Kali ini saya banyak berfikir untuk jadikan aktiviti pengukuhan untuk pola sebagai sesuatu yang menarik. Untuk anak-anak murid saya di sini kebanyakkan mereka susah nak kenal pasti perubahan pada simbol nombor contohnya, pola menaik 10-10, contohnya 345, 355, 365, 375, 385... Penyelesaiannya saya gunakan gambar rajah untuk mewakili angka tersebut. Memandangkan murid sudah biasa dengan simbol yang saya gunakan, Kotak Segi Empat Sama (Ungu) = 100 Kotak Segi Empat Tepat (Merah) = 10 Kotak Segi Empat Sama (Biru) = 1 Warna tersebut saya pilih berdasarkan warna mata wang negara kita, RM100 warna ungu, RM10 warna merah dan RM1 warna biru. Langkah 1 - Warming up mengenai pola melalui aktiviti tepuk tangan ala-ala kompang, dan mengenal pasti jujukan corak secara putaran. Berdasarkan pembacaan saya pola ini ada pelbagai jenis (1) pola berulang-ulang contohnya 1,2,1,2,1,2,1,2,1,2 (2) aritmetik contohnya 2,4,6,8,10,12,14 (3) geometrik contohnya 2,4,8,16,32,64,128,256 Untuk sekolah rendah, murid belajar mengenai pola aritmetik bermula dari tahun 2, mengenal pasti dan melengkapkan pola mudah. Berdasarkan lembaran yang saya gunakan, ia merupakan pola yang mudah untuk dikenal pasti ada pola yang menaik atau menurun 100-100, 10-10 dan 1-1. Berdasarkan pemerhatian selepas saya melaksanakan PdPc di Kelas 2B banyak aspek yang perlu saya antaranya ialah (1) Lembaran kerja yang mengelirukan. Gambar dalam entry ini dah saya perbaiki (2) Arahan yang diberikan. Di sebabkan lembaran saya yang agak mengelirukan ada murid yang membaca pola bentuk dari atas ke bawah dan bukannya dari kiri ke kanan. Oleh sebab itu, penambahbaikkan yang saya lakukan, saya buat seperti garis nombor dan letak arrow menunjukkan ke arah akan. Untuk PdPc esok berikut merupakan aspek penambahbaikkan yang saya akan laksanakan di kelas 2A (1) Baca pola dari kiri ke kanan (2) Cuba lihat, adakah ia berkurang atau semakin bertambah (3) Apakah yang sama? sa, puluh atau ratus? (4) Apa yang berubah, bertambah atau berkurang? sa, puluh atau ratus? (5) Apakah nombor yang seterusnya? Pada kelas yang sebelumnya saya pernah menyoal seorang murid bagaimanakah cara dia mengenal pasti pola yang berikutnya, anak murid saya ini gunakan perkataan "tumbuh" Kebetulan perkataan ini pernah saya baca di dalam sebuah buku Understanding Mathematics for Young Children, antara kandungan dalam buku tersebut adalah mengenai "growth pattern" "A linear growing pattern is a pattern that increases or decreases by a constant difference. For example: In this linear growing pattern, each row is one greater than the previous row. Kindergarteners reinforce their understanding and ability to reason about counting numbers through examples of growing patterns." Hari ini saya kongsikan lembarannya, InsyaAllah nanti saya kongsikan dapatan PdPc bagi kelas esoknya ye. Lembaran Aktiviti![]()
1 Comment
Mus
11/2/2021 10:46:56 am
Mohon pinjam gambar. TQ
Reply
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |