Memperkenalkan anggaran kepada Murid Tahun 1 (Aktiviti, refleksi dan cadangan penambahbaikan10/6/2017 Boleh ke tahun 1 belajar menganggar? Rasa macam susah dan saya fikir bagaimana hendak kaitkan anggaran dengan kehidupan seharian. Supaya murid belajar anggaran dan ia memberi "makna" kepada mereka. Semasa mengajar anggaran (rujuk gambar di bawah) saya menilai semula PdPc yang saya lakukan memandangkan murid kelihatan sukar untuk menganggar. Jom tengok apa penambahbaikan yang saya lakukan. Gambar di bawah sebelum saya buat penambahbaikan ye. Cuma perkongsian PdPc yang saya jalankan. Kemudian lepas PdPc saya buat rujukan semula 2 buah buku, buku teks Singapura dan buku teks Malaysia. Saya dapati idea untuk mengajar anggaran boleh dikaitkan dengan apa yang murid telah belajar. Ia bertujuan untuk memberi pengalaman baru "belajar anggaran" dengan mengaitkan apa yang murid telah belajar, supaya ia dapat membantu murid guna, gabung dan memperoleh ilmu baharu.
Saya dapati tidak sesuai untuk saya "perkenalkan" anggaran dengan "objek yang bertindan atau bertindih" seperti yang saya lakukan.
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |