Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah sedar tidak sedar kita sudah pun berada di penghujung bulan Februari. Saya pun dah hampir 2 bulan berada di sekolah baru dengan pengalaman yang baru. Alhamdulillah, banyak yang saya dapat belajar terutamanya daripada anak-anak murid saya. Kali ini saya menggunakan modul yang saya buat untuk penambahan. Saya sering melihat murid mengira terutamanya operasi tambah masih menggunakan jari malah ia berlarutan sehingga mereka di tahap 2. Bagi saya ia tidak salah, cuma ada kaedah lain yang dapat membantu mereka untuk mengira dengan lebih pantas dan tepat. Mungkin anda pernah mendengar isitilah "make ten" atau jadikan 10, apa yang saya gunakan adalah dari penambahbaikkan dari "make ten" dengan menghasilkan modul yang tersusun dari awal sehingga murid boleh mengaplikasikan kemahiran menambah dengan cara ini. Alhamdulillah di sekolah lama saya, murid sudah pun mengira dengan pantas dan tepat tanpa menggunakan jari seawal tahun 2 lagi. Cuma di sekolah baru, saya baru saja memperkenalkan kaedah ini dan banyak perkara yang perlu saya perbaiki dari segi kandungan modul dan cara penyampaian saya. Hari ini saya menyampaikan kaedah ini kepada 2 kelas tahun 2 iaitu 2Y dan 2Z. Bagi saya yang paling berjaya penyampaian saya di kelas 2Z, kerana saya telah memperbaiki lagi penyampai selepas saya mengajar di 2Y. Sasaran saya ialah murid-murid yang sangat lemah dalam kemahiran operasi tambah lebih-lebih lagi yang melibatkan pengumpulan semula. Jadi hari ini, di kelas 2Z saya akan menyemak kerja murid-murid yang lemah terlebih dahulu. Paling penting, aspek kawalan kelas, jadi saya gunakan Teori Behaviorisme di dalam kelas. Hehe. Bagaimana "Make 10" ini membantu murid? Untuk menambah dengan menggunakan kaedah ini, pastikan murid mempunyai kemahiran subitizing. Ada satu artikel yang menyatakan bahawa haiwan juga mempunyai kemahiran dalam mengira, seperti kucing, yang dapat tahu jika seekor anaknya hilang. Apa itu Subitizing? Subitizing is the ability to recognize a small group of objects without counting. It is a fundamental skill in the development of number sense. Saya tidak jumpa isitilah dalam bahasa Melayu namun saya berpendapat ia dari perkataan "sub" yang dalam bahasa Melayu bermaksud Definisi : (dlm kata majmuk bererti) bahagian kecil drpd; separuh; di bawah: subtropika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Kemahiran ini penting untuk membina kemahiran deria nombor. Semasa saya menjalankan aktiviti penambahan tadi, murid-murid yang menghadapi masalah penambahan adalah mereka yang lemah dalam kemahiran Subtizing. Contohnya ada dua situasi murid yang lemah (a) jika ada 4 penutup botol, mereka perlu mengira satu persatu. (b) Jika murid ini tidak mengira satu persatu, bilangan penutup botol yang mereka nyatakan salah. Dua situasi di atas, telah saya jumpa pada murid saya semasa kelas hari ini. Murid-murid yang lemah akan mengira satu persatu berulang kali walaupun mereka tahu jika semua petak diisi dengan penutup botol maka bilangannya 10. Aktiviti Operasi Tambah (Dengan Mengumpul Semula) Penambahan Mengumpul Semula Fokus saya untuk kemahiran ini hanya melibatkan penambahan 2 nombor sahaja. Pernah terfikir tak jawapan yang paling maksimum/minimum untuk penambahan mengumpul semula? 9 + 9 = 18 ( ini paling maksimum ) 5 + 6 atau 6 + 5 = 11 ( ini paling minimum ) Jika di senaraikan 9 + 9 = 18 9 + 8 = 17 sama dengan 8 + 9 = 17 9 + 7 = 16 sama dengan 7 + 9 = 16 9 + 6 = 15 sama dengan 6 + 9 = 15 9 + 5 = 14 sama dengan 5 + 9 = 14 9 + 4 = 13 sama dengan 4 + 9 = 13 9 + 3 = 12 sama dengan 3 + 9 = 12 9 + 2 = 11 sama dengan 2 + 9 = 11 (8 penambahan mengumpul semula dengan 9) 8 + 8 = 16 8 + 7 = 15 sama dengan 7 + 8 = 15 8 + 6 = 14 sama dengan 6 + 8 = 14 8 + 5 = 13 sama dengan 5 + 8 = 13 8 + 4 = 12 sama dengan 4 + 8 = 12 8 + 3 = 11 sama dengan 3 + 8 = 11 (6 penambahan mengumpul semula dengan 8) 7 + 7 = 14 7 + 6 = 13 sama dengan 6 + 7 =13 7 + 5 = 12 sama dengan 5 + 7 =12 7 + 4 = 11 sama dengan 4 + 7 =11 (4 penambahan mengumpul semula dengan 7) 6 + 6 = 12 6 + 5 = 11 sama dengan 5 + 6 =11 (2 penambahan mengumpul semula dengan 6) Kesimpulannya hanya 20 pasangan nombor bagi hasil tambah lebih besar dari 10 ( penambahan dengan mengumpul semula). Bagaimana Operasi Tambah dengan Cara "Make 10"? Kaedah menambah ini boleh digabungkan dengan kemahiran murid belajar mengenai kombinasi nombor, terutamanya kombinasi 2 nombor yang menghasilkan jawapan 10. Contoh penambahan 9 + 6 = 15 Dengan menggunakan penutup botol murid akan susun seperti berikut 9 penutup botol bahagian atas, berwarna kuning dan 6 penutup botol di bawah pada bahagian warna merah [gambar] Bahagian atas, warna kuning bagaimana murid boleh jadikan bahagian atas bilangan penutup botol bersamaan dengan 10? Bimbing murid untuk gerakkan 1 penutup botol dari bawah pada bahagian berwarna merah, iaitu dari 6. ini bermaksud 9 + 6 = 15 (9 + 1) + (6 -1 ) = 15 6 beri 1 penutup botol pada 9. Modul Penambahan Penutup botol yang saya kumpulkan sampai 500 biji penutup botol minuman, supaya murid-murid tidak berkongsi bahan. Strategi Operasi Tambah "Make 10"
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |