambahan berulang kali
(2) Kumpulan x Ahli = jumlah objek
(3) Murid belajar commutative property (tidak dinyatakan), konsep pendaraban diperluaskan lagi dengan cara susunan contohnya seperti melakukan simulasi yang melibatkan lajur dan baris.
(4) Peringkat 3 boleh digunakan oleh guru sebagai aktiviti penyelesaian masalah yang melibatkan situasi dalam kehidupan seharian mereka.

Apa yang boleh kita pelajari?
​

Berdasarkan gambar yang tular ada yang mempertikaikan kenapa jawapan tersebut salah? Ada yang berpendapat tidak patut murid diajar "kumpulan x ahli = jumlah objek", "ahli x kumpulan = jumlah objek" pun memberikan jawapan yang sama. Meletakkan tanda "pangkah" pada jawapan murid dianggap tidak adil (saya tidak menyalahkan guru tersebut ye). Saya pun berbuat perkara yang sama.

Rugi jika saya berpendapat idea saya sahaja yang tepat, jadi saya membuat beberapa rujukan dan ada sedikit idea yang saya boleh kongsikan idea untuk mengajar darab dengan rakan-rakan pembaca sekalian. Rakan-rakan boleh semak DSKP bermula dari tahun 1 KSSR semakan. Pastikan murid ada tahu membilang satu-persatu atau ada kemahiran "subitizing" 
Picture
Sumber: ​http://playtolearnpreschool.us/wp-content/uploads/2014/12/Picture1-1024x495.png
(1) Membilang secara berkumpulan 2-2, 5-5,10-10 dan 4-4 ada ditekankan semasa murid di tahun 1 lagi. (bacaan lanjut boleh klik di sini)
Picture
Picture
(2) Kemudian pengetahuan yang diperolehi murid secara membilang dikembangkan lagi ke kemahiran penambahan berulang kali, juga di ajar pada murid tahun 1. Penambahan berulang kali juga sama seperti membilang secara berkumpulan 2-2, 5-5,10-10 dan 4-4. Dinyatakan pada catatan "tambah berulang sebagai konsep darab". Ini merupakan pengetahuan yang kita sediakan untuk murid ke peringkat seterusnya iaitu belajar mengenai operasi darab yang mereka akan pelajari di tahun 2 nanti (kita tunggu DSKP Semakan Tahun 2 2018)
Picture
(3) Kumpulan darab Ahli ke Ahli darab kumpulan. Ok baiklah, cuba kita abaikan dulu yang mana perlu dahulu kumpulan atau ahlinya, bukan ahlil nujum pak belalang ye. Cuba gunakan pengetahuan sedia ada murid dalam membilang objek tak kisah la membilang 1-1,2-2,5-5 atau 4-4. Lihat cara mereka membilang. Lihat contoh gambar di bawah. Tidak ada petak yang membataskan jawapan mereka.
Picture
Picture
Kesimpulannya, ilmu Allah ini sangat luas sebenarnya. Tak kira walau siapa pun kita, ilmu perlu dicari, bukan senang nak pikul tanggungjawab untuk ajar anak-anak murid. Apa-apa pun kita cuba terima dengan hati yang terbuka, tak semestinya idea saya betul, mungkin pandangan rakan-rakan juga ada betulnya. Tengok berapa ramai yang dapat hikmah dari "viral" kumpulan darab ahli, mungkin ada orang yang tak tahu, akhirnya dapat belajar sesuatu. Semoga Allah berikan hikmah ilmu-Nya kepada kita semua ye. Amin.
0 Comments



Leave a Reply.

    SUPPORT US
    JOM BERI SUMBANGAN KEPADA PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER
    Picture

    Picture

    Arkib

    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Masa
    Nilai Tempat
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    PENULISAN JURNAL
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Teknologi Dalam Pendidikan
    TOPIK

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • SUKAN MEMANAH