Kemudian, saya berkenalan dan bersama-sama dengan seorang guru yang tidak asing lagi, iaitu Cikgu Hailmi semasa terlibat dalam program Kolokium Pendidikan STEM pada tahun 2018. Kekuatan saya untuk menerbitkan buku sendiri didorong oleh rakan-rakan yang positif serta ibu saya yang selalu menyokong apa yang saya buat. Karya Pertama hasil penulisan saya bermula dari tahun 2016, bertajuk "Murid Tanya Cikgu Math Jawab". Buku ini banyak membincangkan mengenai konsep matematik. Idea untuk menulis buku ini, hampir semuanya dari soalan-soalan anak murid saya semasa di dalam kelas. Itulah salah satu sumber utama idea menulis buku. MULA MENULIS Dalam tempoh 3 tahun, saya menulis dan menambah nilai pada penulisan saya dengan membuat beberapa rujukan dari buku-buku dan sumber internet. Saya tidak menunggu masa yang sesuai untuk menulis, saya akan menulis sebaik sahaja mendapat soalan dari anak murid dan jika ada idea. REKAAN GRAFIK Selepas menulis, saya mengambil masa untuk melukis gambar rajah untuk dimuatkan di dalam buku. Kebanyakkanya saya lukis sendiri. Kulit buku saya minta bantuan GB Firdauz manakala reka bentuk grafik bahagian depan dan belakang melalui rakan baik saya sendiri. Alhamdulillah, siap dan sedia untuk dicetak. PROSES MENCETAK Saya menghubungi syarikat pencetak melalui rakan saya. Alhamdulillah beliau dapat menguruskan urusan pencetakan dan permohonan ISBN. MyPo pula diuruskan sendiri. Berkaitan dengan ISBN, proses permohonan nombor ISBN hanya mengambil masa yang singkat memandangkan syarikat percetakan tersebut selalu berurusan mengenai permohonan ISBN. Kebanyakkan rakan saya bertanya mengenai kos. Kos pencetakan buku bergantung pada (a) bilangan buku (b) jenis kertas, bilangan muka surat dan saiz buku. (c) jeniskulit buku. Saya berurusan dengan syarikat pencetakan melalui email, syarikat tersebut menghantar manuskrip dan saya akan menyemak jika terdapat sebarang kesilapan sehinggalah saya berpuas hati, barulah syarikat pencetakan akan menghantar invois dan setelah pembayaran dibuat, mereka akan membuat tempahan filem offset. RISIKO Mencetak buku sendiri mempunyai risiko, antaranya kebolehpasaran buku. Buku-buku mudah dipasarkan jika anda seseorang yang terkenal, memang laris atau anda mempunyai jaringan yang besar contohnya ramai kenalan di FB yang mempunyai latar belakang seperti guru. Risiko yang berikutnya, bagaimana anda hendak menyimpan buku dalam jumlah yang banyak. Perlu difikirkan ye sebelum mencetak supaya buku-buku anda selamat, tidak rosak dan mengganggu jika ia bertimbun-timbun. Kemudian, anda perlu uruskan sendiri pemasaran buku. Risikonya tidak ramai yang membeli buku anda dan anda perlu menguruskan sendiri pengeposan buku. Saya lebih selesa menguruskan sendiri proses ambil pesanan dan pos buku. Saya akui ia menyeronokkan bila banyak tempahan dan anda mula pening jika terlalu banyak tempahan. Satu lagi, anda mungkin penat! Alhamdulillah, buku-buku tersebut dibeli oleh 2 orang penderma, dan mereka meminta saya menguruskan pengeposan buku-buku tersebut ke sekolah-sekolah orang Asli, sekolah pedalaman dan sekolah-sekolah yang memerlukan. Syukur buku saya dapat dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Tapi rancang sebaik mungkin, boleh minta pendapat atau pandangan bagi mereka yang pernah menerbitkan buku sendiri. Belajar dari mereka yang mempunyai pengalaman. Jika anda ingin menerbitkan buku sendiri, mulakan dari sekarang!
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |