CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Pengalaman Bertugas di Sarawak

14/4/2017

31 Comments

 
"Sarawak tanah airku, negeriku tanah air ku Sarawak..."

Gema lagu Ibu Pertiwiku... Pagi Isnin yang hening, aku duduk ditepi sekali dekat dengan pintu, kadang-kadang aku melihat keluar, hijau pemandangan jauh dari kota...

Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun ke 3 aku berbakti di Bumi Kenyalang. Masa isi untuk memohon penempatan aku lansung tak mintak untuk mengajar di Sarawak, tapi semuanya ketentuan Allah s.w.t. Di awal perjalanan semestinya aku sangat teruja dan tak sabar-sabar nak menjejakkan kaki ke sekolah.


Tapi, bila dah sampai dan melalui hari pertama di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, tiba-tiba aku bermonolog; 
"boleh ke aku nak survive di sini?"

"Akui anih perah liveng, usi tek taban nep akui kuman... duduk jauh beribu batu, ayah di pusara ku tinggalkan, ibu seorang kasih ku kenang..."


Dulu boleh dikatakan tiap-tiap petang aku duduk termenung di tepi sungai, sambil layan sunset, sambil fikir bila nak beli tiket flight nak balik ke kampung. Hahaha. Itu cerita dulu, sekarang ni aku enjoy mengajar di Sarawak. Ada banyak benda yang aku ingin belajar.

Situasi di tempat kelahiran, Pulau Pinang sangat berbeza dengan keadaan di Sarawak yang majoritinya orang Kristian dan etnik yang tidak sama budaya dengan orang Melayu. Pernah dulu sebelum sampai ke Sarawak, ada orang cerita "kalau ke rumah panjang, kena paksa minum tuak..." 

Sekolah Kurang Murid

"Ya Allah ya Tuhanku, bagi la aku dapat posting ke sekolah yang budak tak ramai..."

Percaya atau tidak, tu antara doa aku, ternyata termakbul. Sekolah Kebangsaan Long Sepiling pada tahun 2017 ada 10 orang murid sahaja dari tahun 1 sehingga la tahun 6. Kelas tahun 1,3,4 dan 6 ada la 2 orang dan kelas tahun 5 cuma ada seorang je budak. Bila aku cerita kat orang yang ada 10 orang budak ramai yang cakap macam ni;


"seronoknya, senang nak ajar..."
"mesti tak stress kan, budak tak ramai..."
"10 orang je, ko ajar apa? Dah macam tuisyen la"
Picture
Sorang je anak murid tahun 5, memang macam tusyen kan
Tak dinafikan, pada mulanya aku fikir senang nak ajar kalau budak tak ramai, tapi sebenarnya aku silap. Budak ramai ke, budak tak ramai ke, kerjaya guru ni tetap ada cabarannya. Macam-macam perangai budak-budak, ada yang nak perhatian, kadang-kadang budak ni kuat merajuk sebab dia nak kita pujuk dia, mungkin dia kurang kasih sayang.

Mungkin ada kawan-kawan yang mengajar di sekolah kurang murid boleh memahami keadaan aku sekarang. Tambahan pula tuntutan pendidikan zaman sekarang yang nak KBAT, PdPc, PAK21 dan macam-macam lagi, aku kalau boleh tak nak anak-anak murid aku ketinggalan walaupun ada seorang je anak murid dalam kelas.

CORETAN SEPANJANG 2 TAHUN DI BUMI KENYALANG.

Sepanjang 2 tahun ni banyak kenangan yang mewarnai perjalanan aku sebagai seorang guru. 
Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Tinjar, Kampung Long Sepiling, Baram. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid, jumlah keseluruhan murid sekolah ini hanya 9 orang sahaja. Latar belakang murid rata-ratanya terdiri daripada Orang Kayan dan Orang Iban. Aku tinggal di Kuaters yang terletak dalam kawasan sekolah.

Alhamdulillah walaupun terletak di kawasan pedalaman, bekalan elektrik di sini 24 jam. Bekalan air pula bergantung pada air hujan yang disimpan di dalam tangki. Line telefon tak jadi masalah, kalau nak bercakap tu kena la cari port yang cun. Line internet pakai internet sekolah, kalau pakai celcom dapat la 2G. Bagi aku aku sangat suka sekolah ni!

Elektrik pula bergantung pada dua buah generator yang sentiasa berkhidmat 24 jam. Bekalan air pula bergantung pada air hujan yang dikumpulkan dari bumbung dan disimpan di dalam tangki. Musim hujan syukur la ada bekalan air, tapi bila musim kemarau nak kena catu.

Picture
Picture
Minggu Pertama bertugas aku bergambar dengan semua murid SK Long Sepiling
Picture
Demam panas 3 hari, terpaksa tahan sebab tak ada kenderaan untuk ke hospital. Sebaik saja sampai ke hospital terpaksa masuk wad.
(1) Cubaan Pertama Sekolah Masuk Ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Pusat Kreatif Kanak-kanak Tunku Bainun dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis. United Nation Children's Fund (UNICEF) dan DIGI dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Real Kids Real Story dan Anugerah Young Change Makers 2015.

Penyertaan Sekolah Kebangsaan Long Sepiling (SKLS) adalah inisiatif Cikgu Fadhli dan SKLS berjaya tersenarai antara 10 calon ke peringkat akhir. Rezeki anak murid SKLS, Anilov Fabien Tingang (Tahun 5) dapat merasa naik kapal terbang ke Kuala Lumpur.

Walapun tak menang, tapi penyertaan SKLS telah membuka mata ramai pihak sehinggakan ada NGO yang datang melawat ke sekolah dan membawa banyak bantuan seperti pakaian kepada murid SKLS.

"Jika kita tak cuba, kita confirm tak akan berjaya... tapi kalau kita cuba, kita mungkin tak berjaya dan kita mungkin berjaya... Jadi lebih baik cuba..."
Picture
Februari 2016 kami menerima kunjungan NGO dari Kuala Lumpur dan mereka berkampung selama 3 hari 2 malam di SKLS. Program tersebut dinamakan sebagai "Syed Azmi & Friends with Anilov". Mereka datang ke SKLS setelah mendengar kisah hidup Anilov semasa Majlis Angerah Young Change Makers 2015.

Kat bawah ni aku share video aktiviti sepanjang Program "Syed Azmi & Friends with Anilov" berlansung. Rezeki anak murid kami, dapat baju sekolah baru, baju sukan, permainan dan bantuan-bantuan tersebut kami masih terima sehingga sekarang. Terima kasih ye. Penyertaan sekolah kami ke peringkat kebangsaan boleh diibaratkan "rezeki" buat anak murid kami.


(2) Pengalaman Bertugas Semasa PRN Sarawak

Pada Mei 2015 aku terlibat dalam PRN Sarawak sebagai kerani pengundian. Aku ditugaskan di salah sebuat pusat mengundi di pedalaman Sarawak, Long Pillah. Untuk ke sana aku berpeluang menaiki helikopter. Memang tak sangka dapat naik helikopter. Tapi malam sebelum aku bertolak ke lokasi...
​

"KUCHING: Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, lapor Bernama. Astro Awani"

Negara digemparkan dengan berita yang menyedihkan. Hari berikutnya aku berlepas ke Long Pillah, alhamdulillah aku bersama 3 orang rakan lagi selamat sampai. Kami 4 orang ditugaskan di Long Pillah dan aku sorang je yang muslim.

Long Pillah ni majoriti orang Kayan. Aku tak melepaskan peluang untuk speaking dengan seorang guard sebaik saja tiba di Long Pillah. "Nun dengah?" (Apa Khabar?) aku menyapa dan bersalam dengan guard sekolah. Dia ingat aku orang Kayan, dah siap ajak aku pergi "minum" di rumah.

(3) Budaya dan Hormat

Memandangkan aku sorang je muslim, tuan rumah amat memahami aku. Diorang sediakan makanan dari sayuran dan telur goreng. Benda yang paling aku suka makan "itun uvek" pucuk ubi yang ditumbuk lumat dan digoreng. Walaupun pucuk ubi dengan telur dadar je, aku cukup berselera.

Sampai sekarang ni aku cukup suka makan "itun uvek". Kalau ada masa rajin, aku petik pucuk ubi kat sekolah untuk masak 
"itun uvek".

Tak perlu risau, orang tempatan tahu dan hormat kepercayaan aku. Orang kampung datang ke RMT sekolah dan masak di sana. Diorang tahu peralatan memasak yang bercampur dengan benda tak halal tak boleh digunakan untuk masak bagi orang muslim makan.

Sebelum kami ke tempat bertugas,kami terpaksa beli barang makanan sebelum ke lokasi. KTM (Ketua Tempat Mengundi) tunggu untuk shopping barang dengan aku sebab nak pastikan barang yang dibeli betul-betul halal.Respect dengan diorang ni. 
Picture
Picture
Aku sempat melawat ke salah sebuah rumah di Long Pillah bersama seorang penduduk kampung. Masa sampai di rumah Encik Lah, tetamu lain dihidangkan dengan arak dan Diorang tahu yang aku muslim "Nah cikgu, jemput minum" sambil tuan rumah, Encik Lah menghulurkan sekotak air teh hijau. 
Orang kata "Jauh perjalanan luas pemandangan". Sementara bertugas di Sarawak, aku tak melepaskan peluang untuk ke Bario. Di sini aku berpeluang tinggal di rumah panjang dan mendekati kehidupan Etnik Kelabit. 

Etnik Kelabit sangat meraikan tetamu, tetamu perlu diraikan kerana mereka menganggap tetamu membawa tuah dan rezeki. Kebetulan semasa kunjungan aku bersama-sama rakan, hujan turun membasahi bumi Bario.

Kami dipersembahkan dengan tarian Aran Kadang dan diiringi dengan lagu tutu udan na perah yang membawa maksud “turun hujan dengan lebat mencurah”. Selain itu tetamu juga dijemput untuk menari, wajib tak boleh nak lari. Teringat masa di rumah panjang Long Sepiling, habis berterabur nyivan atau tarian. Aku belajar menari dengan orang kampung, kali ni kalau orang suruh menari tak de la rasa  nak lari.

Setiap tetamu akan dihidangkan dengan arak kata tuan rumah  Whiskey. Apuuuu aku dah nampak ada seorang perempuan bawak dulang yang penuh dengan cawan berisi air, mungkin whiskey.  

Aku berpura-pura mengambil gambar untuk mengelak dari kena minum Whiskey. Tapi ada seorang perempuan yang menunding jari ke arah aku "itu orang belum ambil lagi" Alamak! Kena ambik juga , ada yang menghidu bau air dalam cawan, bau macam air teh.

Air yang aku minum rasa  macam teh o, memang air teh, ketawa ja tuan rumah. Dahulu ya, mereka menghidangkan whiskey tetapi sekarang mereka sendiri tidak minum dan apa tah lagi nak hidang kat tetamu yang memang tak boleh minum
 
Whiskey. 

Aku sering merantau jauh ke luar negara, menghargai budaya luar sedangkan ada cantiknya budaya pelbagai kaum dan etnik di Malaysia yang aku sendiri tak tahu.
Picture
Bergambar dengan penduduk Rumah Panjang Bario Asal. Cara duduk tu ​diorang cakap "Kelabit Style"
Cubaan saya untuk "Nyivan" tarian Orang Ulu. Sarawakian jangan marah ye kalau langkah saya sumbang.
Picture
Bergambar kenangan semasa di SK Long Teru. Murid membuat persembahan tarian Orang Ulu semasa Kem Motivasi UPSR.
(4) Belajar Bahasa Tempatan

"Nun dengah?" 
"Sayu"
"Hino ika te?"


Itu antara ucapan yang diucapkan dalam bahasa Kayan. Lain kan dari bahasa Melayu kita ni?Bahasa Kayan ni ada mirip Bahasa Melanau, tapi bila korang dengar bahasa Kayan ni, kebanyakkannya memang tak sama lansung dengan Bahasa Melayu.

Bahasa Iban pula ada mirip-mirip dengan Bahasa Melayu. Bila dah mula belajar tu, aku pun praktik la, kadang-kadang silap sebut, habis ketawa diorang... Suka budak-budak ni sampai siap bercakap Kayan lagi dengan aku.

Speaking Kayan dengan anak murid - Petang-petang habis sekolah mintak tolong anak murid pergi beli air 100 Plus, " tulung sigu tay bele' atak 100 Plus" Wah speaking gitu. Percaya la, kalau kita cuba bercakap bahasa tempatan dengan orang tua, diorang akan selesa dengan kita.

"di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung"

Speaking Iban dengan orang kampung - ada satu pak cik yang suka jual pisang di rumah cikgu-cikgu, kadang-kadang tu cuba nak speaking Iban, "kemaya nuan datai?" "Dini alai nuan?"

AKu pernah cuba nak cakap bahasa melayu Sarawak. Masa tu dari Kuching Sentral nak ke Kota Samarahan aku menggunakan perkhidmatan Uber. "Jauh ka dari sitok ke Samarahan" konon-konon speaking Bahasa Melayu Sarawak la...

"Kenak, kitak bergaut ka?" Soal driver Uber kat aku, hahaha "apa benda la bergaut ni?"  Soal aku dalam hati. Aku pun tanya la kat driver uber, apa maksud "bergaut"? Baru aku tahu bergaut tu maksudnya tergesa-gesa.

Pernah jugak aku terperangkap dengan soalan. Dalam bahasa Melayu Sarawak, "siney?" tu maksudnya di mana? Aku biasa terperangkap dengan soalan ni "Kita dari siney?" bermaksud "kamu dari mana?" Tapi yang aku faham "kamu dari sini?" Dengan penuh yakin saya menjawab "saya bukan dari sini...." 

Orang kata, nak pandai bahasa Jepun kena suka makan makanan Jepun, kalau suka bahasa Arab kena suka makan makanan Arab. Macam tu la kot kalau nak cepat belajar bahasa tempatan, kena la suka makanan tempatan. Kalau nak belajar bahasa Kayan, kena la suka makan makanan orang Kayan. Betul ke?
Picture
Saya ada kamus Bahasa Kayan dalam telefon. Kalau ada perkataan baru, cepat-cepat saya akan taip dan simpan dalam phone.
(5) Pengalaman Bertugas Sebagai Pengawas Peperiksaan
​

Aku juga berkesempatan untuk menjadi pengawas peperiksaan di Long Jegan, salah sebuah sekolah yang terletak di pedalaman. Majoriti pelajar dari etnik Berawan. Perjalanan dari pekan lapok mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Pekan Lapok. Aku sangat bernasib baik, sebab ada pengawas lain yang mengharungi perjalanan selama 12 jam untuk sampai ke sekolah.

Hari terakhir bertugas, ada pihak sekolah adakan jamuan. Malam tu memang special, kami dihidangkan dengan nasi minyak, daging masak kicap dan yang paling istimewa bagi aku ayam pansuh. Ayam pansuh ni hidangan special, ayam dimasak di dalam buluh, dan di hujung buluh tu di sumbat dengan pucuk ubi.
Picture
Picture
Ayam Pansuh Made in Long Jegan
"Adat kita orang Malaysia, mana ada tetamu yang datang dibiarkan berlapar. Kurang-kurang pun tuan rumah bagi coke satu tin"

Lepas makan-makan, ada la acara karaoke. Aduh, bab karaoke ni aku cukup lemah. Suara tak sedap dan aku tak ada bakat dalam bidang nyanyian. Kalau ada dah lama aku masuk gema gegar vaganza. Senyap-senyap aku cuba melarikan diri dari kena karaoke.

Usaha aku melarikan diri gagal... semua pintu keluar disekat,memang diorang nak kenakan aku. Hahaha.

Aku ditahan oleh guru besar. "Cikgu nyanyi la satu lagu, mau dengar orang semenanjung nyanyi". Agak keberatan, tapi aku tak sampai hati menolak. Dengan penuh yakin "ok la... ok... saya nyanyi..." Tanpa segan silu, aku nyanyi lagu yang agak famous di Sarawak.

"Bekikis Bulu Betis" lagu nyanyian Andrewson Ngalai.

Picture
Melawat ke Rumah Panjang Berawan di Long Jegan
(6) Anak Pedalaman Boleh!

Rentetan dari penyertaan kami dalam Anugerah Young Change Makers 2015....

SKLS menyertai pertandingan Video Pendek Kid Witness New anjuran Panasonic. Kami menghantar penyertaan dan akhirnya story board kami diterima. Aku selalu pesan kat murid yang menyertai pertandingan video ni "buat betul-betul buktikan yang kita boleh menang"

Kami menghasilkan video pendek yang bertajuk "The Power of Hands" bertemakan komunikasi.  Dalam video tersebut aku cuba masukkan dialong dalam Bahasa Kayan dan Iban supaya video tersebut nampak "unik".

"Bukan senang nak translate dialog dari bahasa Melayu ke Bahasa Kayan"

Selain tu, dalam video ni ada babak lucu, sedih dan babak murid bergaduh. Yang sedih dengan bergaduh tu bukan senang nak buat. Kena shooting berulang kali. 
Diorang budak sampai merajuk dengan aku sebab terpaksa ulang shooting. Bila dah shooting audio pulak kurang memuaskan, terpaksa edit semula untuk sedapkan audio. Fuh, bukan senang nak hasilkan video 5 minit. Aku pulak sampai demam nak siapkan video. 

"Aku enda peduli, aku enda ngira rugi, seagi aku enda puas ati..."


Korang tahu tak, segala penat lelah semuanya hilang, alhamdulillah SKLS menang. Sebenarnya banyak halangan yang kami tempuhi. Kami menerima hadiah kategori Skip terbaik dan Grand Prize (Juara) untuk kategori sekolah rendah. Kami juga mewakili Malaysia untuk ke pertandingan peringkat antarabangsa. Doakan kejayaan kami ye!
"Mudah untuk menjadi juara, tetapi hakikatnya sukar untuk mengekalkan kejuaraan"
Picture
Semasa penggambaran. Penat.
Picture
Proses editing. Masa ni aku tengah ajar cara nak rekod dan masukkan audio.
Picture
Merasa lagi anak murid SKLS naik belon!
Picture
Dapat masuk ke cockpit lagi
Picture
​Wajah-wajah gembira.Masa pengerusi majlis umumkan nama SKLS, diorang macam tak percaya "cikgu kita menang ka?" Siapa sangka anak pedalaman juga mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan murid di bandar.
(7) Pengalaman Naik Pesawat Kecil

Terdapat banyak pengangkutan yang digunakan untuk menghubungkan antara kawasan pedalaman dengan kawasan pedalaman yang lain dan menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar. Antaranya dengan menggunakan pesawat kecil (Twin Otter).

Jika nak ke kawasan pedalaman seperti Bario, perjalanan mengambil masa lebih kurang 12-16 jam dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda tetapi dengan pesawat kecil ini perjalanan hanya mengambil masa selama 50 minit sahaja.

Pengalaman naik pesawat jenis ini memang lain dengan boeing. Sebelum naik, berat penumpang akan ditimbang bersama-sama beg.  Pesawat ni ada 19 seat sahaja, nak masuk ke dalam pun tak boleh berdiri tegak sebab rendah. Kalau lalu kawasan berawan dia punya bergegar tu memang rasa macam nak lucut je jantung.
Picture
Sebelum naik pesawat, berat penumpang akan ditimbang bersama-sama beg yang dibawa.
Picture
Pesawat ini banyak berjasa kepada penduduk, terutamanya dari kawasan pedalaman.
Picture
Bergambar di dalam pesawat sebelum berlepas ke Bario
(8) Banjir

Tahun ni kami digemparkan dengan banjir teruk di kawasan ulu. Ada beberapa sekolah yang ditenggelami air, sedih sebab ada sekolah yang teruk lebih teruk dari kami di Long Sepiling. Sekolah aku terselamat, syukur alhamdulillah. Tapi kesan dari banjir, jalan rosak dan kereta tak dapat sampai ke kawasan sekolah.

Akibatnya, kami terpaksa meredah banjir, meranduk selama 1 jam untuk ke sekolah. Masa meranduk tu dalam kepada aku memang tak pikir tentang "cik ya" "bujang senang", nak jalan cepat-cepat memang tak boleh, memang 100% tawakal dan mintak perlindungan dari Allah s.w.t.
Picture
Bergambar di jeti kampung Long Sepiling
Picture
Jeraya (Jalan) rosak, kereta tak dapat sampai ke kawasan sekolah.
Picture
Terpaksa Meredah Banjir. Masa ni tak fikir "cik ya" dan kalau boleh nak cepat-cepat sampai ke sekolah. Tu belum lalu kawasan yang dalam lagi.
Picture
Meredah banjir kira-kira hampir sejam untuk sampai ke sekolah.
Pernah pensyarah aku cerita dulu, dia pernah mengajar di Sarawak banyak pengalaman yang dia lalui dan pengalaman tersebut tak mungkin kita dapat di semenanjung. Kini aku melalui pengalaman yang sama, susah dan senang.

Kalau nak diceritakan disini pasti berjela-jela panjangnya. Hehe.Genset rosak, mandi pakai air hujan, rumah dimasuki ular, pengalaman kena kacau dengan makhluk halus dan macam-macam yang aku lalui di sini. Bila aku posting ke semenanjung nanti pasti aku akan merindui kehidupan aku di pedalaman sekarang. 

Siapa yang ada pengalaman mengajar di Sarawak atau Sabah, pasti akan melalui pengalaman yang mungkin tak ada di semenanjung. Segala coretan kisah hidup aku di Sarawak bukanlah sesuatu yang hendak aku banggakan tetapi ia satu kenangan yang aku tak akan lupa sampai bila-bila.

​Bersambung...
31 Comments
Hamka
15/4/2017 03:28:36 pm

Cikgu.. Mana video Filem pendek yg cikgu Dan sekolah menang tu.. Boleh share kh..

Reply
Cikgu Saffuan
15/4/2017 03:39:12 pm

Video pendek tersebut telah saya hantar pada Panasonic, tunggu diorang upload dalam website...

Reply
Zahriah
28/6/2019 10:47:05 am

Tahniah cikgu..Sy mmg pernah merayu mngajar di pedalaman Sabah dan Sarawak tp tk dpt.

Reply
Zurawati
15/4/2017 03:37:09 pm

Terima kasih di atas perkongsian pengalaman di Sarawak. Saya sebagai anak jati Sarawak belum tentu mengalami semua yang cikgu alami. 2 kawasan tempat saya bertugas, memang Baram telah beri saya banyak pengalaman sehinggalah berkeluarga dan ibarat penduduk tetap di sini. Belum terlintas untuk saya sekeluarga berpindah dari Marudi kerana banyak faktor yang memberikan keselesaan. Kalau ada lagi pengalaman cikgu,kongsilah lagi. Saya suka membaca pengalaman orang terutamanya di pedalaman. ☺

Reply
Cikgu Saffuan
15/4/2017 03:43:51 pm

Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca kisah saya... Boleh saya tahu cikgiu mengajar di mana?
InsyaAllah kalau ada line internet ada masa dan kudrat saya akan kongsikan lagi...

Reply
suraya
15/4/2017 04:07:25 pm

jom la dtg melawat MULU lagi cikgu...bnyk tempat2 yg menarik kat sini..

Reply
Cikgu Saffuan
15/4/2017 07:36:47 pm

Wah, dari dulu teringin nak pergi mulu...
cikgu mengajar sana ka?

Reply
lindasuhaili
15/4/2017 04:13:05 pm

Alhamdulillah.. tahniah cikgu.. x smua org dpt mrasa pngalaman spt cikgu.. truskan perjuangan dan smoga sgala usaha dan pnat jerih cikgu akan d balas oleh Allah swt..

Reply
Cikgu Saffuan
15/4/2017 07:37:46 pm

Alhamdulillah, amin
saya pun harap dapat buat yang terbaik...

Reply
Cikgu Zuwairi
15/4/2017 06:05:39 pm

Salam. Cikgu, boleh ceritakan kisah seram di sana. Saya mmg suka kisah2 mistik ni.

Reply
Cikgu Saffuan
15/4/2017 07:42:48 pm

Waalaikumussalam, insya Allah tunggu la post yang seterusnya... hehe...

Reply
Baduk
15/4/2017 06:51:08 pm

Belakang-laung la cikgu.. Bkan baong.

Reply
Cikgu Saffuan
15/4/2017 07:44:38 pm

Alamak, nanti saya cek dan betulkan
terima kasih...

Reply
Kuet Ngulil
15/4/2017 06:59:37 pm

Saya anak jati Saraswak.
Pernah bertugas di Baram, 1981-1985.
Kawasan Apoh iaitu di Long Bemang.Saya ingat cikgu pd.masa itu belum lahir lagi.
Dengan tulisan cikgu, saya suka ia seolah flash back.

Reply
Cikgu Saffuan
15/4/2017 07:46:16 pm

Wah, pastinya zaman cikgu dulu banyak beza dengan zaman sekarang ni...
terima kasih ye sebab sudi datang membaca kisah coretan saya...

Reply
Tony ajeng
15/4/2017 07:42:25 pm

Tahniah cikgu kerna byk menabur jasa d baram.. Dulu zaman bersekolah byk cikgu yg Dr semenanjung mengajar d sekolah tempat saya menimba ilmu dan semuanya terkejut dgn cara hidup d baram.. Sama mcm cikgu bila sampai baru tahu betapa indahnya dunia bumi kenyalang dgn kepelbagaian dan saling menghormati ...

Reply
Cikgu Saffuan
15/4/2017 07:48:22 pm

Sama-sama cikgu...
ya memang terkejut dengan cara hidup di sini...
sempat juga saya belajar berkayuh perahu dan menjala ikan dengan anak murid, pengalaman macam tu sya tak dapat walaupun membesar di kampung saya dulu...
memang indah dan saya harap dapat teroka lagi ke kawasan pedalaman di baram...

Reply
Suzi Norily
15/4/2017 08:46:22 pm

Alhamdulillah dan tahniah kerana cg sanggup menerima cabaran mengajar serta menaikkan nama sekolah cg khasnya n Baram umumnya...memang pengalaman yang diperolehi di Baram takkan kita jumpa di tempat lain...selagi ada peluang..cg jgn lepaskan peluang tersebut untuk menjelajah ke tempat2 yg terdapat d Baram...saya n suami 2015 baru berpindah dari Baram...2002 posting d Baram.....moga cg terus berjuang untuk anak didik cg.....

Reply
Cikgu Saffuan
16/4/2017 11:29:06 pm

Terima kasih atas komen yang diberikan, saya lebih bersemangat skearang ini... jika ada rezeki dan peluang memang saya nak menjelajah ke kawasan pedalaman sarawak...

Reply
Cikgu shima
15/4/2017 11:35:49 pm

Alhamdulillah...Saya tahu semua Nama sek Dan tempat2 yg Cikgu sebut...Saya pernah mengajar di SK Long Banga...4 tahun...Pengalaman yg cukup indah dan derita...Hahaha...Stay strong...Kumpul pengalaman sebelum balik semula ke semenanjung..

Reply
Cikgu Saffuan
16/4/2017 11:31:27 pm

Wah 4 tahun di sarawak, terima kasih ye, insyaAllah nak kumpul banyak2 pengalaman...

Reply
jamilah
16/4/2017 12:49:08 pm

Alhamdulillah..tahniah kerana terus kuat n mahu menabur bakti d baram swk...sy sbg ank swk bangga n berterimakasih kerana cgu sanggup bertahan d c2. Sy mgjr d jelebu n.9. Sy x pernah melalui pglman begi2..n x pasti adakh respon sy akn sama mcm cgu..kipidup cgu...

Reply
Cikgu Saffuan
16/4/2017 11:37:16 pm

Ucapan yang sama untuk cikgu yang mengajar anak didik di semenanjung... tak kira di mana kita berada, cikgu ni ada "jiwa seorang guru" semoga kita ikhlas menyampaikan ilmu... terima kasih

Reply
aima
16/4/2017 08:28:34 pm

Bestnya.. terimak kasih cikgu sebab berik pandangan yang bagus pasal sarawak... kmk belum pernH gik ke tempat yang ktk padah wlpun anak swk. Huhuhu... terimak kasih sebab sanggup berkhidmat kat kwsn pedalaman...

Reply
Cikgu Saffuan
16/4/2017 11:40:09 pm

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan... terima kasih juga kepada tuan yang sudi membaca coretan saya...

Reply
Boneykinsun
16/4/2017 09:40:33 pm

Saya rasa awak ni tak layak digelar cikgu, selayaknya awak digelar pendidik anak bangsa. Gelaran cikgu terlalu biasa jika dibandingkan dengan pengorbanan saudara menjadi sebahagian keluarga penduduk disekitar nya. Tak terasa air mata saya mengalir time baca artikel yang saudara uploadkan. Agama dan bangsa bukan penghalang tp nilai kemanusiaan itu mengatasi segalanya. Terima kasih tuan. Tabi ke nuan tuan

Reply
Cikgu Saffuan
16/4/2017 11:42:06 pm

Terharu saya baca komen tuan, terima kasih juga kepada tuan kerana sudi meluangkan masa membaca coretan saya yang tak seberapa...

Reply
paul
23/2/2018 09:13:17 am

terharu baca articles yg cikgu upload,pernah bercerita dgn cikgu masa cikgu ada dtg ke marudi tahun lepas d mayland lounge hotel marudi..kagum dengan pengorbanan dan tunjuk ajar yang cikgu telah berikan kpd anak watan..mohon agar Tuhan terus memberkati usaha,tenaga dan masa yang cikgu berikan kpd anak pedalaman sarawak...chaiyokk Cikgu Saffuan.. " unsung heroes "

Reply
Fierdrus
31/7/2018 12:06:54 am

saya sbgi anak swak sendiri belom lg menjelajah bumi sarawak...tp bumi semenanjung hampir hujung ke hujung saya jelajah...cikgu lebih layak di gelar Pendidik Anak Bangsa...tak terasa air mata meleleh saya tngk video cikgu dgn anak murid..syabas cikgu...teruskan khidmat bakti sebagai pendidik bangsa...

Reply
Munshi
3/5/2020 02:11:39 pm

Terharu & teruja saya baca. Kisah yang menarik terutamanya berkaitan SK Long Sepiling. Pada awal tahun hari itu, saya juga ada ke sana untuk aktiviti kesukarelawan. Tapi tak sangka terjumpa artikel ini. Rindu pula pada orang kampung terutamanya budak-budak itu. Jika ada rezeki, mungkin ke sana lagi. Terima kasih cikgu sebab berjasa di sana, bangga dengan kebolehan mereka. Chaiyok wahai Pendidik Anak Bangsa.

Reply
Cikgu Saffuan
4/5/2020 08:49:39 am

Alhamdulillah terima kasih, masa tuan datang saya sudah pun dipindahkan atas arahan "redeployment" dalam daerah. Tak ada rezeki nak berjumpa.

Reply



Leave a Reply.

    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart